Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Aku Ai berumur 22thn dan masih belajar di salah sebuah kolej. Aku ingin bercerita tntg ayah aku yg sangat aku rindui.
Pada tanggal 29/10/15 pada pukul 4.30am aku menerima panggilan daripada adik aku yg mengatakan ayah aku telah pergi berjumpa Allah buat selama-lamanya. Aku terkejut dan terpana. Ketika itu aku sedang berwuduk terus aku solat hajat dan moga dipermudahkan urusan ayah. Aku bersujud paling panjang kpd Allah. Moga ampunkan semua dosa ayah, tempatkan ayah di tempat yang paling indah.
Aneh sebenarnya, langsung tiada air mata yg keluar. Seolah2 aku sudah redha. Namun aku yg masih berada di kolej ketika itu segera menelefon abg aku spya ambil aku kat kolej. Dan kami bertolak balik ke kelantan pada pg trsebut.
Aku teringin nak peluk ayah buat kali terakhir. Nak kucup dahi dan pipi ayah sebagaimana ayah lakukan pd ank-anknya ketika kecil. Ingin mandikan ayah utk kali terakhir. Namun, kita rancang dgn cita2 dan Allah rancang dgn cinta. Bersebab kenapa aku smpai ke kelantan tnpa dpt melihat jenazah ayah buat kali terakhir.
Tepat pukul 5pm aku terus pergi ke tanah perkuburan dgn harapan dpt melihat ayah buat kli terakhir. Namun yg ada di depan aku hanyalah tanah yg telah menutupi jasad ayah. Aku cuba cari di mana mak. Dan terus aku berjalan ke arah mak dan menyembunyikan wajah di belakang mak dan saat itu air mata aku tumpah. Tumpah setelah melihat abg aku menyirami pusara ayah. Ayah, aku cuba jd kuat. Cuba utk menjadi setabah dan sekuat ayah yg melawan sakit berpuluh tahun. Cuba jd seredha ayah yg menerima dugaan dan ujian dgn seikhlas hati. Namun aku gagal ayah.
Masih ingt kenangan dgn ayah. Yg selalu berjaga mlm untuk bermunajat kpd Allah. Ayah yg sentiasa kejutkan aku utk study di mlm hari sehingga pagi. Ayah yg mengajar aku mengaji Al-Quran sehingga mengenal alif ba ta. Rindu sebenarnya ayah. Rindu sgt.. Indah betul pemergian ayah. Meninggal di saat bermunajat kepada Allah. Dan kalimat terakhir yg dengr dari mulut ayah “Allah”. Ayah sgt baik bg kami..
Ayah, akan aku jd saksi di hadapan Allah nanti bahawa ayah telah menyempurnakan syahadah ayah dgn sempurna. Moga syurga milik ayah… Rindu sebnarnya. Ayah meninggalkan tarbiyah yg sangat hebat dalam.diri ini.
Al Fatihah ayah..
– Ai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit