Bulan lepas aku ada share sikit pengalaman pasal keje dengan syarikat minyak, sebagai service provider, di offshore Malaysia. link. https://iiumc.com/best-ke-kerja-syarikat-minyak/
Tujuan penulisan tu semata-mata untuk kongsi pengalaman kerja, sebab ramai yang tak tau pasal keje offshore. Bukan untuk menunjuk, mereka cerita, dan bukan untuk complain pasal susahnya kerja offshore. Diulangi, semata-mata untuk kongsi pengalaman. I love what I was doing, and proud of it. Kalau rasa pengalaman tu merepek, mungkin pengalaman kerja kita tak sama.
Kalau sebut keje offshore ni banyak job categories dan scopes, yang aku sendiri tak mahir nak cerita pasal kerja orang lain. Ada orang kejenya dengan jadual rotation tetap, 1-4 minggu darat, 1-4 minggu laut. Ada yang takde jadual tetap, ke laut bila diperlukan, balik darat bila keje selesai. Ada yang bergaji sederhana, ada yang bergaji tak munasabah besar. Ada keje nampak senang, ada keje nampak susah. Ada tukang masak, basuh baju, kemas, tukang cat, rawat orang sakit, bawak crane, gali telaga, acquire data, bancuh semen, kira panjang paip, amik sample etc etc etc. Jadi pelbagai latabelakang orang boleh kita jumpe di laut, pelbagai bangsa, nationalities, dan latarbelakang pendidikan. Lain negara, lain caranya.
Daripada pengalaman aku, beza keje kat malaysia dengan negara luar. kalau di Malaysia, nak jadi Medic offshore tak perlu mbbs/md, kelayakan MA sudah cukup. Tapi kalau di negara lain rata2 medic offshore berkelulusan mbbs. Kalau di Malaysia jarang melihat pekerja wanita offshore (kecuali jawatan critical macam engineer/geologist), tapi di negara lain boleh jumpe tukang masak, radio operator, dan cleaner (tukang kemas bilik/basuh baju) dari golongan wanita. Kalau di Malaysia tidak pernah jumpe company-man perempuan, tapi di negara lain dapat peluang kerja dengan company-woman. Ada negara yang benarkan smart phone untuk dibawa ke rig, so dengan kemudahan wifi dan smart phone, masalah communication dengan dunia luar dapat dikurangkan. Kalau di Malaysia, pengalaman paling2 teruk pon kene kerja bawah hujan atau panas tengahari 36 darjah calcius , tapi kalau di padang pasir, kene rig up di bawah panas 48 darjah celcius, kalau di north sea, kene pakai jakel tebal sebab sejuk teramat, snow pon sampai ke rigfloor. Aku dengar kalau kene keje kat kawasan Siberia tu lagi teruk kot, -20 darjah calcius.
Dan kalau tak tau berenang pon takde masalah untuk kerja di tengah laut. Dulu penah ada orang tanya – pergi laut tu kene masuk laut tak? Tak, tak, kami tak masuk laut pon, duduk atas pelantar minyak, ataupon atas rig sahaja . Takpon kadang2 kene duduk dalam rocking boat bile platform/rig tak cukup tempat tidur, ataupon bile kene pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Pasal solat pulak, bisanya kat atas pelantar ada surau. Setiap waktu solat ada jemaah yang solat ramai2. Kalau atas rig pulak, ada bilik kecik yang dibuat untuk solat. So takde masalah untuk solat. Kalau kat msia, drng tak buat solat jumaat atas rig, kalau kat negara teluk ni, atas egyptian rig drng buat solat jumaat. Kalau kat padang pasir, bentang sejadah solat, kalau kat North sea, bentang sejadah dalam bilik sendiri and solat. Ok je sebenarnya keje laut ni. Tapi yang leceh sikit kat bab makan bila atas rig kat North sea, mmng kene hati2. Sebab tak banyak yang halal. Tapi option seafood, telur, sayur, nasi masih ada lagi. kalau kat msia, makan 6 kali sehari, setiap 3 jam! hahahaha gemok tak gemok la.
Dari pengalaman aku jugak, memang ada yang sanggup buat keje susah2 ni sebab habuan duit. Itu tak dapat dinafikan. Lepas tu blanja tak berpada. Baru je masuk keje dah order kereta mahal2. Work confirmation pon tak dapat lagi. Ada tu, siap kene buang lagi sebab tak perform. Tapi bukan semua orang macam tu. Aku tak kisah pon keje susah2 macam tu, walaupn ada yang kata keje macam hamba. First car pon beli myvi je. Sebab aku nak keluar dari jurang kemiskinan. Dengan gaji dan bonus tu la aku dapat renovate rumah parents kat kampong yang dah kene makan anai2, dapat tolong adik bradik yang susah, dapat tolong sedara mara yang susah yang memerlukan pertolongan. And menyimpan untuk anak2 untuk masa hadapan.
Ada yang tanya what field of interest I pursue after resigned? Walaupon aku berhenti dari company tu when I was at my career peak, international assignment with salary in USD, to pursue my interest, but I am still in oil and gas industry haha. My original passion was something else, but my secondary passion was always money hehe. After working for few years in oil and gas, I didn’t think my original passion, which was in a totally different field, would work out well. So I continued with what I was doing, going deeper into the core business, with a better defined career path and more technical related work. Aku berhenti kerja untuk sambung master dalam oil and gas, sebab degree aku dalam engineering yang berbeza. Jadi apa yang aku buat sekarang? I do modelling :D. jangan fikir bukan2, aku bukan nya hensem sangat boleh jadi model, lol. Right before I finished my master degree, I got a job with an operating company. Awal2 dulu sempat buat rotation kat different department and countries untuk operational exposure. Sekarang aku buat reservoir modelling and simulation, keje office hours, pergi offshore jarang2, cume bile di perlukan sahaja.
Untuk adik2 yang masih keje dengan specific service provider, percaya la, dunia oil and gas ni sangat luas, dan banyak lagi job scopes yang best2 yg boleh di explore, dan ramai jugak orang2 yang hebat2 kat luar sana tu. They also know what you know. Untuk sesetengah coverall baju kuning yang kerek, ketahui la, budak2 contractor yang datang platform or rig korang tu bukannya selekeh sangat, some of them have the same or even higher level of education and experience, even some of the operators earn more than you do :p. And for everyone, mari bersyukur dengan nikmat Allah, dan marilah saling bantu membantu dan membantu yang memerlukan.
– anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit