Seribu Kali Sesal

Assalamualaikum….cerita aku ni tak menarik. Jarang aku menulis panjang-panjang kat media sosial. Jadi, ni first time aku tulis kat sini. Aku tak harap manusia simpati cuma aku nak bukak mata korang bahawa tempat yang aku sayang pun banyak buat aku macam sampah.

Aku dah cecah umur 27 tahun. Ko tahu kan ramai giler orang da nikah junjung anak ke hulu ke hilir. Aku? Start from zero. Aku masuk chambering kat firma dengan gaji tak sampai rm600. Aku kadang2 survive makan duit yang ada dalam bank. Tu pun ihsan dari mama aku. Segan weh 27 nak mintak duit family.

Kisahnya bermula tiga tahun lepas. Sebelum graduasi aku nampak ada iklan kat fb nak cari R.A kat Usim. Okay, aku inbox lecturer tu. Lecturer tu terkenal dengan banyaknya geran. Pandai dia cari geran. Aku pun selamat jadi R.A dia dan family aku pun suruh aku amek master terus bawah bimbingan dia. Dia nak jadi sv aku. So terpaksa jadi R.A merangkap master.

Jadi, aku teruskanlah jadi R.A. Nak dijadikan cerita gaji aku kene bahagi dua sebab geran ada satu dan ada dua R.A. Aku da sedih tapi aku terus jugak jadi. Aku tau susah nak dapat keje. So, aku tunggu rm750 hujung bulan. Tup2, geran yang kami kongsi tak lulus. Selama berbulan-bulan aku tunggu tak dapat. Siap partner R.A aku resign weh. Dan aku kene submit proposal baru sebab gaji R.A ada kaitan dengan geran lama.

Setahun setengah aku hanya buat proposal. Aku pun mula balik walaupun dah down. Settle dengan proposal lepas tu aku kutip data. Waktu ni aku dah kene buang R.A sebab aku dah down.
8 bulan aku free labour geran tak lulus baru dapat jadi betul-betul R.A pada bulan kesembilan. Tapi aku nekad berhenti R.A. Family aku pun terkejut. Mama aku dah bising. Panas je hp aku.

Settle kutip data kat Pahang. Kami diberi rm4000 untuk settle kutip data. Ko nak tau dari RM4000 tu tak cukup sebab duit tu bukan aku handle. R.A dia yang handle. Mula2 okay je. Lepas tu duit habis kat hotel..sampai sekarang duit claim minyak dan tol tak dapat. Hampir seribu jugak aku keliling daerah pahang kutip data. Dapat pun rm2000 tapi tu bukan duit kutip data. Tu duit aku analisis data. Job aku dapat lepas tu digunakan bayar upah aku kutip data kat pahang. Keje lain, dapat duit lain. Aku tak berani nak komen lebih2 sebab aku ni tak ada apa2 jawatan kat fakulti tu selain jadi postgrad student.

Langit makin suram. Bab pertama aku hantar. Aku kene major correction sebab bab 1 tu lah proposal aku. Aku kene defence. Panel kata, “ni camne awak wat proposal?” Kitab ape, method ape, quanty ke quali?” Waktu tu aku jatuh lagi. Kali ni teruk. Aku rasa cam nak bunuh diri je.
Tapi aku teruskan. Sv aku wat dek je. Yang dia tahu bila awak nak submit chapter 1, 2 dan 3?”

Bidang kajian aku sastera tapi sv suruh guna spss. Aku pun okaylah kan. Yang jadi masalah sv aku sedikit habuk tak tahu spss. Aku hantar bulan 4, bulan 8 tak check lagi. Krik3 kat email. Bila aku tanya sv dia suruh aku hantar lagi. 5 orang aku belajar spss. Dengan format thesis tak ada kat fakulti kami iaitu fakulti undang2 dan syari**. Aku pening. Format aku buat ikut suka. Tu pun panduan dari kawan2. Sv aku tak check data aku. Dia bagi student dia check. Tu pun aku tahu ada yang salah tapi aku tak tahu kat mana yang salah. Aku harap dia check data spss tu. Tapi haram tak jugak dia tengok. Yang best part dia berlagak pandai. Dia cakap owh nanti saya semak day by day camtu lah drama. Aku yang kene extend semester lagi.

Umpama jatuh ditimpa tangga. Aku tak boleh nak add co sv. Co sv aku ada 5 orang. Semua useless tak pernah nak tolong atau reti spss dan statistik. Aku nak add lecturer yang boleh bantu aku spss dan teori.. sv aku tak bagi add. sv dan co sv aku tak tau ape2 tentang statistik. Tu belum aku tanya tentang teori atau model aku guna. Sv aku pun tak tahu. Turun naik rumah kawan aku belajar spss. 3 tahun aku struggle master aku.

Lepas rumet aku nikah. Aku berhenti master. Aku penat weh. Tiap2 hari aku pikir nak terjun bangunan..tapi aku gagah cakap kat family. Mama, afif nak berhenti. Susahnya. Ko bayang aku lelaki. Tapi lepas satu satu problem datang. Tiap2 malam air mata keluar. Sv aku bila aku cakap aku berhenti dia okay je. Aku tahu dia terkenal tapi satu aku tengok dia tahu gunakan orang.

3 tahun master aku berakhir begitu saja. Aku ada semua data. Tapi aku dah tak de desire nak teruskan perjuangan lagi. Kepada sahabat2, kat luar yang nak pilih sv pilih yang betul2. Jangan jadi macam aku. Sv aku buku rujukan pun taknak kongsi takut aku plagiat katanya. Padahal sumber rujukan tu penting tambah2 bidang kajian aku tu tajuk kajian yang baru. Aku sedih dan aku terpaksa berhenti.

Aku tanya Tuhan. Sepatutnya sekarang aku da stabil kerja macam2 kawan2 aku yang lain. Banyak lagi kisah penderitaan aku sepanjang amek master. Sedikit aku dapat cerita. Tak terluah kata2. Tapi aku tenang sekarang. Aku fokus pada chambering. Bila melintas tempat aku belajar master usim dulu. Hati aku menangis.

Hanya dua tiga orang dari sepuluh orang yang aku kenal settle thesis. Yang lain macam aku. Dapat sv yang macam aku. Hanya pentingkan kpi mereka dengan research geran dan penyelidikan dan tak kisah student mereka macamna. Yang penting nama mereka di awal research paper. Scopus, isi semua nama depa. Yang lagi teruk nama aku jugak kene buang. Katanya tak menyumbang apa2. Padahal ayat dan content semua aku buat.

Bertabahlah hati, aku da berhenti..walaupun menyesal dengan thesis research aku yang tak siap. Aku lagi menyesal dengan tiga tahun yang sia2. Duit, masa dan wang habis begitu sahaja. Sebelum sahabat2 sambung master, fikir2 lah dulu. Jangan jadi macam saya. Saya start from zero balik. Dengan elaun rm500, moga aku dapat habiskan chambering 9 bulan aku. Aku pasrah ya Allah.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit