Assalamualaikum admin. Terima kasih kalau approve nukilan saya ni. Nama saya Elle, umur 36 tahun, seorang isteri dgn 5 org cahayamata. Suami saya Alhamdulillah seorang yang berpendapatan tetap, kami sekeluarga hidup sederhana. Tak terlalu mewah. Pendek kata makan pakai semua cukup. Alhamdulillah.
Tahap pendidikan saya sehingga sarjana. Lepas kahwin, sambung master, mengandung, ikut suami berpindah randah ada sehingga ke luar negara, duduk rumah jaga suami dan anak. Suami ada menyatakan agar saya bekerja namun bukanlah untuk membantu menyara keluarga tapi utk kepuasan saya sendiri. Kerana suami sedia maklum saya punya cita-cita sendiri, punya minat sendiri dan ada impian sendiri.
Sewaktu sekolah dan belajar di universiti, saya memang merupakan seorang yang gemar beraktiviti,pegang jawatan,tiada masalah nak bercampur dgn sesiapa pun. Saya berkawan dgn semua org dan saya memang seorang yg kuat pendirian. Saya amat berminat dalam bidang yg saya pelajari dan memang saya ada cita-cita hendak belajar sehingga tahap PhD.
Namun setelah berkahwin dan mempunyai anak, saya merasakan selesa dan bersyukur dapat membina keluarga dgn air tangan sendiri dan melihat anak-anak membesar depan mata. Cita-cita saya, saya pendam selamanya. Hajat nak sambung sampai PhD pun rasanya berkubur sebab anak lagi keutamaan pada saya. Saya ada juga memohon pekerjaan di sekitar tempat tinggal saya ni tapi setakat ni belum ada yg berhasil lagi. Tapi saya sgt positif kerana pada saya jika benar rezeki saya ada di luar sana, maka ia juga rezeki utk suami dan anak-anak. Namun, jika saya tidak diterima bekerja, saya tahu ia rezeki anak-anak juga dapat saya besarkan mereka depan mata saya.
Saya ada juga mendapat peluang temuduga sebelum ini namun saya lupakan sahaja sbb semuanya memerlukan saya menetap jauh dari keluarga. Di tahap ini saya memang mengelakkan hubungan jarak jauh dgn suami dan anak-anak. Jadi saya kekal sebagai seorang surirumah yg berijazah.
Saya pernah juga terfikir utk berniaga tetapi saya bukanlah seorang business minded. Haha. Ramai rakan kata just try tapi saya kata mungkin satu hari nanti bukan sekarang ini. Anak-anak sangat perlukan perhatian saya. Mungkin juga saya terpengaruh dgn hasil didikan ibu bapa. Ibu bapa saya sangat sibuk dahulu. Saya tidak katakan saya hidup terbiar tanpa kasih sayang ibu bapa. Namun saya selalu berazam utk tidak membiarkan anak-anak saya hidup seperti saya lagi-lagi kalau ditakdirkan saya berkahwin dgn lelaki bekerjaya yg memerlukan dia bawa pulang kerja ke rumah.
Saya yakin di luar sana ada juga wanita lain yg seperti saya. Punya pendidikan tinggi namun hanya menjadi surirumah. Kadang kala, jika saya melihat kehidupan rakan-rakan melalui media sosial, rasa iri juga melihat mereka punya kerjaya, mendalami bidang yg mereka gemari, ada kehidupan di luar selain dgn anak2 dan dapur sahaja.
Namun, saya percaya Allah tak akan beri perkara yg kita mahu. Sebaliknya kita dapat apa yg kita perlu. Saya tidak bekerja namun keluarga saya bahagia Alhamdulillah. Anak2 menceriakan dan membesar dgn bijak. Saya punya masa di rumah berbual dgn anak-anak. Suami terjaga makan dan pakainya. Bila difikirkan itu semua saya sangat bersyukur kerana ini ketentuan Tuhan buat saya.
Ada orang yg hebat bekerjaya mendaki tangga-tangga gaji namun masih belum berkahwin. Ada yg sudah berkahwin sentiasa punya masalah urusan rumahtangga anak-anak terbiar. Ada yg sudah berkahwin bertahun-tahun belum direzekikan anak. Ada yg hebat bekerjaya sehingga outstation sini sana tapi menangis kerana selalu berjauhan dgn anak. Ada rakan-rakan yg iri melihat saya dapat membesarkan anak sendiri. Sedangkan mereka bergelut hantar anak ke nursery atau terpaksa ambil cuti ketika anak sakit dan berdepan dgn majikan yg kurang memahami. Mereka tidak tahu terkadang saya juga mahu berada di tempat mereka. Punya kerjaya dan mempunyai kedudukan di organisasi tempat kerja.
Biasalah manusia tidak pernah merasa cukup. The grass is always greener on the other side of the fence org putih kata.Tiap kali saya merasa ketidakcukupan itu, saya selalu beristighfar dan memandang semua nikmat yg Allah kurniakan pada saya. Benar, saya tidak punya kerjaya seperti yg saya inginkan. Saya tidak betul2 dapat kembangkan bakat saya. Namun, saya punya keluarga yg bahagia. Itu sudah cukup buat saya gembira. Saya tidak perlu berkejar2 tiap hari mengabdi diri menunaikan tuntutan kerja manusia. Saya tidak ada dateline yg perlu saya patuhi setiap masa.
Memang jadi surirumah sangat penat sebenarnya. Namun saya ambil positif sahaja. Semua pun ada nilainya di akhirat kelak. Melihat anak-anak gembira, dapat makan sebelum ke sekolah, dapat bawa bekal untuk ke sekolah, sudah cukup menggembirakan saya.
Bagi wanita-wanita di luar sana, baik yg sama seperti saya atau yg bekerjaya, lets make our grass greener regardless apa org nak kata. Bersyukurlah dgn pemberian Tuhan pada kita. Ingatlah kita bukan dapat apa yg kita mahu tetapi kita dapat apa yg kita perlu. Bersyukurlah. Usah pandang apa yg kita belum perolehi. Lihatlah apa yg kita sudah kecapi. Walau seperit mana pun kita menempuh kehidupan hari ini, sebenarnya sudah byk rezeki yg Allah beri kepada kita. Hanya kita saja yg mahu melihat atau tidak dgn mata hati.
Berdoa dan usaha agar kehidupan kita bertambah baik di zaman yg penuh pancaroba ini. Usahlah kita cuma mengeluh dan iri dgn kehidupan org lain yg kelihatan bahagia dari kita. Bahagia itu kita yg rasa, kita yg cari. Bahagia itu bukan boleh dijual beli. Jadilah hamba yg bersyukur. InsyaAllah hidup kita akan merasa cukup.
Elle
– Elle
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit