Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca..Terima kasih kepada admin jika confession ini berjaya disiarkan.
Saya terpanggil untuk meluahkan beberapa fakta yg mungkin ramai terlepas pandang mengenai isu hot terkini negara kita, kebakaran di pusat tahfiz yg mengorbankan 23 nyawa.
Ramai yg menyalahkan isu keselamatan pusat tahfiz dan yg terbaru kita dikejutkan dengan punca kebakaran ini iaitu angkara khianat.
1) Ramai yg mengatakan jika aspek keselamatan dititik beratkan, mangsa korban mungkin tidak sebegini ramai. Mungkin kita terlepas pandang hal qadar dan qadaq, jika sudah ditakdirkan maut pada saat itu, siapalah kita untuk melawan kehendak Nya. Mungkin jika aspek keselamatan di tahap tertinggi, tetapi mungkin ada halangan lain seperti kelewatan atau masalah yg berkaitan ambulans, kesilapan ahli bomba atau apa sahaja asbab yg juga boleh berlaku yg menyebabkn kematian yg besar itu. Kebakaran itu sekadar asbab kepada kematian, yg menentukan kematian itu adalah Allah taala. Bukanlah keselamatan tempat tinggal, kepantasan bomba boleh menghalang kematian ini jika kematian adalah kehendak Allah taala. Jadi, sebagai orang yg beriman, berhentilah menyalahkan sesiapa. So, jangan jadi tuhan, dengan menyatakan jika buat ini, takkan jadi ini. Sebab hanya Allah yg maha berkuasa dan kita hamba lemah dari semua perkara. Tetapi dalam masa yg sama, manusia perlu kepada usaha iaitu memastikan hal keselamatan pada tahap tertinggi dan kemudian bertawakal kepada Allah taala.
2) Ramai yg menyalahkan anak-anak yg telah membunuh anak- anak tahfiz itu. Tetapi mari kita berfikir sejenak, adakah memang salah mereka 100%? Cuba kita lihat anak- anak yg nakal di sekolah. Adakah mereka yg memilih untuk nakal di sekolah? Kebanyakan kanak-kanak yg nakal di sekolah adalah berpunca dari keluarga yg bermasalah. Saya tidak mahu mengupas panjang isu anak- anak ini. Cukuplah kita sekadar marah kepada kesalahan mereka tetapi janganlah marah kepada diri mereka. Kita tak tahu mungkin ada 1001 kisah duka kehidupan anak- anak yg membunuh ini. Sekali lagi jangan jadi tuhan dengan menghukum mereka. Cuma doakan mereka mendapat taufiq dan hidayah. Kita tidak tahu, mungkin rezeki mereka ke syurga selepas mereka taubat nasuha.
Terima kasih jika sudi membaca.
– Ummi prihatin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit