Assalamualaikum w.b.t.
Aku gelarkan diri aku Kobis. Perempuan. Berkahwin.
Kisah bermula bila aku nak jual kasut wedges aku yang dah lama aku tak pakai. Aku pakai pun seingat aku dua kali je lepas mula-mula beli. Kemudian tersimpan rapi dalam rak kasut. So, dari tak pakai, better aku let go. Aku pun minta izin suami aku nak let go kasut tu. Then laki aku tak kisah sebab memang aku tak pakai heels pun. Aku pakai kasut flat biase je.
Aku pun iklankan di Facebook. Nampaknya teknik marketing aku tak berkesan untuk menarik pembeli. Mungkin kebetulan sebab aku post iklan kasut aku tu masa awal bulan. So ramai yang berminat cakap nak hold dulu sebab tunggu gaji. Aku ok je. Aku pun keep update la iklan tu. Dah dekat sebulan cenggitu still tak ade serious buyer.
Satu hari aku tengok tv ada iklan satu website ni untuk jual barang-barang yang dah lama kita tak guna. Ala iklan tu. Korang pun tahu kan mana-mana website untuk jual barang-barang terpakai ataupun baru. Then aku register and masukkan la details dan gambar kasut aku.
Tak sampai 24 jam aku post ada seorang Minah Kangkung ni email aku tru website tu (masa tu 5am dan aku respond lewat dekat-dekat tengahhari). Aku memang tak letak banyak contact details. Aku just letak email je, so sesiapa yang berminat boleh email aku. Bila aku terima email dari website tu yang menyatakan ada seseorang respond pasal barang aku, aku pun bertindak la.
Email Minah Kangkung tu in english tau. Dia cakap berminat dengan kasut aku dan suruh aku Whatsapp dia. Dia bagi nombor. Then aku dengan rasa bersyukur sebab ada orang nak beli kasut aku ni, aku pun whatsapp dia. Tapi aku tulis in malay sebab aku tengok gambar profile dia perempuan melayu bertudung.
Aku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan pun bermukadimah (in Malay) untuk memulakan conversation. Tapi dia reply dalam in english dan dia cakap nama dia Ezzati. Dia suruh aku pos ke Kemaman.
Aku cakap la ok. Tapi urusan pos akan berjalan hari Isnin sebab public holiday (Maal Hijrah). Dia ok. Dia minta nombor akaun bank aku dan email. Tapi aku bagi nombor akaun bank je. Then dia mintak email. Masa dia mintak email tu aku dah suspek something sebab kenapa ada buyer mintak email? Jarang-jarang ada buyer mintak email. Tapi aku husnuzon je mungkin dia nak buh email kita untuk transaksi tu nanti. Kalau sms kan cas bape sen ntah. So aku positif. Dia cakap nanti dah transfer dia bagitau aku. So aku ok la. Tunggu duit masuk then baru la boleh aku pos kan.
Masa ni aku dah start lap-lap kasut aku. Cari kotak kasut dan siap cakap lagi kat kasut aku tu, “kau nanti akan ada tuan baru.” -haha lepas kejadian macam bodoh je bila pikir balik.
Fyi, conversation awal aku dengan dia memang aku cakap melayu tau, kadang-kadang rojak jugak sebab dah si Minah Kangkung ni keep speaking je ngan aku.
Elok je lepas aku bagi salam masa Solat Maghrib handphone aku bunyi tanda ada whatsapp masuk. Aku pun setel doa semua tengok la whatsapp. Minah Kangkung tu whatsapp aku suruh cek email segera. SEGERA OK. Dia cakap BANK DIA ada email aku transaksi.
Aku cakap melayu lagi masa whatsapp tu. Dia marah aku dia cakap english only. FBI is monitoring. Cuak+pelik weh bila dia main FBI plak kan..xpe aku cek email.
Aku cek memang tak ada email masuk. Dia cakap kat aku suruh aku respond email tu dalam seberapa pantas sebab kalau ak transaksi tu tak berjaya dan aku akan DIDAKWA.
Aku sikit cuak la. Pehal pulak kan. Dah la aku sorang-sorang kat rumah tengah sarat bawak baby dalam perut. Laki aku kerja tak balik lagi. Aku cool lagi sambil membebel la dah email tak masuk aku nak respond macam mana. (Masa ni aku dah pelik kenapa bank nak email aku? Kenapa aku perlu respond kat email bank tu? Kau nak beli kasut aku, kau transfer je la online kan. Kenapa aku perlu berurusan ngan BANK kau?!)
Tapi aku positif lagi. Aku keep cek email memang tak ada email baru masuk. Then teringan folder Spam. Aku cek kat Spam memang ada email dari bank. EUROPE BANK ok. EUROPE.
Berdebar aku bila tengok email bank tu. Warna warni tau bank tu tulis. Then Minah Kangkung ni keep desak aku suruh reapon email tu within 5 second or else aku kena masuk JAIL. Dia cakap ada FBI memerhati. What the…..?!
Masa ni aku cuak habis. Jantung macam nak melompat keluar. Aku sorang-sorang kat rumah. Baca je perkataan Jail dengan FBI tu cuak aku bertambah, padahal dalam kepala berserabut pikir kenapa FBI nak monitor? Kenapa Jail? Aku bukan buat jenayah pun sampai nak tangkap aku? Aku still cuak dan dalam pada masa yang sama serabut dengan segala persoalan.
Aku rasa 5 second tu berlalu macam tu aje. Aku ni tekun baca email bank tu tau. Yela bab duit ni aku teliti jugak nak-nak urusan dengan pelanggan kan. Lagi dasyat dia guna Bank Antarabangsa baq ang. Pengalaman pertama aku ok. Gila tak cuak.
Walau dalam kepala berserabut fikir itu ini. Aku pun still cuak dan baby aku pun sakan bergerak dalam perut mungkin dia pun sama cuak aku tetap teliti baca email tu. Dan ayat yang tak boleh blah “BANK” bold kan warna merah cakap:
‘Dorang tak boleh transfer RM70 (harga kasut preloved aku tu) sebab dorang bank antarabangsa dan beralamat dari luar Malaysia. Jadi untuk minimun transaksi ke mana-mana negara adalah RM600. Jadi aku kena refund RM530 kepada pembeli.
Tapi RM600 tu tak dapat tembus ke akaun aku sebab floating ape bende ntah so aku kena refund dulu guna duit aku sebanyak RM530 pada nombor akaun tertera. Akaun si Ezzati a.k.a Minah Kangkung tu la.”
Email tu of course in english. Dan aku macam cuak jugak. Ah kena cari RM530 ke? Mulut menyumpah seranah kenapa la minah ni guna bank pelik-pelik. Bla..bla..aku sumpah dia. Dalam cuak dan panik aku perlu cari RM530 dan perlu refund pada dia dalam kadar segera kalau tak aku kena tangkap. FBI perati kan.. sengal aje.
Aku suruh dia cancel transaction tu. Dia cakap tak boleh. Then aku baca balik email tu pun memang email tu ada bold kan bahawa transaksi ni tidak boleh dibatalkan atau dikenakan tindakan undang-undang.
At this time dia still desak dan ugut aku tau. Dia desak suruh aku pegi atm la. Suruh aku transfer online la. Macam-macam dia desak aku. Aku cakap aku tak ada duit. Dia suruh aku pinjam relatives.
Lepas tu aku tanya dia, kalau aku ada duit aku nak kena bank in kat akaun mana? Dia cakap seperti dalam email. Maksudnya akaun dia la. Ezzati. Tapi dia bagi aku nombor akaun kat whatsapp lain. Nombor akaun yang holder dia Cina. Dia cakap kat whatsapp bank in kat nombor akaun ni segera. Aku pelik. Dalam email akaun nama Ezzati. Kat whatsapp dia bagi nombor akaun lain atas nama orang cina.
Then aku cakap bagi aku masa kejap. Dia tak heran wei. Dia ugut aku masuk jail.
Aku stress wei. Nak nangis pun ada. Dah la sorang-sorang kan. Aku relpy whatsapp Minah Kangkung tu aku cakap aku nak buat report polis sebab benda ni buat aku stress dan takut. Dengan mengandung lagi so macam-macam aku fikir.
Tapi masa tu aku macam blank dah nak buat apa pun tak tau. Tapi, Aku call laki aku then laki aku cakap “tak payah layan” haha aku punyak cuak kat rumah sorang-sorang, jantung ni punya sakan pum darah and laki aku rilek cakap jangan layan.
Lepas je aku selesai cakap ngan laki aku, baru aku terpikir. Masa ni dah waras la. Haha. Kenapa aku kena takut ngan dia pulak? Kenapa BANK EUROPE tu nak email aku pulak. Ah! Kasut aku RM70 aje. Apasal main sampai ratus-ratus pulak kan.
Masa ni minah tu still paksa aku respond email tu within 5 second. Kalau tak transaksi tak berjaya dan aku kena tangkap. Dia ugut aku, nak masuk jail ke? Tapi aku fikir jugak, apasal aku kena bank in kat laki cina pulak? Bukan kau Ezzati ke? Gila ah Minah Kangkung ni.
So, aku track nombor fon minah ni di google. Banyak aplikasi boleh track nombor fon kan. So aku track nombor fon minah ni guna google dan salah satu website untuk track nombor fon stranger adalah website Truecaller. Bila aku cek minah ni guna line tempatan dan dia ada di Malaysia.
Aku pun dah syak ni penipu ni. Nak kaut duit orang aje. Yela ape sal pulak dia nak beli barang aku, aku yang kena keluar duit aku dulu refund kat dia kan? So dalam dia dok push aku kat whatsapp suruh aku respond email bank bongok dia tu aku tak layan. Lantak la takkan sampai nak masuk jail plak kan. Dah kenapa FBI sibuk nak interprem tangkap aku seolah aku buat jenayah besar aje.
So aku google akan kisah aku ni. Rupanya ramai dah yang kena dengan penipuan internet ni. Dari zaman dulukala lagi. Sampai lah sekarang ni tahun 2017 still dorang lakukan jenayah ni. Kalau dulu ada mat-mat atau minah-minah Nigeria yang nak beli barang online dan poskan ke US atau UK. Kali ni tahun 2017 game dia lain sikit. Nak bagi nampak real kot kan.
Then laki aku balik aku cerita segalanya lat laki aku. Laki aku ni bukan bole dengar orang dok main-main dengan bini dia ni, haha so dia amek fon aku dan balas kat Minah Kangkung tu. Laki aku balas:
“Duit kami dah transfer. Awak tak dapat email ke? (Saja nak tengok reaksi dia bila kami cakap duit dah masuk). Kami juga dah buat report polis akan hal ini. Anda tunggu.”
Then minah tu diam tak whatsapp dah. Padahal “online”.
Lepas tu dia balas. Kalau dah transfer hanta screenshot bukti (haa nampak tak dia goyang. Dengar aje duit dah masuk terus minta screenshot bukti. Padahal tadi suruh berurusan dengan email aje.) Tapi aku jawab lain. Aku tanya dia balik yang dia dok kat mana sekarang. Dia cakap ‘apa maksud awak’ kat aku.
Aku ulang soalan yang sama. Awak kat mana? Di Malaysia ke?
Dia balas dia ada kat luar kawasan outsation.
Aku balas kat mana.
Dia jawab Greece. Kah kah kah..Greece guna no Malaysia. Dah kau dok abroas, pehal nak beli barang preloved dari Malaysia? Sengal kan. Padahal kau dah dok jauh tu beli la barang kat sana. Kaya kan. Siap outstation luar negara bagai. Apa daa.. so aku tau ni scammer je. Aku cakap kat dia
“Saya dah buat report polis. Biar polis jalankan tanggungjawab dia. Dan mungkin juga saya akan buat report dengan pihak antarabangsa atas kegiatan awak ini.”
Pastu dia senyap. Gambar whatsapp pompuan pakai tudung pun dah tak ada. Ha ha takut kot.
Sepanjang aku search pasal kes penipuan ni memang ramai dah kena. Memang dorang nak kaut duit aje. Yang jadi mangsa kita. Ada yang kena tu dia cakap profile whatsapp gamba suami isteri cina tapi bila dia call bukan cakap cina atau english. Slang lain.
Bahaya juga gamba-gambar kita yang kita dok selfie buh di media sosial ni. Hati-hati you.
Aku ni baru je kena. Dah la 1 Muharram. Kena plak hal macam ni. Seram weh. Haha. Pengalaman pertama. Aku tau, mungkin ada yang kat luar sana dah penah kena or ada pengalaman tapi aku tau masih ramai yang tak tau akan jenayah ni. Tambah-tambah sekarang ni ramai yang buat bisness online kan. Banyak details terdedah. Yang ada join website jual barang preloved tu hati-hati la. Macam aku ni..mungkin aku ni insan terpilih kot nak kena. Haha.
Bayangkan kalau aku refund RM530 tu tanpa fikir panjang. Sure melayang duit aku weh. Gila betul.
Hati-hati uolss.
– Kobis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit