Salam semua. Aku nak ceritakan pasal “power” ibu aku. Keluarga kami cuma 2 orang. Aku dengan ibu. Ibu aku bukan lah berlatar belakang pengajian tinggi. Umur aku 6 tahun ayah aku tinggalkan kami. Ibu aku ni pula sebatang kara. Jadi bila dah kena tinggal tempat dia mengadu aku je lah. Aku dulu benci dekat ayah aku. Tapi ibu aku selalu nasihat tak elok bencikan orang. Kita sendiri pun tak tahu orang sekeliling ni suka atau benci kita. Mesti kita rasa tak selesa bila orang benci kita.
Tapi ibu aku ada satu benda yang dia memang hebat. Bahasa! Ibu aku ni banyak bergaul dengan kawan dia tak kira melayu cina india. Sampai dia reti cakap cina dengan india. Fasih pula tu. Kadang-kadang aku terkejut tengok ibu aku dia tenang je cakap bahasa cina dengan auntie kat kedai. Tiba2 terserempak auntie lain dia tukar bahasa india. Diorang selalu juga berbual bahasa melayu.
Ada sekali tu, tengah ambik report card. Nama cikgu aku ni Mrs Ann dia chinese. Lepas berbual melayu tiba-tiba ibu sembang cina dengan cikgu aku. Meriah entah apa dia sembang. Sampai cikgu tu puji ibu aku. Itu belum pergi kedai. Dia tawar menawar pakai bahasa cina bahasa india bahasa Melayu. Jadi orang cina ke india yang tiba-tiba dengar ibu aku boleh cakap bahasa diorang rasa terus impressive.
Aku pernah tanya. Macam mana ibu boleh tahu bahasa diorang. Dia jawab tak tahu. Aku pun confuse. Sampai aku sendiri boleh tahu bahasa tu. Aku sendiri pun tak tahu macam mana. Ada yang ibu ajar. Tapi kebanyakkan je sebab kawasan sosial sekitar aku. Lebih ramai cina dan india dari Melayu. Berjiran dengan bangsa lain okay je. Seronok,kelakar semua ada.
Ibu aku ni dia kerja kilang. Keluar pagi petang nak maghrib baru balik. Biasa aku balik mmg masak sendiri semua. Tapi sebab ada jiran. Jadi tak ada lah sunyi. Ibu aku ni pula dekat situ semua orang kenal. Aku masuk tingkatan 4 ibu berhenti kerja kilang. Dia jadi tukang masak dekat kedai nasi campur ni. Dapatlah Alhamdulilah sehari 50 ringgit. Keluar 6.30 pagi balik 6.30 petang. Ibu aku pun macam ibu-ibu lain. Ada mood dia nak bebel marah dan pukul kalau aku nakal.
Aku sambung study jauh dari rumah. Tapi duit makan pakai Alhamdulilah cukup. Ibu aku pun dia dari kerja dengan orang. Bukak warung sendiri dan akhirnya buka restoran sendiri. Kalau ada customer cina dengan india datang dekat kedai ibu aku nnti dia cuba berbual tanya makanan sedap ke tak. Tapi dalam bahasa diorang. Sampai gelak-gelak. Kalau dulu aku blur apa ibu aku cakap. Sekarang aku dah boleh faham. Sejak ramai pelanggan tetap dia bangsa lain tahu ibu aku ni boleh cakap cina dengan india. Terus diorang ramai recommend.
Zaman aku kuliah pula semua Alhamdulilah okay. Kami dah pindah dari rumah asal yang dulu sewa. Pindah rumah sendiri kira jauh juga dari situ. Waktu nak pindah ni menangis kami berdua bila jiran-jiran situ berkumpul dekat dewan buat makan-makan. Ibu aku menangis2 lah dengan kawan-kawan dia yang lain. Aku pula menangis juga dengan kawan aku yg lain. Sayang tempat ni.
Habis degree aku terus apply kerja. Ada satu tawaran dari syarikat cina yang nak pekerja boleh berbahasa cina. Aku cuba. Sebab dia punya tawaran lain memang hebat. Aku pergi semua bangsa cina. Aku sorang melayu duduk situ. Aku masuk je interviewer tu cakap english dulu. Tiba-tiba laju bahasa cina. Bila aku fasih juga. Dia macam terkejut. Jadi Alhamdulilah lepastu aku dapat call diorang terima aku berkerja. Sebelum tu diorang kasi aku nego salary. Aku nego jumlah lain tapi Alhamdulilah dapat salaray lebih dari aku expected.
Suasana jangan cakap dalam tu semua kebanyakkan cakap bahasa cina. Ada english tapi bukan selalu. Kami kerja dalam team. Team kami pindah dan dapat kerja dekat satu bangunan baru 2 tingkat yang cuma 20 staff dekat situ. Diorang siap sediakan tempat solat untuk aku. Maklumlah kawasan ni nak cari surau dengan masjid jauh. Semua baik-baik. Makan aku biasa bekal masakkan mak aku.
Urusan kerja dan harian aku jumpa orang semua kebanyakkan guna bahasa cina. Pada diorang orang melayu yang boleh berbahasa cina india dan lain-lain memang hebat. Jadi setiap kali aku kena out station semua. Bos aku hantar aku. Dapat pula feedback bagus dari diorang jadi kerja penat rasa berbaloi. Kalau dulu setakat fasih dan faham. Sekarang aku dah boleh menulis bahasa diorang. Sampai rumah aku penuh surat khabar cina sebab nak latih.
Selain bahasa cina dengan india aku boleh cakap bahasa jepun. Aku pun sebenarnya baru balik jadi observer dekat jepun untuk tempoh setahun setengah. Awalnya aku taknak, tapi bila dah lama dekat tempat orang ni rasa seronok. Tapi negara sendiri juga yang seronok. Lagipun aku rasa tak tenang nak tinggalkan ibu aku sorang diri dekat Malaysia. Sebenarnya aku tak tahu formula macam mana aku boleh mahir bahasa selain melayu. Kalau ada dah lama aku kongsi. Cuma yang aku boleh ceritakan ini semua sebab IBU aku. Mungkin “power” ibu aku turun dekat aku.
Jadi nasihat aku ni. Cuba lah belajar bahasa lain. Nanti boleh lah rasa apa yang aku rasa dapat komunikasi dengan orang lain pakai bahasa mereka.
– Amir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit