Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman, saya menulis di iiumc ini adalah ingin berkongsi hikmah yang saya perolehi setelah ujian datang. Semoga memberi manfaat kepada semua, saya mia berumur 28 tahun merupakan anak bongsu mempunyai 2 orang abang dan 3 orang kakak. Ayah saya telah lama meninggal dunia dan saya tinggal dengan emak.kesemua abang dan kakak saya sudah berkahwin, tinggal saya seorang yang masih belum.
Kisah yang ingin saya sampaikan adalah bekenaan dengan jodoh. Saya telah mengenali seorang lelaki yang bernama Azam. Apa yang membuat saya terluka adalah disaat hendak tunang baru dia mengaku dia dah berkahwin. Sampai family saya pun dia berbohong jugak mengatakan dia bujang.Dia nak jadikan saya isteri no 2. Ya Rabbi hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan itu, rasa ditipu dengan orang yang kita ikhlas sayang. Tapi biasalah jiwa muda kan lebih-lebih lagi saya anak bongsu,ade perangai yang tersendiri, kuat memberontak tapi jauh disudut hati saya masih mempunyai pegangan prinsip bahawa restu family lagi penting dari segalanya. waktu itu,saya nekad nak kawin dengan dia sehingga saya ketepikan nasihat family.Yang membuat saya redha dan tidak jadi nak teruskan dan akhirnya melupakan hasrat nak kawin dengan dia adalah kekuatan kasih sayang yang saya dapat.
Allah sangat Baik, sebelum saya membuat keputusan ,saya solat istikharah berdoa pada Allah moga Allah berikan saya petunjuk adakah dia yang terbaik. Saat itu saya ingin tenangkan diri pergi becuti ke rumah pak cik saya. Pak cik saya merupakan adik-beradik arwah ayah saya.Dia mempunyai anak 3 orang yang kesemuanya lelaki dan bila saya datang kerumah dia. saya rasa seperti merasai kasih sayang seorang ayah.Betapa dia mengambil berat tentang saya walaupun duduk jauh di perantauan. Untuk pengetahuan pembaca, arwah ayah saya meninggal dunia 28 tahun yang lalu, Sama dengan umur saya sekarang ni. ketika arwah ayah saya meninggal dunia, saya masih di dalam kandungan emak saya 7 bulan. Saya tak pernah melihat dan merasai kasih sayang seorang ayah. Allah maha penyayang dia ambil ayah saya tapi Allah gantikan dengan seorang Pak cik yang sangat menyanyangi saya. Sewaktu saya berada dirumah dia, dia panggil saya duduk di sebelahnya dan dengan tenang dia menasihati saya dengan kata- kata yang penuh kasih sayang dari seorang ayah kepada anaknya.. ayat yang membuat hati saya runtun dan membuat ego saya jatuh ialah bila dia berkata pada saya ” mia, pakcik sayang mia, pak cik anggap mia anak pak cik sendiri. pak cik tak ada anak perempuan, mia la anak perempuan pak cik. mia pilihla jodoh yang terbaik dalam hidup mia,pak cik tak nak mia sakit dikemudian hari kalau mia berkahwin dengan dia ,bila mia sakit,pak cik pun sakit jugek. kata- kata yang penuh ikhlas. Dan saat itu, tiada apa yang lebih membahagiakan saya selain kasih sayang yang saya perolehi.
Dan untuk pengetahuan pembaca,saya akhirnya memutuskan hubungan saya dengan azam, saya memilih untuk pergi dari hidup dia. saya berkata kepada azam ” mia tepaksa undurkan diri kerana mia lebih pentingkan restu keluarga, biarla jodoh mia Allah yang aturkan, mia nak cari kebahagiaan mia sendiri”. Akhirnya dia memahami dan pergi.
Buat pembaca sekalian,apa yang ingin saya sampaikan adalah kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan, tetapi kasih sayang antara kita itulah kebahagiaan yang sebenar. Ingatlah bahawa restu keluarga itu yang amat penting . Jika keluarga tidak mengizinkannya, kita redha dan terimalah walaupun ia sakit. kerana Allah ingin mempersiapkan yang terbaik buat kita sebenarnya. biarlah orang nak cakap tentang kita kenapa tak kawin lagi. Tersenyumla wahai insan yang sedang berjuang mencari jodoh, genggam saja janji Allah pasti Dia akan kabulkan disaat yang tepat. bukan kita tak usaha,bukan kita tak berdoa,tapi belum sampai masanya lagi. kalau jodoh bukan didunia ,Pasti disana jodoh sedang menunggu kita. Apa yang membuat saya rasa tenang dan bahagia sekarang ini, ialah walaupun saya belum temui lelaki yang benar benar jodoh saya,tapi Allah hadirkan family yang sangat menyanyangi saya. Allah buka mata saya betapa ramainya orang sekeliling yang sayangkan saya rupanya. Disaat saya jatuh terluka, Allah hadirkan mereka untuk tarik kembali kelukaan itu. Sungguh inilah hikmah yang terindah dalam hidup saya. Mereka ingin yang terbaik buat saya. Doakan saya pembaca sekalian,semoga jodoh yang terbaik datang dan boleh membawa saya hingga ke syurga.Saya juga mendoakan kalian semoga yang terbaik datang dan kalian hidup bahagia. Jika dalam hati Kita ada Allah, itu sudah cukup membahagiakan kita. Ujian Yang datang sebagai asbab untuk kita mencari hikmah yang tersembunyi.
– ~mia~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit