Pintu Rintangan Api Hendaklah Sentiasa Ditutup

Pada pagi 14 September 2017, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan berita kebakaran sebuah pusat tahfiz di ibu kota yang mengorbankan lebih 20 orang pelajar tahfiz dan guru warden. Sungguh kejadian tersebut menyayat hati semua yang mengikuti perkembangan kejadian tersebut kerana yang terkorban adalah anak-anak muda yang bakal penjadi pembela agama disaat dunia masa kini sedang tenat dan penuh dengan fitnah. Tetapi tidak mengapa. Bergembiralah kalian di syurga sana. Al-Fatihah.

Berikutan dengan kes ini, pihak berkuasa mula menyedari banyak kes kebakaran yang melibatkan pusat-pusat tahfiz dan asrama-asrama pelajar. Aku secara jujurnya tak terkejut dengan kenyataan tersebut kerana sepanjang aku bersekolah di 2 buah sekolah berasrama, dua-dua sekolah pernah mengalami kebakaran kecil. Tak tahu la aku yang bernasib malang atau hanya kebetulan. Ahaha.

Tujuan aku menulis ni bukan untuk menuding jari mana-mana pihak atas apa yang telah berlaku tetapi nak share satu perkara dalam bidang pembinaan yang aku perasan rakyat kita memandang enteng perkara tersebut, iaitu fire safety. Sebelum itu aku minta maaf sekiranya ada tersalah maklumat, almaklumla diri ini masih belajar dan undang-undang yang dipelajari pulak bukan undang-undang tempatan. Alamak macam panjang sangat pulak intro. Ok back to the main point.

Perkara pertama dan yang paling penting mengenai fire safety ini adalah ‘means of escape’ ataupun cara mengeluarkan diri dari bangunan sekiranya berlaku kebakaran. Setiap bangunan pertamanya wajib mematuhi syarat ini: binaan mampu bertahan sekurang-kurangnya setengah jam ketika berlakunya kebakaran untuk membolehkan penghuni-penghuninya keluar menyelamatkan diri. Jadi selama ini yang kita tengok dalam filem ke drama ke yang terbakar sekejap tiang dah runtuh, beam runtuh, siling runtuh walhal orangnya terperangkap lagi di dalam. Ketahuilah bahawa itulah contoh bangunan yang tidak baik.

Keduanya, compartment wall dan fire escape stairs. Kalau korang perasan la dalam bangunan awam yang penggunanya ramai (ie shopping mall, hospital, apartment etc) akan ada tangga yang ditutupi pintu bertanda “Pintu rintangan api. Hendaklah sentiasa ditutup”. Pintu beramaran ini bukanlah saja-saja diletakkan sebagai hiasan. Tangga ni special sebab struktur dia (yang kita panggil compartment wall) boleh menghalang api daripada merebak ke dalam dan seterusnya provide laluan yang selamat untuk pengguna keluar daripada bangunan. Tangga ni juga bukan main letak, banyak perkiraan yang perlu dilakukan. Jumlah pengguna bangunan tersebut, jarak tangga dengan bilik/ruang berdekatan, masa bagi pengguna bergerak dari setiap sudut bangunan ke tangga tersebut. Bukan main letak satu dua dah, untuk cukup syarat.

Ketiga, tingkap. Tingkap sangat penting dalam sesuatu binaan sebab banyak fungsi dia. Nak bagi cahaya masuk, bagi view, pengudaraan semula jadi dan juga salah satu ‘means of escape’. Jadi tingkap ni bukan saja-saja tebuk lubang dekat dinding. Nak buat tingkap pun banyak perkiraan. Tinggi tingkap dari lantai, panjang dan lebar tingkap tu, jarak tingkap setiap aras, jarak tingkap dari atap. Semua ni perlu dititikberatkan jadi bila berlaku kebakaran dan orang tak sempat keluar, mereka boleh keluar melalui tingkap dengan selamat.

Keempat dan selalu kita dengar punca kebakaran di asrama, masalah wiring. Wiring tak betul bukan ja boleh buat bil elektrik melambung naik sebab ada risiko kebocoran, litar pintas pun boleh berlaku. So kalau rumah korang selalu kena tendang, check la wiring rumah sebelum terlambat. Dan kelima (sumpah ni last. Maafla panjang bebenor) alat-alat yang membantu melambatkan api marak. Contoh water sprinkler dan alat pemadam kebakaran. Selain itu check juga fire alarm (di kediaman uni aku belajar pantang asap sikit dah berbunyi. Orang nak menumis pun tak boleh. Stress aku dibuatnya).

Kesimpulannya, rakyat kita selalu ja bina bangunan main hentam. Asal ada dinding, lantai, atap sudah. Disebabkan nak jimatkan kos upah arkitek dan engineer, anda meletakkan keselamatan anda dan pengguna bangunan di tangga terendah. Kalau begitu apa gunanya kami belajar sampai 5-6 tahun nak dapatkan lesen. Aku bukan nak promote kerja arkitek ke engineer, tak. Tapi kerja kami lebih daripada design bangunan yang cantik semata. Apa yang kami design sebenarnya adalah kehidupan anda. Kami belajar untuk memanipulasi ruang agar penghuni berasa selamat, selesa dan bahagia berada di ruang tersebut. Setiap tiang, pintu, tingkap sampai ke tombol pintu pun ada sebabnya (nak-nak yang pesen peter zumthor). Sebab tu jugala kalau nak renovate rumah kena ada kelulusan. Kalau tak jadi macam sebuah shopping mall di Jepun yang runtuh tiba-tiba sebab owner dia renovate sampai ubah struktur asal bangunan dan akhirnya dinding dah tak mampu lagi nak menampung berat atap.

Sekian sahaja daripada aku yang sedang dalam penerbangan pulang ke negara orang untuk menimba ilmu. Mohon didoakan agar dapat pulang berbakti untuk masyarakat. Sekian terima kasih.

P/s: maaf panjang pulak. Terlebih excited menulis. Jika anda baca sehingga titik noktah ayat ini, tahniah ahaha.

-Aki-

– Aki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit