Genius Akhirnya Jadi Pemandu Teksi II

Assalam dan salam 1 malaysia

Berikutan confession aku tempoh hari berkenaan tajuk “Genius akhirnya jadi pemandu teksi”, ramai yang memberikan komen positif, dan tak kurang hebat juga ramai yang turut mengecam cerita aku. Malah ada yang mempersoalkan keaslian cerita aku. Ada yang cakap, itu rekaan semata! Please hidup di dunia realiti !

Baiklah. Aku terima segala kecaman korang dan aku ambil mana yang baik. Tapi jujur aku katakan, cerita aku bukan rekaan. Memang 100% cerita benar. Takkanlah disebabkan bahasa melayu aku yang baku ni korang nak kata aku budak sekolah? Haha. Come on la gais. Aku tengah usaha mempratikkan penulisan bahasa melayu yang betul sebab aku pencinta bahasa (tapi aku cuba make it simple and not too formal).

Cerita bapa aku tu memang betul. Cuma aku tak mampu la nak cerita panjang lebar kenapa bapa aku quit kerja dari petronas dan betul ke bapa aku genius?

Meh aku jawab persoalan korang. First sekali, bapa aku quit kerja bukan merajuk sebab kena cantas. Tapi bapa aku quit sebab bencikan rasuah. Ramai yang cakap, “cegahlah rasuah tu!”. Ingat senang? Hey rasuah ni dari zaman dulu sampailah sekarang, memang tak selesai. Lagi2 bila kau takde kuasa nak mencegah, dan bilamana kau cuba menghalangnya, semakin itulah rasuah semakin berleluasa. Malah siap dapat warning lagi supaya jangan bukak mulut. Kena ugut, kalau tak family kena ganggu. Kau ingat bapa aku tahan ke semua ni? Dan bapa aku risaukan periuk nasi family masa tu. Bilamana hasil sumber rezeki pun ada kaitan dengan rasuah, kau rasa halal lagi ke rezeki yang kau cari? Terang lagi bersuluh rasuah tu berlaku depan mata, dan kau pulak tak boleh nak buat apa sebab kau cuma kuli.

Yang komen acah bagus tu, meh aku cabar korang supaya stop rasuah di Malaysia. Rasuah kat negara tinggi ni tinggi tau! Jangankan rasuah, kalau kau tak ikut cakap boss pun kau kena ugut, apatah lagi kalau kau tak ikut cakap dia untuk sama2 merasuah dan dirasuah?

Contoh mudah zaman dulu, bilamana anwar tak follow cakap mahathir, apa mahathir buat? Dia sumbat anwar dalam penjara kan? Padahal anwar perjuangkan kebenaran masa tu. Dia tak mahu bersekongkol dengan kejahilan dan kebatilan mahathir. Macam itu jugaklah kisah bapa aku. Anggap jelah bapa aku tu macam anwar, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Last2 bapa aku terpaksa quit kerja. Yes memang dia sedih dan sayang dengan kerja tu. Tapi sebab dia lebih takutkan Allah, bapa aku tekad.

Geniuskah bapa aku? Mungkin definisi genius kita berbeza. Aku cakap bapa aku genius sebab bapa aku tak study hard pun dia tetap top scorer. Aku nak highlight di sini, top scorer tak semestinya genius. Most of them kebanyakannya jenis study hard and put more effort to succeed. But that not happened to my dad. Dia bukan kaki study tapi dia sentiasa perform. Kaki tidur dalam kelas tapi sentiasa cemerlang. Dan apa lagi indicator untuk mengatakan bapa aku genius? Sebab dia banyak inovasi barang2 kat rumah. Aku malas la nak citer part ni, nanti korang kata aku riak. Dan idea bapa aku pernah ada orang nak beli sebab bapa aku memudahkan teknologi. For your information, bapa aku bukan sahaja pemandu teksi, tapi dia juga businessman. Dia ada ladang kelapa sawit sendiri, ada business property sekarang (bapa aku ada banyak rumah untuk investment).

Bapa aku gunakan kegeniusan dia untuk bisnes. Zaman sekarang korang banyak menuntut ilmu sifu hartanah segala bagai, bapa aku dah lama ada formula tentang benda ni. Dia pun ada share idea dekat pakcik aku untuk bukak pam minyak dan kembangkan bisnes. Now pakcik aku pun dah jadi tauke minyak berjaya (pakcik aku ada modal besar).

Bapa aku ni bersusah dahulu bersenang kemudian. Dulu hidup dia susah. Dia kerja macam2 untuk tambah skills. Aku respect bab tambah skills ni. Bapa aku memang sentiasa suka belajar benda baru even sekarang dia dah berusia pun tapi sentiasa suka cari ilmu baru. Bapa aku pun suka membaca sebenarnya. Buku pelik-pelik yang lama banyak kat rumah aku ni (banyak buku tentang sains la yang pasti. Antaranya ada tajuk tentang angkasa lepas dan alam cakerawala. Buku agama tentang akidah. Buku tentang ajaran sesat. Buku tentang poem lama).

Yes buku buku ni adalah bahan bacaan bapa aku dari dulu. Untuk pengetahuan korang, bapa aku sempat mengaji di pondok jugak lepas dia kecewa dengan kes rasuah dulu. Dari situ dia mendalami ilmu agama, dan dari situ dia mulakan hidup baru.

Aku malu dengan kerja bapa aku? Budak budak weh. Kena ejek tu memanglah malu. Sekarang takde lah nak malu. Aku cerita tu zaman aku masih budak. Dan kenapa aku rasa bapa aku ni sekolah tak habis? Tapi pandai mengajar kami tuisyen? Sebab aku rasa ilmu yang dia ajar kami dulu tu, aku rasa apa yang diajar tu senang dan masa tu aku fikir semua orang pun boleh mengajar (children thought). Aku pun tak pernah pulak terfikir bahawa bukan semua orang pandai mengajar dan ada ilmu.

Aku cerita tentang bapa aku, bukan cerita tentang aku. Aku akui aku tak genius. Cuma aku mengaku baka baka pandai bapa aku tu dah la sikit aku warisi memandangkan aku ni seorang yang pemalas dan kaki tidur dalam kelas tapi ilmu tetap masuk kepala. K aku cerita ni bukan nak riak tapi sekadar makluman.

Apa motif aku share kisah bapa aku ni? Riak? Haha. Kalau betul aku nak riak, aku boleh je viralkan kisah bapa aku dekat fb personal aku. Tapi sebab aku nak korang terinspirasi dan ambik yang baik-baik untuk dijdikan teladan.

First, aku nak korang semua bencikan rasuah. Actually dalam family aku ada je orang yang pernah terlibat dengan rasuah iaitu pakcik aku yang bongsu. Tapi sebab pakcik aku ni orang kuat parti X dan merupakan ahli parlimen kawasan X, jadi kes pakcik aku ni senyap camtu je. Bapa aku camne? Eh mestilah dia marah gila dekat pakcik aku. Dia kemain anti rasuah tup2 tetiba sedara sendiri main rasuah.

Aku nak cakap satu jelah. Rasuah ni bukan senang nak handle. Lagi2 bila berkait dengan politik. Pakcik aku yang orang bawahan parti pun rilek2 je main rasuah dan terlepas camtu je. Ko rasa orang atasan sana camne? Aku bukan nak burukkan sesiapa cuma aku nak bagi korang sedar betapa rasuah di Malaysia ni berada di tahap membimbangkan.

Second, aku nak korang faham bahawa kerja apa pun semua mulia. Jangan pandang rendah pada sesiapapun termasuk pemandu teksi. Yang tanya kenapa bapa aku tak buat uber? Ehh kalau boleh dah lama buat. Tapi sebab kawasan kami belum ada uber dan grab car. Nak suruh bapa aku create system so that we can confirm and clarify that he is genius? Bapa aku memang ada buat inovasi2 tapi more on benda lain. Bukan benda yang orang nampak maybe? Aku takleh cerita dia buat apa sebab takut ada orang curi idea tu. Lagipun zaman sekarang memang laju je orang curi idea ni. Even idea bapa aku pernah kena curi dan dikomersilkan oleh orang tak bertanggungjawab.

Dan aku nak pesan, korang top scorer macam mana pun, janganlah pandang rendah pada orang yang kurang pandai. Sebab boleh jadi yang tak berapa bijak dekat sekolah tu akhirnya kerja lagi bagus dari kau. Kau tengok jelah menteri menteri dan jutawan kat mesia ni. Mostly conquered by those people yang tak bijak mana pun kat sekolah. Mihmih.

Yang bijak? Bertebaran dalam pelbagai kerjaya. Ada sebahagian masuk dalam bidang akademik ( jadi pensyarah cikgu ) or professional ( jadi doktor engineer arkitek dll). Tapi tak semua pensyarah ni pandai2.

Ada kisah kenalan aku jugak yang jenis buat master phd tapi thesis upah orang. At last jadi pensyarah jugak, dapat title doktor jugak. So pesanan aku, apa2 pun kita nak buat, buatlah dengan jujur dan amanah. Akhir zaman ni susah dah nak jumpa orang yang amanah. Even masa aku kat universiti dulu pun zaman degree berlambak too scorer yang nampak pandai hasil meniru (lebih kurang macam cerita bad genius tu lah tapi member2 aku lagi genius dari tu).

Aku nak persoalkan, korang buat semua ni tak fikir akhirat ke?

K lah aku bukan nya nak berceramah kat sini. Nasihat aku, jadilah orang yang jujur dan amanah.

Chaww

– Izham

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit