Semua pakat mengulas kehodohan sekolah tahfiz di media sosial , dari golongan awam, golongan acah- acah profesional , ahli politik ,menteri , public figure media sosial dan salebreti tv .
“Ustaz pedagang agama , buat sekolah tahfiz sebab nak kutip duit yuran dari budak-budak , yang kaya raya tambah bini ustaz-ustaz ini lah ” kata status facebook dari seorang berlatar belakang profesional itu menuduh semua pengasas tahfiz selepas kejadian tragedi paling teruk tahun 2017 .
Lalu aku teringat pengalaman aku mengikut sepupu aku ke sebuah sekolah pondok tahfiz di Kelantan pada 5 tahun lepas selepas tamat SPM , aku hanya ikut secara suka- suka mengisi masa lapang , bukanlah untuk terus menuntut disitu , aku menumpang pondok sepupu ku dan kami hidup bersama secara berdikari , memasak dan makan bersama .
Aktiviti Ustaz Sekolah Pondok
Selama aku ikut belajar sambilan di situ, aku dapati jadual ustaz sangat padat , bermula mengajar selepas subuh hingga ke tengahari sehinggalah selepas isyak , ustaz yang sama duduk mengajar dari pagi sampai ke malam . Aku terfikir , tak letih ke ustaz ni pagi mengajar, aik malam pun dia lagi .
Ustaz lain pun sama , semua ustaz menjalan kan tugas di ” balasoh ” ( rumah talaqi ) masing2 mengikut kitab2 yang berlainan .
Yuran Dan Gaji Ustaz
Balik dari talaqi , aku borak-borak kosong dengan sepupu ” oii berapa yuran bayar kat sini ya , RM200 sebulan untuk bayar bil air dan elektrik , penginapan , tapi bagi anak yatim dan fakir miskin yuran percuma .
” Berapa erk gaji ustaz kat sini sebulan ? ” jawab sepupu ku ” RM500 je ” . Aku terkedu , kerja lepas subuh.. Tengahari , petang pun ada , malam pun ada mengajar . Tak kan RM500 je gaji ?
Sepupu aku jawab ” ustaz kat sini bukan berkerja , tapi mereka berkhidmat , sebab tu lah ramai ulama hebat lahir dari pondok ini , ilmu mereka bagi tu berkat , mereka kerja bukan kerana gaji ”
“Habis cukup ke makan minum ustaz tu dengan isteri dan anak- anak? ” aku tanya lagi .
” Aku pun tak tahu , tapi yang aku tahu , Ustaz Mustaffa buat berniaga sendiri menjual di pasar tani , nampak tak aritu bini dia bawak kereta kancil dengan barang-barang penuh belakang kereta tu , aku agak macamtulah salah satu cara ustaz pondok cari rezeki ..yang mengajar ni bukan kerja tapi ” khidmat ” mereka untuk agama dan kita semua ” . Terang sepupu aku .
Dari situ aku jadi sayu dengan guru-guru yang mengajar di pondok dan madrasah , dengan gaji yang sangat sedikit mereka masih sudi ” membuang waktu ” mereka dari pagi sampai ke malam untuk memberi ilmu pada pelajar , kenapa lah mereka ini begitu setia , kalau aku di bayar gaji tak setimpal dah lama angkat kaki , Allahurobbi mulia nya usaha mereka ya Allah .Orang luar tak nampak , mereka pun tak pernah bersungut dan mengeluh .
Bila Guru Madrasah Dihina Pedagang Agama
Bila guru madrasah dihina pedagang agama , di serang secara rata , hati aku tersentuh , sedih dan marah .
Celah mana para para pendakwah ini berdagang agama kalau keperluan diri sendiri pun mereka korban kan semata- mata memberi ruang masa untuk didikan agama anak-anak generasi baru yang bakal menjadi penyambung mata rantai perjuangan islam .
Sekolah Agama Moden Kerajaan Kan Ada , kenapa sibuk buat sekolah madrasah sendiri ??
Ya , Sekolah agama kerajaan dah ada , guru- guru pun bergaji setimpal dengan tugas mereka , tapi tahu kah anda bahawa ia belum cukup untuk menampung keperluan generasi baru yang dahaga kan ilmu agama .
Madrasah swasta ini menjadi ” pembantu tambahan ” kepada keperluan ilmu agama sedia ada yang di wujud kan kerajaan . Tambahan pula bukan semua orang mampu untuk masuk ke sekolah agama kerajaan .
Jadi wujud lah sekolah- sekolah agama swasta ini untuk menjadi TENAGA TAMBAHAN pada dunia dakwah dan ilmu islam . Tugas kita ialah BANTU , bukan MENGHINA .
Berhati – hati lah dengan golongan anti islam yang bertopengkan imej profesional dan ahli akademik , berhati – hati lah dengan MEDIA MUSUH yang tak akan berhenti mengadu domba memburuk- buruk kan istitusi islam secara rata .
Akhir kalam , mari kita BETUL kan apa yang kurang bukan MEMATI kan apa yang kurang .
Jangan terpengaruh dengan fitnah musuh ,segala istitusi islam , adalah milik kita umat islam , wajib kita mengasihi , menyayangi , bukan membenci dan mencebik bibir .
– Aku Jupem
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit