Assalamualaikum. Thanks admin kalau confession aku tersiar. Hari ni aku nak cerita pasal hubungkait antara cantik, sihat dan manusia. Aku nak introduce diri aku dulu. Okay, aku N J (bukan nama sebenar) berumur 21 tahun dan tamat diploma dalam course business dari salah satu politeknik di Semenanjung (cubalah teka siapa aku?) hahaha. Aku terpanggil nak buat confession sebab terlalu banyak iklan kecantikan di social media dan di televisyen.
Salah satu kecantikan yang diterapkan adalah kurus. Yelah, kat malaysia pun terlalu banyak warga yang obesiti dan kegemukan salah satunya adalah aku. Ya aku.. Iklan kat tv tu pun seolah olah provoke mereka yang gemuk ni supaya kurus. Maka, berlumba lumbalah manusia yang kurus nak bertambah kurus dan yang gemuk nak dapat badan ideal. Baguslah sekiranya fikiran kita ni nak kurus.. Tapi sebenarnya, seeloknya kalau kita tanam dalam diri kita nak kurus tu untuk sihat. Siap ada yang niat nak kurus sebab nak cari boyfriend or girl friend. Hahaha. Salah, cuba terapkan untuk sihat. SIHAT. Tapi sesetengah yang back up orang gemuk ni selalu cakap, “tak baik cakap orang gemuk ni tak cantik. Tu seolah olah mencaci ciptaan Tuhan. ” well, kegemukan tu adalah punca dari pemakanan dan kemalasan dan ALASAN.
Aku tak cakap orang lain. Aku cakap diri aku. Tapi pada korang yang suka judge orang gemuk ni pun jagalah hati dia sikit. Jangan sampai menghina, dan jangan sesekali jatuhkan maruah dia. Aku pernah kena kot. Dan seminggu aku teringat kes tu tapi sekejap je lah sebab aku ni malas nak ambik kisah hahaha.sekarang disebabkan susah cari baju saiz aku, aku join dropship untuk jual baju saiz besar macam aku. InshaAllah angan angan aku lepas ni nak produce sendiri pulak. Sekarang ni pun aku tengah struggle nak turunkan berat badan. Aku bukan chubby tau. Aku gemukk sangat. Aku dulu memang tak kisah apa orang kata sebab i am who i am and people must accept who i am. Tapi lately, aku rasa susah pulak nak ibadah, solat pun mengah. Then, aku perlukan terapi untuk kurus secara semula jadi tanpa produk. Bukan untuk cantik, betulkan niat untuk sihat dan mudahkan aku untuk solat. Aku pun baru berjinak jinak. Baru mula weih. Doakan aku capai target utk susut 10 kg sebelum konvo. Heehe
Kecantikan kedua berkisah mengenai kecantikan kulit which is, kulit cerah, kulit flawless.
Sekali lagi aku sentuh pasal iklan ni. Iklan tv yang tunjuk perempuan kulit gelap tak cantik, kena caci sebab wajah tak cerah sebenarnya sedikit sebanyak jejaskan emosi orang especially perempuan lah. But, aku sebagai perempuan yang berkulit gelap takde lah rasa iri hati dengan orang kulit cerah ni. Sebab apa? Sebab warna kulit ni memang anugerah Allah. Kau terima lah. For girls out there, you have your own beauty. Memang semua orang nak dapat kulit putih melepak macam arits korea tu, tapi kalau sampai membeli produk di luar kemampuan, kan membazir tu. Orang yang kulit cerah ni pun has their own flaws. Cuma tak tunjuk je. Tapibkalau rasa diri tu mampu nak beli produk2 pemutihan satu badan tu apa salahnya.
Manusia dan kecantikan sangat sangat susah dipisahkan. tapi jangan sampai timbul rasa tak bersyukur. Untuk yang gemuk macam aku, kalau nak teruskan kehidupan sebagai gemuk, pastikan mental kuat untuk hari mendatang. Sekali lagi, aku seru jangan kita menghina orang. Macam yang aku cakap, kita semua ada flaws masing2. Kalau fizikal kau helok, cantik, hensem, putih, kurus, tapi kau hina orang yang kurang daripada kau, tu salah. Kau masih ada aib yang Allah jaga. Doakan aku untuk terus berusaha susutkan berat badan. Walaupun 10 kg, tu masih belum ideal wei…. Masih ada banyak kg lagi untuk ideal. Doakan aku tau tau tau
Sebelum aku nak menutup tirai, eceh hahah aku nak pesan tips penting dalam hidup untuk cantik. Pertama, pelihara nilai murni, adab, agama dalam diri untuj kecantikan rohani. Kedua, confident dan teruskan hidup selagi tak bertentang syarak, dan boleh diterima pakai dalam masyarakat.
Mana yang nak ambik iktibar silakan. Yang nak kecam, silakan. Yang nak menghina pun silakan sebab aib kita Allah masih jaga. Yang mendoakan, amin ya rabbal alamin. terima kasih
J. O
– J. O
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit