Bisik Pada Langit

Semalam aku tengok cerita melayu baru dengan wife, “Bisik Pada Langit”. Walaupun aku ni memang menyampah dengan cerita melayu sebab aku rasa cerita melayu ni hampir kesemuanya membazir masa dan duit, aku layankan jugak sebab selama ni wife aku dah banyak kali teman aku layan cerita Hollywood.

Review pendek, cerita ni agak lain daripada tipikal cerita melayu yg selalu cerita pasal cinta, hantu dan gangster. Sesiapa yg tak tengok lagi, aku cadangkan korang tengok. Support la cerita2 macam ni supaya lagi banyak cerita macam ni dihasilkan, baru la industry perfileman kita boleh berkembang. Kalau cerita 3 serangkai je yg kita layan, cerita 3 serangkai tu je la yg keluar.

Tapi walau sebagus mana pun cerita ni, ada dua benda yg aku rasa dah jadi stigma dalam masyarakat kita dan sepatutnya di ubah. Aku ulas ni sebab dalam cerita tu, benda ni tak dibetulkan.

1) Pergi university, dapatkan ijazah sarjana muda (degree) dan kehidupan akan jadi lebih baik

Aku rasa ni benda ni dah tak relevan dah sekarang. Sebabnya zaman dulu dan sekarang dah lain. Zaman bapak aku dulu (bapak aku lahir tahun merdeka, 1957), tak ramai pergi uni. Waktu tu, aku rasa dua golongan je yg boleh/dapat/mampu pergi uni. Golongan yg betul2 pandai dan golongan yg mampu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab zaman ni, biasanya je kau dengar orang tak masuk uni sebab bapak dan mak tak mampu nak tanggung, dan diorang tak dapat scholarship untuk sambung. Mak aku pun sampai SPM je dulu. Adik2 dia yg dah nak bongsu yg bernasib baik, dapatla masuk uni sebab masa tu abg2 dah mampu nak sara.

Jadinya, zaman dulu sikit la graduan. Sebab diorang ni sikit, diorang boleh la demand gaji, atau pun sekurang2nya, gaji diorang memang lagi tinggi la berbanding yg kelulusan SPM equivalent masa tu (aku tak ingat apa diorang panggil). Bezanya dengan zaman sekarang, dah boleh kata semua orang boleh pergi uni. Apa result kau macam sampah? Tak apa IPTS berlambak sekarang ni. Asal ada duit boleh je masuk. Kau tak ada duit? Tak apa PTPTN kan hado. Jadinya lambakan tu dah semakin menjadi-jadi. Bila kau grad pun cukup makan, daripada university entah apa-apa (insert uni yg korang rasa teruk), dan meme macam “tak pergi kelas, grad jugak” “buat FYP seminggu, grad jugak” pun korang boleh relate, apa yg korang expect gaji korang nanti? Korang rasa company nak bayar 3k, 4k dekat korang? Lain la korang grad dari Oxford ka Harvard ka lepas tu cakap omputih macam omputih, interview pun korang excel, kalau dah tahap macam ni company yg kejar korang.

Di sini aku nak tekankan, tak semua orang perlu pergi universiti. Cari kelebihan masing2. Tak pandai nak belajar? Tak apa mana tau kau pandai repair barang. Kau pergi la Giat Mara ke mana2 yg boleh kau belajar lagi mendalam, kau kerja je la repair barang. Tak mustahil lepas bertahun gaji kau lagi tinggi daripada brader2 dan minah2 yg menghabiskan masa tak belajar apa2 dekat universiti.
Yg penting nya di sini, kena ubah mentaliti kita. Tak perlu la nak hina/pandang rendah siapa2 yg tak masuk uni. Sebagai parents atau bakal parents, tak perlu juga paksa anak kita untuk masuk uni kalau dia tak minat belajar/kurang menyerlah dalam bidang akademik. Semua orang ada kelebihan masing2, jadi kalau belajar bukan nya kelebihan kita, kita cari kelebihan lain.

Yg penting adalah kita menyumbang kepada masyarakat, tak kira apa pun kerja. Kerja sapu sampah, bersihkan tandas pun masih dikira menyumbang. Ye la dengan tahap mentaliti orang Malaysia ni, kalau tak ada orang bersihkan tandas alamatnya dah macam tandas dekat negara Afrika mahupun Rohingnya dah.

Asalkan korang tak hisap dadah, tak menyusahkan orang lain, boleh tolong mak bapak sikit2 dan tak mencuri duit orang, tu sendiri dah boleh dikira berjaya. Peduli dengan definisi “kejayaan” segelintir masyarakat yg mengharapkan kau bawak kereta mahal2, bergaji besar dan berbisnes besar dan sebagainya. Kau pergi Subuh berjemaah dekat masjid tiap2 hari pun dikira kejayaan yg besar. Jadinya buat apa kau nak kisah pasal definisi kejayaan orang lain?

2) Nak jenazah dikebumikan secepatnya, tapi nak jugak jenazah dikembalikan ke Malaysia

Ni memang aku tak faham. Dalam cerita tu anak dia mati di Australia, jadi dia nak jenazah dikebumikan di Malaysia dekat kampung (sori spoiler). Yg aku tak faham nya tu, bapak dia tu dah banyak kali insist nak anak dia dikebumikan secepat yg mungkin, tapi dalam masa yg sama nak jugak jenazah di bawa balik ke Malaysia. Tak rasa ironik ke? Kalau betul2 nak cepat, biar je la jenazah di tanam dekat Australia sana tu.

Benda ni aku tengok sama je kalau tengok dekat Malaysia. Meninggal di Ipoh, tapi nak jugak bawak balik JB. Dekat nak melawat katanya. Aduhai nasib la kau tak bising2 nak jenazah cepat disiapkan macam bapak dalam cerita “Bisik pada langit” ni, kalau tak memang dekat situ jugak aku tampar kau.

Sekian

– AMF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit