Kerja Tak Telus, Gaji Tak Berkat

[Desclaimer : Cerita ni panjang. Haha] – Assalamualaikum. Serba sikit pasal aku. Aku 25 tahun. Dah setahun grad. Genap 5 bulan 12 hari aku menganggur. Haha. Family aku biasa-biasa je. Aku nak share pengalaman aku yang tak seberapa ni pasal kerja dan rezeki.

Alhamdulillah, lepas habis je belajar aku terus dapat kerja. Gaji RM1800. Kerja yang memang kena banyak keluar. Untuk awal-awal kerja bos bagi aku guna kereta ofis dulu pegi mana-mana. Company aku ni service provider, Run program hasil dari duit yang diperuntukkan. Ofis aku kt Melaka and ofis aku tu takde bos atau manager semua Yang ada kat ofis aku tu senior dengan junior. Aku ni kira junior laa. Ada 6 orang staff termasuk aku.

Masuk bulan ke empat aku kerja, aku dah beli kereta. Sebab aku tak boleh nak guna kereta company selalu. Ada satu je pastu berebut dengan staff lain sampai kadang jejas kerja aku. Aku request nak beli kereta second hand kat ayah aku..tapi ayah aku tak bagi (explain terus. Kang kena kecam cakap aku yang mengada nak beli kereta baru. Haha). Bila dah ada kereta ni, tiba-tiba staff site aku jadi hmm..’baik ‘(kot). Arah aku benda-benda tak patut. Contoh, minta aku ambik hantar dorang kat rumah ( jadi driver tak bertauliah), bawa dorang pergi beli barang dapur nak masak balik kang. Suka hati minta nak guna kereta untuk urusan dorang. Sedap bawak kereta baru katanya. Eh macam-macam lagi la.. Yang ni memang salah aku juga sebab tak pandai cakap ‘TAK’bila dorang suruh aku buat itu ini. Serious aku jadi tertekan gilaaaa.

The next two months.. tiba-tiba aku dapat satu tugas baru . Aku disuruh untuk palsukan dokumen, signature, resit dan macam-macam lagi sebab next month nak kena audit. Suruh aku buat, pastu siap cakap kalau kantoi..pandai-pandai la aku jawab. GILA! Aku memang terus cakap tak nak buat. Memang aku kena marah la lepastu. Haha. Aku fokus kat kerja aku yang asal je. Tak buat langsung tugas baru tu. Nampak sangat bukan pekerja yang bagus kan aku ni? Haha. Sampai tahap hari-hari aku kena basuh dengan staff ofis. So cara last, aku decide call ketua aku kat HQ. Aku terus terang dengan dia the reason why aku tak nak buat. Guess what respon ketua aku tu? Dia bantai pujuk aku wehhh.. Siap cakap benda-benda tu memang kena buat, kalau tak nanti kantoi tak capai KPI, budget tak masuk tak boleh nak run program. Heh! Dan serious talk, kalau aku buat benda-benda ni, means aku dah tolong company aku untuk gelapkan duit yang diperuntukkan tu. Staff ofis pulak siap ugut aku kalau budget tak masuk, gaji pun takkan dapat. Kalau jadi macam tu, memang aku kena dengan dorang. Whaatttt? Balik tu aku call bincang dengan dengan mak ayah aku, dorang suruh berhenti kerja. Tak bagi dah aku kerja situ. Hmm

Malam tu memang aku nangis gila-gila sebab aku tersepit kot. Aku dah start apply kerja baru dari start kena buli tu tapi belum ada rezeki lagi untuk aku tukar kerja. Susah kot nak cari kerja sekarang ni. Monthly commitment almost 1k. Dengan simpanan aku yang tak seberapa, untuk sebulan dua boleh la aku nak cover bayar commitment aku tu.. kalau tak dapat kerja juga dalam masa terdekat macam mana? Minta kat ayah aku? Big No! Dah besar panjang macam ni aku tak nak bebankan ayah aku. Serious tertekan teruk tau aku masa ni.

Esok tu otw aku pergi kerja, aku sempat dengar tazkirah kat radio pasal keberkatan rezeki. Macam kebetulan kan? Antara isi tazkirah tu, elakkan diri dari terjebak dengan rezeki yang tak berkat. Kalau rasa perkara yang kita lakukan tu buatkan rezeki tak berkat, tinggalkan perkara tu serta merta. Doa minta jangan biarkan kita putus harap dengan rahmat Allah. Doa dengan seikhlas hati. Jangan sebab takut hilang sumber rezeki, kita terus buat perkara-perkara yang tak patut. Allah lihat setiap perlakuan kita. Kiri kanan ada malaikat yang catit setiap amalan kita. Besar balasan Allah untuk orang yang tak jujur dan tak amanah. Yakin dengan Allah. Tapi jangan setakat doa je. Usaha kena ada. Rezeki Allah tu luas. Tak terhitung dengan akal fikiran kita. Takkan pernah habis tanpa izinNya. Kalau tertutup satu jalan, yakin ada jalan yang lain untuk kita. Haaa.. lebih kurang gitu la pesan ustaz yang buat air mata aku keluar laju time pergi kerja. Haha. Macam satu pesanan yang Allah bagi direct kat aku melalui tazkirah tu. Fuhh!

Aku pergi ofis pagi tu dengan penuh rasa tekad. Aku kuatkan semangat aku and letak sepenuh keyakinan aku pada Allah, aku buat surat resign terus email kat bos siap cc kat ketua, dengan staff site aku. Aku cakap last kerja minggu tu. Terkejut beruk dorang dengan tindakan aku. Haha. Aku buat proper notes secara detail untuk setiap kerja-kerja aku supaya orang yang akan ambik alih tugas nanti takde nak pening-pening. Boleh refer terus nota aku tu. Aku kena marah gak dengan ayah kenapa nak juga pergi ofis lagi tapi nak buat macam mana, memang style aku gitu. Tak suka main tinggal kerja halfway gitu je. So last day aku kerja tu aku dah serahkan semua kerja-kerja aku dan nota yg aku buat tu kat orang yang sepatutnya. Siap explain satu-satu . Tapi korang nak tau apa yang aku dapat. Cukup seminggu aku resign, aku kena kacau dengan staff ofis cakap aku hilangkan report, tak handover kerja betul-betul. Biawak betul! Sumpah sakit hati gila kot. Memang aku block sekor sekor kat whatsapp lepastu. Eh geram aku.

Dan bermula laaaa episode tanam anggur aku. Haha. Tak putus-putus aku apply kerja sana sini. Tapi takde rezeki lagi. Aku doa minta dibukakan pintu rezeki aku untuk dapat kerja yang elok supaya aku tak jadi beban kat sapa-sapa. Dalam aku resah gelisah tak dapat kerja, aku tiba-tiba terfikir nak buat bisnes online. Tapi aku takde ilmu bisnes ni. Aku cari bisnes yang jadi dropship with zero payment. Haha. Haritu juga aku set up page facebook untuk bisnes aku berbekalkan hasil study dengan google. Gigihkan. Seminggu pertama tu memang takde sale langsung sebab aku belum dapat rentak bisnes lagi. Rasa nak putus asa pun ada. Tapi berbekalkan semangat yang semakin menipis aku still teruskan gak. Doa gila-gila minta Allah berikan aku rezeki dalam berbisnes. Isnin depan tu aku dapat close deal satu customer. Satu je tapi rasa syukur tu memang tak terluah. Alhamdulillah, untuk bulan tu aku dapat close sale dengan jayanya as a beginner. Komisyen yang aku dapat memang cover habis segala commitmen aku. Sekarang ni dah masuk 4 bulan juga la aku buat bisnes online ni dan alhamdulillah setiap bulan aku dapat bayar semua komitmen aku tanpa susahkan mak ayah aku dan tanpa pinjam duit siapa-siapa (yang ni aku memang akan elak. Tak suka) Dan siap ada duit lebih untuk diri aku. Oh ye, pasal kereta tu aku tak menyesal pun beli, sebab kereta aku tu la yang banyak mudahkan urusan aku sekarang termasuk urusan bisnes aku :)

Lepas apa yang jadi kat hidup aku dalam masa yang singkat ni, betul-betul buka mata aku. Aku yakin bantuan Allah sentiasa ada dengan aku. Mungkin untuk sesetangah orang, kerja-kerja macam tu hal kecik je, takpe kalau buat pun. Orang kata pandai buat pandai simpan. Tapi bagi aku, aku anggap tu ujian yang Allah bagi pada aku. Aku bukan nak cakap aku bagus sebab aku pilih untuk elak buat benda yang salah, cumanya itu lah dia sekecil-kecil ujian yang kita selalu tak sedar dan ambil mudah. Ada je yang pertikaikan kenapa tak tunggu dapat offer lain baru berhenti. Kalau aku tunggu maksudnya aku kena juga buat kerja palsu memalsukan tu. Aku fikir kalau aku terlepas kat dunia sekalipun, akhirat nanti aku kena jawab untuk perbuatan aku. Time tu nanti bos, staff ofis even orang yang dok pertikai tu takde pun nak tolong aku kan? Dosa yang ada ni pun tak tertanggung nakkkk. Dan aku yakin mungkin ada lagi orang yang alami benda yang sama. Rasa tersepit macam aku. Aku cuma nak pesan. Letaklah sepenuh keyakinan korang pada Allah. Takkan pernah korang rasa rugi walau sikit pun. Aku still tak putus asa nak cari kerja baru. Minggu lepas pun aku baru je lepas jawab exam online LHDN. Doakan aku lulus exam ye walaupun lebih 10 soalan aku tak dapat jawab sebab laptop aku buat hal. Sobss. Tapi mana tau ada antara doa korang yang Allah makbulkan : ) Kalau bukan situ rezeki aku, doakan rezeki aku di tempat lain. Haa doakan juga bisnes aku maju. Bulan ni banyak nak pakai duit lebih..sikit lagi aku nak achieve target aku untuk cover perbelanjaan bulan ni. Doakan please.. Sorry tapi aku memang suka minta orang tolong doakan aku. Hehe

Dah terlebih panjang lebar aku karang ni.. terima kasih la yang sudi baca baca luahan hati aku ni. Haha. Harap ada benda yang baik korang boleh ambik dari cerita aku ni. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk ke jalan yang lurus dan berada dalam rahmat Allah selalu. Amin

Adios!

– Orked

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit