Assalamualaikum admin .
Maaf tetiba buat confession memalam ni. Cuma hati ini sudah banyak kali memendam rasa , nak luahkan kat member , confirm member dah semak asyik cerita yang sama . Yes . Cerita yang sama .
Sahabat . Nak dicakap definisi sahabat ni, memang banyak yang boleh kita cakap. Kalau nak diceritakan pun, korang mesti dah tahu . Siapa je yang tidak perlukan sahabat betul tak ?
Back to the topic, ceritanya bermula macam ni . Saya selalu jugaklah tersalah faham dengan sahabat2 saya ni . Lagi lagi saya belajar di kl. Jauh dari mereka. Tak tahulah macam mana nak cakap . Setiap kali cuti semester, memang saya spend dengan family dulu . Of course lepas dah lama tidak balik , mesti family comes first ,right . Tapi diorang ni , assume saya dah lupakan diorang .
Anggap saya yang bukan bukan . Time tu saya dah rasa salah ke saya nak luangkan masa dengan family saya sendiri ? Padahal family saya dah plan macam2 nak spend dengan saya . Jenis member kaki lepak ni , tak reti duk senyap kat rumah memang payah . Bukan nak kutuk , but at least be considerate la sikit . Nak main acah acah sentap , kau tu dah 21 , zaman sentap2 kita sepatutnya dah takde dah . Be mature . But betullah cakap orang maturity tu is not define by age .
Berbulan jugaklah tak bertegur , bajet saya nak minta maaf (padahal dah sorry dan akhirnya dibluetick kan) . Sadis dan pedih . Tapi saya biarkan saja . Benda ni tak lama . Malas nak gaduh benda yang remeh macam ni . So saya diam .
Dah diam , makin mencabar pulak . Saya ingat makin saya diam dia pun senyap . Eh . Makin menjadi pulak perangainya . So saya biar lagi . Act like nothing happen . Act like status2 yang dibuat kat Facebook tu tak tuju kat saya (lain kali tag !) Hahaha . Tapi at last , dia datang cari saya balik . Siap peluk peluk bagai . Hahah . Tapi tak lama pun benda tu , tak tahu apa silap . Dia sentap lagi .
Setiap kali jadi macam ni , saya diam . Diam and diam . Jauhkan diri . Even dalam hati , rindu dia . Nak lepak dengan dia . Nak menggila . Sunyi kalau dia takda(taktaulah dia kalau baca ni terasa ke tak , minah tu rajin jugak baca confession ni) . Sayang? Of course sayang. Siapa tak sayang sahabat kan? Orang yang ada susah dan senang kot. Masa di kampung, saya cuma ada mereka sahaja yang masih nak bersahabat dengan saya . Tapi itulah , sampai sekarang masih kurang bertegur. So , tak tahulah sama ada nak jaga hati sendiri or hati sahabat ? Saya pun ada salah jugak sebab susah nak ada masa untuk diorang atas sebab komitmen yang sepenuhnya kepada keluarga as saya dah pun habis study recently . Bila diluahkan pada orang lain, they told me to jaga hati diri sendiri dulu. Tolak ansur ? Dah . Dah buat . Tapi result? Still sama . I dont know la . Payah jugak ye kalau ada member kuat sentap ni. Hahaha . Benda remeh jadi besar . Kita ni dah rasa macam boyfriend dia pula , nak kena pujuk bagai . Allahu . Sabar itu indah . Panjang pulak confession ni . Sekadar nak meluahkan saja .
Saya rasa setakat itu jela . Cuma nak cakap kalau jadi benda ni kat korang , jangan lawan dengan mulut balik . Tapi lawan dengan kesabaran . Diam je . Its works ! Percayalah . Benda ni tak lama. Jangan jadi api untuk lawan api . Tapi jadilah air .
Assalamualaikum
-Nur
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit