Fight For Your Worth

Assalamualaikum,

Untuk para graduan yang sedang / akan mencari kerja pertama dan mula menapak di dunia ini, aku hanya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman sendiri semasa memohon kerja beberapa bulan yang lalu.

Orang selalu cakap, untuk ‘fresh graduates’ ni, kita tak boleh memilih. Tak boleh nak ‘demand’ banyak sangat. Tak boleh nak cerewet. Tak boleh nak minta gaji banyak-banyak, nak kerja yang ‘best’, nak pejabat yang dekat. Kat mana yang kita dapat, kita terima je dengan hati dan tangan yang terbuka.

Sebabnya, orang cakap, kerja pertama ni, hanya sementara. Untuk pengalaman sahaja. Masa nak mohon kerja kedua, ketiga dan sebagainya, baru lah boleh minta itu ini sebab kau bukan lagi seorang ‘fresh graduate’.

Tapi, aku tak berapa setuju dengan pendapat ni.

Kalau untuk kerja pertama kita, kita dah biar orang ambil kesempatan atas diri kita, semata-mata kita seorang ‘fresh graduate’, boleh jamin ke masa nak mohon kerja kedua, ketiga nanti, tak ada orang akan ambil kesempatan?

Orang cakap, jangan memilih gaji. Sedikit tak apa, nanti kerja kedua kerja ketiga, gaji boleh la minta lebih sikit.

Tapi contohnya la kan, kalau kita rasa kita layak untuk menerima gaji RM2,000 sebulan, tapi kita terima tawaran kerja yang hanyar bayar RM1,500 sebulan, tak ke kita rugi di situ? Kita kehilangan RM500 sebulan yang selayaknya kita dapat, dengan apa yang kita ada (semua “skills” kita, semua pengalaman yang kita pernah ada, mungkin ada yang pernah bekerja separuh masa semasa belajar, mungkin ada yang ada praktikal ataupun “internship” ke), tak ke rugi kita?

RM500 sebulan tu, jadinya RM6,000 setahun. Kalaunya kita kerja kat situ untuk dua tahun sebelum kita pindah kerja baru, kita hilang RM12,000 kot. Banyak tu, boleh buat hantaran nak meminang anak dara orang tu kot. Takpun, boleh beli 2-3 biji iPhone X tu dah. Bukan sikit RM12,000 tu.

(OK ni jalan pendek la sebab tak masuk tolak EPF, KWSP, income tax tu semua, tapi hanya sekadar ilustrasi semata-mata).

Lepas tu pulak, kalau lepas dua tahun kita kerja dengan gaji RM1,500 tu, kita nak pindah tempat dan kita minta gaji RM3,000, orang mungkin cakap “Eh budak ni, baru dua tahun kerja gaji RM1,500, ada hati nak minta gaji dua kali ganda pula). Padahal, dulu kita sebenarnya layak je nak dapatkan gaji RM2,000, tapi kita tak dapat RM2,000 tu.

Jadi, dengan pengalaman dan apa yang kita boleh berikan atau sumbangkan kat tempat kerja baru tu lagi banyak kalau dibandingkan dengan dulu, layak je la kita nak minta gaji RM3,000 untuk kerja kedua, tapi sebab gaji permulaan kita RM1,500, mungkin orang akan pandang pelik ataupun berkata-kata.

Jadi tentukan lah ‘harga’ diri anda sendiri, dan belajar untuk ‘fight for your worth’. Kalau betul syarikat tu nak kita, dia akan bagi gaji yang setimpal dengan kelayakan dan ‘skill sets’ yang kita ada. Jangan rasa yang hanya kerana anda seorang ‘ fresh graduate’, anda tak layak untuk meminta lebih.

TETAPI (nota paling penting di sini, sila beri perhatian):

Jangan memandai meminta gaji tinggi-tinggi kalau anda tak ada ‘modal’ untuk syarikat tersebut. Kalau keputusan universiti pun suam-suam kuku, tak pernah ada kerja separuh masa, tak pernah ada pengalaman masuk kelab atau organisasi masa universiti, tak boleh berkomunikasi dengan baik, tak boleh nak menyumbang apa-apa kepada bakal majikan, memang susah la nak dapatkan gaji permulaan yang tinggi.

Jadi pastikan anda mempunyai modal dan alasan yang kukuh sekiranya bakal majikan tanya semasa ‘interview’: “Kenapa awak mintak gaji RM2,500?” (contohnya la kan). Anda kena bijak dalam jawapan anda, sebab adakalanya jawapan yang terlalu ‘arrogant’ boleh menjejaskan peluang anda. Kena ada ‘self-confidence’, ya, tapi jangan terlalu angkuh. Ingat, orang cakap “confidence and arrogance are two sides of the same coin”.

OK tu je nak kongsi buat masa ni. Semoga berjaya untuk semua yang bakal atau baru sahaja bergraduasi, dan semoga tabah menempuh alam pekerjaan!

– SC

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit