Tarbiyah di Hospital

Assalamualaikum nama aku Nor berumur 22 tahun dan masih belajar di salah sebuah kolej. Aku belajar dalam bidang nursing dan akan menjalani praktikal di hospital setiap sem. Maksudnya dalam satu sem tu 2/3 bulan aku akan praktikal di hospital dan selebihnya teori di dalam kelas.

Aku ingin bercerita tentang tarbiyah yang aku dapat sepanjang aku praktikal di hospital. Kisah dan pengalaman hidup pesakit yang bagi aku sangat memberi inspirasi dan menghidupkan hati aku untuk terus bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada aku.

Dari sem 1 sehingga aku sem 5 sekarang aku praktikal di wad yang berbeza cth wad medical, wad pembedahan, wad ortho(kepatahan) atau wad psikitrik. Kisah 1 ni ketika aku berada di wad medical di mana ada seorang pesakit lelaki yg berumur dalam 60lebih. Pesakit ada trakea iaitu perlu melakukan sedutan kahak kat bahagian leher selama 15/min sekali. Pesakit ini mempunyai isteri dan ank2. Namun tidak dihiraukan oleh mereka. Sepnjang aku praktikal dekat wad medical ni aku selalu lihat pakcik ni tiada peneman atau waktu melawat tiada siapa dtg melawat. Pakcik ni sakit sorang2 dan tiada pelawat yg menemani. Pnh satu hari aku jaga pakcik ni dan selepas aku melakukan suction(sedutan di bahagian leher) pesakit panggil aku dan tunjukkan telefon utk hubungi isteri atau anknya. Aku call dan jwapan yg diberi oleh isteri dia akn smpai dlm masa setgh jam dan smpai aku hbs shift xsampai2.. Aku sbnrnya sedih. Spnjg aku praktikL kat wad tu hanya sekali aku onh tgk ank dia melwat pakcik ni. Dan smpai skrgbaku tidak tahu apa yangbtrjd pada pakcik ni sbb selepas aku keluar wad trsebut aku ada juga tnya kawan2 yang praktikal kat wad trsebut dan pakcik ini telah discaj.

Kisah kedua di wad pembedahan perempuan. Seorang ank perempuan menjaga maknya sakit di hospital. Pada awalnya aku kagum dengan ank makcik ni sanggup tinggalkan alam sekolahan demi nak jaga mak sakit. Namun aku silap sebnarnya, perasaan kagum aku semakin menipis selepas aku melihat anak pesakit ini masuk ke surau dengan kasut. Dan aku menegurny knpa masuk ke tempat orang solat dengan kasut. Tanda memberontak dia terus baling kasut ke luar. Aku yg terkejut terus diam. Dan yang paling aku nak menangis ketika aku nak ambil observation kat mak dia, aku lihat dia meletakan kaki di atas tubuh maknya. Aku ckp knpa letak kaki atas mak awk dik. Mak awk kan sakit. Dia diam dan tidak hiraukan aku. Dan aku berkata kat anak makcik tersebut macam mana awak nak dapat syurga kalau awak dah letakkan syurga awak di bawah tapak kaki awak dan perempuan tu terus blah pergi entah ke mana. Makcik tersebut cuma diam dan aku mohon maaf kat makcik tu sbb tegur anak dia.

Dua kisah ni memberi tarbiyah dalam tidak sedar pada diri aku sendiri. Banyak kisah yg sedih sebnarnya tapi kisah ini paling aku ingt sepanjang aku prktikal dkt sebuah hospital di selata n tana air. Memberi tarbiyah kpd aku tntg org sakit yg sntiasa ingtkan aku tntg azab Allah . Bila2 masa Allah boleh tarik nikmat yg kita ada sekarang. Mengingatkan aku bahwa tugasan seorg ank yg hakiki utk berbakti pd mak ayah mereka. Tidakbkita bgaimana keadaan parents kita buatlah baik selagi mereka masih ada.

– Nor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit