Assalammualaikum , thanks admin jika cerita ni disiarkan. Harap nama aku tak disiarkan.Aku nak tahu and nak advice dari korang tentang masalah aku sekarang ni.
Aku mira (not real name) berumur 19 thn dan sedang belajar. Okey boleh start , dulu masa aku sek.ren. smpai la men form 4 centu, aku mmng gemuk ,time ni aku takut gila nak gi timbang ke, so aku tak sure berat aku berapa,selekeh ,kulit muka pon kusam jer. Start dari pertengahan form 4 , berat badan aku trun mendadak myb time tu aq baru baik demam kot.Pergi sek. semua kawan kawan aku terkejut, smpai ada yg tnya aku sakit apa.Hahaha, aku sndri pon tak realize lngsong sbb aku rse sama jer .Tapi bila parents, kenalan mak pak, sepupu sepapat, pon dah start cam badan aku kurus sikit , baru la aku sedar yg muka aku pon dah mula cengkung.Sebenarnya aku tak tau pon cam ne boleh kurus.So after tu, bermula la ep. yg aku kena maintain kan body mcm ni.huhuhu.
Makan dan muntah balik adalah my routine.Dulu, setiap kali makan jer, aku akan rasa cepat full, makanan tu mcm tersangkut kat tekak, lmbat hadam, dan satu masalah besar, aku memang sangat susah buang air besar.Kadang bernasib baik dua minggu sekali atau seminggu sekali. Thats why, aku akan muntah balik lepas makan. Aku buat mcm tu jgak sebab aku takut gemuk balik. Aku tak sanggup lagi kena hina.Cuma sekarang ni ,lepas sambung belajar, aku kurang buat muntah balik tu, tp still buat .Aku masih susah buang air besar, kena bergantung pada supplement atau ubat untuk buang. Aku dah jmpa doktor swasta kerajaan, smua la.Diorang kata perut aku banyak najis .Itu jer jwapan nya.
Then,kadang kadang aku rasa diri aku ni mcm orang yg sakit anorexia tu. Aku tak delah keping mcm tu, cuma pemikiran aku ni. Pantang nampak cermin aku akan cek body aku ,ada je yang tak kena bila selepas makan makann berat.A Aku akan selalu rasa tak selesa bila nampak lemak lemak dekat lengan, dan bhgian badan.Aku akan cubit cubit lemak lemak ni, lepastu tak nak makan nasi, makan biskut je, dan kalau boleh setiap masa aku akan tengok,cek lengan ,perut aku, smua la anggota badan, supaya tak der yg naik pon.Padahal diri sndri tak boleh tahan, lagi lagi aku ada migrain yg teruk, dan sekarang gastrik pula.Aku selalu berdoa supaya aku dapat berhenti .Aku cuma takut jadi GEMUK .Sekarang berat aku tak menentu.Kejap turun kejap normal.Kalau korang nak kecam kecam la. Aku terima seadanya.Tapi aku pinta doa yang baik baik.Aku nak nasihat dan pandangan dari korang supaya aku boleh buang tabiat ini dan hidup kurus dengan cara yg sihat.
Miss 50kg road to 45kg.
– Amira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit