Kerja Atau Sambung Degree?

Assalammualaikum readers IIUM. First thing first terima kasih kepada admin sebab approve confession ni. Aku kenalkan diri aku dulu la ye. Aku perempuan, umur 21, baru nak habis diploma (aku habis diploma lambat sebab aku masuk masa pengambilan kedua).

Bulan 11 ni habislah pengajian aku selama 3 tahun dekat salah satu ipta kat sempadan antara perak dan Selangor sana. Alhamdulillah finally nak habis dah diploma. Start sini aku terfikir antara nak sambung belajar atau terus cari kerja. Aku memang insist nak sambung belajar sebab yes aku perempuan and kalau boleh nak la sampai menara gadingkan (bukan sebab nak dapatkan hantaran tinggi-tinggi ye hahaha). Tapi disebabkan beberapa sebab ni aku terfikir balik nak sambung ke tak. Aku memang dah ada target nak sambung kat mana and plus bila kau menuntut ilmu ni feeling dia seronok sangat. Kau akan rasa homesick rindu kat mak abah nak gaduh2 manja dengan kakak and abang kau pastu bila kau dapat kawan baru, kau rasa persekitaran baru and bila kau further study ni kau punya minda tersangat open sebab kau jumpa ramai orang tambah lagi kalau kau aktif berpersatuan and lecturer2 yang bermacam perangai. Huhuhu. Aku tak kata kalau bekerja ni minda tak terbuka tapi kau tengok lah bila weekday 8-5 pegi office menghadap laptop pastu balik tempuh jem sampai rumah nak dekat maghrib then makan solat siapkan baju untuk esok then tidur and begitulah hari-hari seterusnya (bukan semua office people macam tu okay, aku bercakap mengenai apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa sebab aku pun tengah praktikal dekat audit firm. Penat weh sakit otot belakang aku. Hahaha). That’s why time belajar ni seronok.

Antara sebab yang paling aku fikir banyak kali nak sambung:
1. Time diploma dah pinjam ptptn.
2. Mengikut bacaan bijak pandai ekonomi dikatakan teruk tahun 2018.

Kalau tak sambung nanti susah nak dapat kerja sebab dekat office sekarang aku tengah li ni semuanya ada degree. Aku jadi down bila ada diploma je. Huhuhu. Kalau orang tanya nak sambung ke nak kerja? Then aku pun jawab taktau lagi tengok rezeki lah. Maka mereka-mereka pun kata sambung la. Seronok bila ramai support suruh kata sambung belajar even hanya dengan kata-kata and plus bila aku fikir aku nak banggakan mak dengan abah lagi buat aku berkobar-kobar nak sambung belajar ni. Tapi aku jadi takut bila fikir pasal hutang. Almaklumlah yuran bukannya murah, semua dekat 1000++ nak dekat dua ribu. Takut tak boleh survive. Aku ni bukannya otak bisnes yang boleh jual apa sahaja. Aku tak reti nak buat side income even aku pandai bake and ramai yang suruh aku jual kek tu tapi aku belum bersedia lagi nak ambik risiko dalam dunia bisnes ni. Time muda-muda ni la kita semangat nak sambung belajar sebab bila dah berumur nanti kena struggle lebih kalau nak study. Lagi lima minggu nak habis praktikal dan aku masih dalam dilema nak sambung belajar atau terus kerja.

– -anak mak abah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit