Assalamualaikum, aku harini terpanggil untuk share post pasal scamm nih, pengalaman aku sendiri jugak dan aku nak share supaya org lain sedar dan tak akan tertipu dengan mudah. Tapi jalan ceritanya aku bukanlah mangsa penipuan sebab aku nih jenis yang suka cari sampai akar umbi. Oh itu jenis aku, aku takkan semudah ABC nak bulat-bulat percaya org, tapi setiap kali aku cari pasal sesuatu aktiviti scam ni mesti aku jumpa mangsa-mangsa yg dah kena tipu. Korang mesti tertanya, scam apa lah yang aku dok pong pang ckp nih, aku nk sentuh pasal scam ‘pinjaman berlesen’ yg mana hari-hari mesti korang nampak dekat FB Ads sponsored ads pops up naik pasal pinjaman itulah, inilah dan macam-macam lagi. Ya adik-adik, abg-abg, kakak-kakak, scamers nih dah pandai main online ads sekarang tau. Otak depa berkembang ooo sekarang nih, berkembang ligat nak tipu orang.
Okay, itu tadi pengenalan, meh kita masok isi-isi…hehe. Aku macam org lain yang desperate nak pakai duit. Yalah bukan selalu kita desprate nk pakai duit banyak, ada kadang-kadang situasi yg mendesak. Jadi takkan nk pinjam mak ayah and family kot? Kalau mak pak dato ka takdak lah cerita desprate nih. So sebab kita pon bukan org senang, jadi sbg manusia biasa kita confirm putaq ligat dalam kepala otak nak cari duit pi mana. Lagi dramatik kalau nama kita pon jenis blacklist sana sini. Tu yg jadi payah nk pinjam bank dan sebagainya. So kita mula lah cari second option yang mana cerita pasal scam nih lah mula dok jadi nih. Scamers sekarang ada macam-macam MO, MO ni modus operandi lah cik bang, cik kak na. Tapi semua konon trademark depa satu ja “Pinjaman Berlesen” -mudah lulus, 2 jam dapat duit, takpayah gerentor, tak payah mcm-mcm lagi lah kan- Aku jumpa banyak nama lah dalam line-line pinjaman berlesen nih yg claim diri depa bukan along. Dak…betol lah depa mmg bukan along pon, depa penipu baq ang…Along bagi duit kat org, hampa tak bayaq mampoi lah…ini depa dak, ambil duit hampa dulu, duit nk pinjam takdpt, duit sendiri pon habeh…tu lagi mampoih. Ok berbalik semula lah ya…Setiap yang baca artikel nih mesti ada aih yang dok cari depa-depa ni. Hampa mesti nampak dalam iklan-iklan kat FB kan? tak pon hampa dok cari dalam majalah.com? tak pon hampa google? semua tu nak habaq cerita 1 dalam sejuta pon belum tentu betol. Nak cari yang betol-betol berlesen lani susah weh, taktaulah depa nih wujud ka dak. Sebab apa? banyak kadang along pon pakai status berlesen nih jugak, scammers2 nih lagi lah. So kalau governement bawak keluar list-list pinjaman berlesen nih mungkin lah kita boleh cek kot kan? sebab kalau hampa mintak kat depa license no bukan depa bagi pon.
Okay, 1st MO yang sering kali popular scammers nih pakai. Lepas hampa contact depa melalui FB Ads yang pengiklanan berjaya tu. Depa akan call/WhatsApp hampa. Terpulang lah pada budget depa kot, kalau depa ada kredit depa call lah haha. So now, depa akan mintak dokumen hampa ic,bil letrik, payslip, bank statement, epf dan sebagainya bergantung kepada status kerja hampa la. Bestnya depa nih, hampa blacklist ka apa boleh loan tau…CONFIRM LULUS weyyy. Tudia, kita sambong balik. Depa akan bagitau dokumen akan submit dalam masa beberapa jam, nanti mereka akn call balik jika approve. Cehhh nampak? ‘system’ weh konon-konon. Padahal propa baq ang… So next step, dalam 1-3 jam depa akan whatsapp bagitau loan berjaya, lepas tu tampil kan sekali surat approval megatakan tahniah loan anda dah approved, dalam surat tu akan tulis berapa hampa pinjam, berapa taun, berapa bulanan dan sebagainya itu shj. Lepas tu cerita scamm dia mula laaa, depa akan msg hampa bagitau kena bayar 700lebih ka 800lebih ka untuk proses stamping dan ada jugak untuk deposit lah dan sebagainya. So yang ni sis kena tau, tapi sis tak bagi sesen pon. Kesian dia. Meh sini sis cerita, mula-mula sis ada tanya nama company dia, weh laju naw dia sebut sampai tak berbutir apa pon. So aku buat taktau jelah, nanti jelah aku tanya len kan. So yes, bila surat tu dia tunjuk, mestilah ada company nama semua. So aku nampak nama syarikat tu, aku usha la google. Tp tulah pelik tak pelik dlm surat official dia tu kononnya, takada pon ssm registration number, license pinjaman berlesen tu apatah lagi lah. So aku buat rileks je, aku start google, cari sampai aku puas hati, dan hasilnya menemukan seorang mangsa nih, dia ada post dkt FB dia, tp syg benda tu viral. Jadi sapa yang cari betol-betol baru lah jumpa. So sb dia public kan post tu, aku boleh baca. Wehhhh…sebijik dik non…sebijik sama betoi dengan surat yang aku terima dlm whatsapp tu. Kening akk ada terangkat sikit bila baca dengan lebih lanjut. Dalam post dia nih ada cerita yang dia nak pinjam 45k, so dia kena byr stamping 700 lebih, duit insuran pon kena bayar, dan ada satu benda lain duit proses yang dia kena byr. Kesian weh mangsa ni, dia bayar tau. Dia byr semua duit yang pinjaman berlesen tu mintak, total semua dekat 7k… nampak dak? Last sekali tu dia kena byr lagi untuk buka joint acc dalam 3k, mangsa nih dah tak syok so dia cancel lah. Dia xnk buat, sebab depa ni keluarkan cek keatas nama mangsa untk jumlah yg dia nk pinjam tu, tapi nama penerima cek tu depa tulis salah…Nampak dak gi? saja nk buat lengah. So bila mangsa tu takmau buat, dia nk cancel, jadi pinjaman berlesen tu ckp akan pulangkan semula lah duitnya. Tunggu punya tunggu, duit refund sampai la pon takdpt lagi. Mangsa tu dh pergi buat report. Tapi firasat aku mengatakan peluangnya tipis untuk dapat balik duit tu semula. Percayalaaa.
Aku personally tau contact mangsa tu, so aku cerita yg aku sedang berkomunikasi dgn syarikat pinjaman tu skrg nih, so aku pas dia contact-contact number yg aku ada pada mangsa tu. Jadi ending dia aku ckp dekat agent pinjaman tu, hakak tak jadi pinjam dik non…so sis kan screen capture post2 mangsa tu, so sis forward kat dia…tak jadi pinjam sebab hang penipuuu…haha. Dia terus senyap block sis…grrrrr…itu baru story pertama…nih nak sambong lagi? mau kalau sambong kena start order kopi…cerita makin syok nih…makin panjang ..haha…ok nih masok bab MO kedua. So sis pon dalam masa yang sama ada contact satu lagi syarikat pinjaman berlesen. So org tu pon mintak benda yg sama dokumen semua lah. Dan keesokkanya dia call sis, cakap permohonan sudah berjaya… tapi ini mohon dengan **** ***** bank (kiranya bank loan lah), bulanan kena bayar rm400 plus untuk 5 tahun. Dia tanya sis mau ka dak… gila bank loan kalu mau la…sapa takmau tu wire putus la kot. Tp sis mcm was-was, yelah kalau aku nih dh boleh lepas buat loan bank dah lama aku apply weh. Nasib tak lepas sbb kredit payment pon tak cantik mana. So bila dia habaq kata dpt loan dgn bank, nalaaaaa punya terkejut lah kita. So sis dgn excitednya syok lah nak lah kan…ok mai part ni hat potong terus nih…dia ckp okay sekarang akak kena bayar dulu deposit rm700 kepada company, harini kita akan keluarkan agreement letter dan malam nanti sy bawak agreement jumpa akak untuk sign semua dan sy akan bagi balik deposit akak by hand cash rm700. Pelik la sis tanya lah pasepa pulak, dia kata sb nk elakkan pemohon dari cancel loan bila agreement dh keluar dan duit pon dah masok. Ini pelik, duit dah masok dalam akaun macam mana nak cancel kan? So aku tnya dia, kalau mcm tu tunjuklah bukti yang bank tu dah bagi dokumen agreement utk aku sign kalau betol lulus kan. Dia jadi tak senang duduk lah sb aku banyak celoteh kan. So dia ckp akn send whatsapp skrg, so dia send agreement dgn gambar ic dia sekali. Nak bagi sis caya nih, so aku tengok agreement tu pelik lah, nih bukan bank punya agreement nih company hang punya agreement. Aku nk ori aku punya. Dia mcm nak bebai, dia kata nanti dia tnya bos dlu. So esok tu pulak baru dia msg aku ckp, akk kalau sy agreement dlm masa 30 minit akk kena bank in duit deposit bagi kita pon. Aku terus call bank berkenaan, tnya pasal application aku semua. Bank ckp takda apa-apa permohonan loan ats nama aku pon dan bank suruh hati-hati sb depa suspek scammers. Anddd that’s what i thougt ceq oiii…sb tu call hampa tanya. So aku ckp kat agent tu, kata tak jadi, cancel. Dia tnya pasaipa cancel. Aku bagitaulah yg dak call bank semua, mana ada dokumen submit utk loan ka approve ka apa…mana ada…so time ni dia dh mrh aku dah…dia ckp mmg la belom ada sebb mereka baru accept loan, you nanti bayar baru approve. Haaaa…aku sound tepekkkk je, hang bukti apa takdak nk bagi aku kata loan approve, smlm ckp approve harini baru kata accept, hang berani nk mintak aku byr deposit bagi hang pulak. ceq nak bayar parking pon kena ada tiket na, kalau tiket hilang kena dena…haha…dia tak puas hati…dia tnya la nih you buat loan sama bank ka sama kita… nih banggang…aku pon malas nk layan panjang-panjang. Aku tak reply, tu dia ckp, dia rasa macam dia sedang diperbodohkan. Sb apa yang hang rasa mcm tu? sb aku tak makan tipu helah hang…sb tu rasa mcm org bodo…cuba kalau aku termakan tipu helah hang..tepuk tangan la hampa sb aku bodo? takpaaaaa….
Haaaa amacam? panjang kan? wehhh banyak lagi nih…dak aih…nih satu last cerita sis nk share kat hampa… ini baru terjadi tadi nih… ok sis bangun tido dalam pukul 12 tngari, sis tengok hp ada msg masok. Cakap permohonan anda telah diluluskan, sila hubungi ********* untuk makluman. Okay, sis pon call lah, dia ckp nama sis, akaun maybank sis semua…and dia ckp permohonan lulus, bagi dokumen dkt dia skrg melalui whatsapp so dia akn bank in duit terus…wowww… belom apply dh lulus? sis layankannn…so sis bagi lah dokumen apa semua…monthly murah gila, murah dari bank. untuk 7 tahun dan bayar pemotongan secara autodebit…lawak kan kalini punya scamm? so dalam setengah jam camtu dia kata ok sudah lulus nih nak masok duit dlm bank, suruh sis pi bank maybank terdekat…sb sis punya akaun maybank…dia kata mesti maybank shj ya. So aku pon ye kan aje, dah sampai bank aku call, dia siap bagi tutorial lak cmne nk masok kan kad atm, tekan pin, tekan itu tekan nih…lawak kan? ingat aku nih budak 5tahun kot. Aku ikot kan je, game dia tu…so dia suruh tekan pindahan akaun pihak ke3, jadi aku pon buat jelah. Dia suruh masokkan akaun no aku, untuk pindahan akaun ke 3 tu, lepas tu masok jumlah nk buat pindahan tu rm**,****.** haaa pandai-pandai lah kira berapa angka…hehe ok, lepas tu atm ckp tak boleh buat transaksi sb melebihi had pindahan harian 1k. So dia suruh aku masokkan 1k dalam akaun aku, baru lah duit itu akan floating masok dalam akaun aku…skrg nih duit tu tergantung lagi…gantung kat mana taktau lah… lawak dak? serius lawak lah. Ok, so dia kata bank in duit tu dlm akaun,nanti duit yg floating tu akn masok. So aku pon yeke aje…hampa mesti pelik kan, kalau aku dah tau benda tu scamm…pasepa yang aku dok ye kan aje…bodoh ngat ka sampai dok ikot semua dia suruh buat…nihhh sis nk tau sampai habes game dia tu mcm mana, apa lagi dia nk tipu…sb ni lain dr yang lain nih. So sis kena amik tau jugak, supaya sis boleh dpt pengalaman dan share dgn hampa…tu sis tnya dia…hai, takkan agreement ka apa semua takdak kot? hampa bank in duit cmtu ja? takdak sign agreement apa semua? dia kata lepas duit masok baru sign agreement. Perghh cmtu lak, duit masok baru sign agreement naaa…fakta atau auta… so ptg sikit camtu, sis pon call dia ckp okay sudah bank in. Kalini sis dkt rumah, dan sis acah2 je, so dia kata ok masokkan kad atm semua pergi kepada akun blah…blah..mcm awai tadi… so dia suruh sis bacakan apa yg tertera, sis pon ckplah nk masokkan acc no semua. so dia ckp, sis takdak dekat bank nih, sis tipu…hahaha pandai dia noh…sis katalah sis ada dlm kereta dkt luar bank…u kena bagitau lah nk buat apa nih…satgi buatlah kan…oh dia mrh dia kata sis tipu…sis kata habeh hang taktipu org? tadi habaq masok 1k duit terus masok…ini suruh pi bank lagi nk buat transfer bagai apa semua… dkt atm tu ckp aku takleh pindah kan duit lebih dari 1k ja…bukan kena masok kan 1k, pasepa hang kata tak lepas duit hang masok sb kena masokkan satu 1k betoi dak? haaa nampak ngat buhung… ohh dia dok bebel apa dia tau…pasto ckp takpalah takpayah buatlah, dia kata dia akn block dulu akaun maybank aku sb duit sudah floating dlm akaun aku, aku gelak…aku ckp block la kalau boleh block…haaa nk ckp dgn pengawai bank pon boleh hahaha…dia bengang sb sis tak cuak…tup2 sis mintak akaun dia pulak…sis tanya, haaa u pakai bank islam, apa no akaun? meh sini i nak cek. wehhh kelam kabut dia tak mau bagi…oh sy tak percaya sama u…bodoh dah hang menipu…nak pecaya tak pecaya apalagi…hahah dia kata sy ada ic u, sy akan viral u tipu…dia kata sis tipu baq ang…haha sis kata viral pi lah…pi lah viral…marah dia…hahah for your info yang call sis tu tadi bangla…itu sis lagi syok nk dengaq penipuan dia tu…
So itulah dia diantara MO-MO yang sis dpt detect sepanjang pengalaman sis…sis cerita untuk hampa refer supaya jgn terkena. Org nak tipu mcm2 cara, jgn sabit kita desprate nk duit, sampai tak sedar kena tipu…ingat tu… dokumen pon make sure setiap dokumen hampa palang, jgn bulat2 bagi dokumen tu mcm tu ja…semua kena palang tau. So setakat nihlah perkongsian sis…hampa jangan jadi mangsa tau…sebelom proceed nk pinjam ka apa , siasat betol2…google 2 hari 2 malam pon takpa…janji puas hati.
Terima kasihlah sb baca sampai habeh naaaa…
– Girlonfire
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit