Nak Berjaya Kena Usaha

Assalamualaikum semua,

Memangkan saya banyak terbaca confessions dan luahan perasaan rakan-rakan sebaya yang sedih atau kurang bersemangat dengan realiti hidup lepas habis belajar, saya terdetik untuk berkongsi success story saya sendiri agar menjadi motivasi untuk rakan-rakan yang mencari inspirasi untuk mendapat pekerjaan yang bagus dalam dunia corporate.

Sebelum tu, saya harap rakan-rakan tidak jelak dengan bahasa Melayu saya yang kurang sempurna ye. Saya agak jarang bercakap bahasa Melayu sekarang tapi saya cuba kurangkan bahasa rojak dalam post ni.

Jujur saya ceritakan, saya bukanlah orang yang bercita-cita tinggi atau selalu berangan-angan untuk mendapat hidup yang senang lenang. Tapi bagi saya, saya harus buat yang terbaik dalam setiap yang saya lakukan. Dan insyaAllah, tahun depan pada usia 24 tahun, saya akan dinaikkan pangkat sebagai assistant manager dalam syarikat antarabangsa yang sangat terkenal. Tetapi, sebelum saya sampai ke tahap itu, banyak usaha dan kesusahan yang saya lalui.

Saya selalu memikirkan bagaimana saya boleh menjadidikan diri sendiri sebagai aset yang bernilai agar ada syarikat yang akan berminat mengambil saya bekerja. Saya mahu menjadi calon yang “special, flexible dan multi-talented”. Oleh itu, saya banyak berusaha untuk fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Walaupun waktu sekolah dulu saya selalu diejek dan dipinggirkan kerana berbahasa Inggeris (cikgu pun ada yang menyampah sebab saya lebih fasih daripada dorang), saya nekad berlatih untuk menjadi sefasih native speaker. Waktu sekolah adalah waktu yang paling sedih buat saya kerana tak ramai orang yang akan acknowledge kelebihan kita malah suka memburuk-burukkan nama kita kalau kita ni berbeza daripada umum. Alhamdulillah, sekarang saya fasih bahasa Inggeris dan Mandarin dan sedang cuba belajar Cantonese dan Hakka (hanya saya seorang dalam keluarga yang fasih berbahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Cina). Amat penting untuk kira bertutur dengan fasih dalam kerjaya kita kerana kita harus selalu berkomunikasi dengan pelbagai stakeholders yang berbeza dan kamahiran bahasa ini akan memberikan kita banyak kelebihan berbanding calon lain.

Selain dari belajar bahasa, saya juga banyak buat part time jobs semasa di universiti dulu. Saya banyak bekerja sebagai promoter dan juruacara/MC. Semasa saya menganggur pun, saya banyak mengelilingi Malaysia dan bekerja sebagai MC dan promoter untuk mendapat pelbagai jenis pengalaman. Bayangkan, seorang gadis Melayu berhijab menjelajah Malaysia sorang-sorang. Hari yang saya tinggalkan kampung untuk cari pengalaman ni, saya hanya ada RM740 dalam bank, RM40 beli tiket bas dari Kedah ke KL. Waktu ni, kadang-kadang saya homeless, menumpang rumah kawan, hostel bajet dan asrama universiti. Kadang-kadang tidur dalam bas. Dua bulan saya hidup berbekal beg galas saya untuk cari pengalaman. Waktu saya interview dengan syarikat yang saya bekerja sekarang, panel temuduga sangat kagum dengan hal ini dan mendengar kisah saya dengan penuh teliti walaupun pengalaman kerja part time ni takde kena mengena pun dengan kerja yang saya apply. Hal seperti ni menunjukkan yang kita sanggup bersusah payah, berdikari dan berani mencabar nasib sendiri.

Selain itu, saya juga bergaul dengan bermacam-macam orang. Bukan saja orang yang sama kaum dan sama usia dengan saya, malah orang yang berlainan bangsa, agama, pegangan politik, berbeza usia dan berbeza kenegaraan. Bergaul dengan ramai orang dari latar belakang berbeza membolehkan kita memahami cara pemikiran orang lain dan membuka mata kita akan kehebatan ciptaan tuhan. Dunia ni penuh dengan perbezaan dan kelainan. Bila kita berani menerima hakikat itu, kita juga akan berani berfikiran terbuka serta “dare to be different”. Apabila kita memahami pelbagai jenis pemikiran orang lain, kita juga akan menjadi lebih matang dalam cara kita melihat dunia, dan kematangan ini akan membolehkan manager-manager kita mempercayai kita dengan tanggungjawab yang lebih besar. Selain itu, kita juga akan lebih selesa bekerjasama dangan orang lain dan menjadi “people manager” yang lebih baik.

Alhamdulillah, dengan semua usaha yang saya lakukan untuk develop bakat dan attitude saya, saya mendapat kerja dengan gaji basic yang tinggi dan bakal dinaikkan gaji lagi tahun hadapan. Sacara pendeknya, apa yang membuatkan company berminat mengambil saya bekerja ialah keberanian saya untuk menjadi unik, kesanggupan saya menerima cabaran dan tanggungjawab, serta usaha saya untuk memperbaiki diri. Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya banyak menerima feedback dari manager-manager saya. Sepanjang 9 bulan saya bekerja dengan syarikat ni, banyak perubahan yang saya lakukan untuk memperbaiki diri. Dari orang yang selalu datang lambat, kurang berdisiplin dan tak cukup matang (saya banyak terima feedback ni dari ramai managers!), kini saya banyak menerima acknowledgements daripada dorang tentang peningkatan saya. Alhamdulillah juga, kini saya berada dalam syarikat yang mempunyai “feedback culture” yang sangat constructive serta managers yang selalu membantu merangka langkah masa hadapan saya. Saya sangat bertuah kerana saya berjaya mencari dan memasuki syarikat seperti ini. Budaya iri hati dan bermain politik hampir tidak di sini, sungguh berbeza dengan 22 tahun hidup yang saya lalui sebelum saya menyertai syarikat ini, dimana setiap pencapaian saya akan dikritik dan saya terpaksa ignore kata-kata pematah semangat yang selalu didengari. InsyaAllah, jika anda berani untuk mencabar norma dan selalu memperbaiki diro sendiri, banyak kemajuan yang boleh anda capai! Saya tidak pernah mengubah personaliti saya, cuma saya sentiasa memperbaiki attitude saya. Oleh itu, saya harap rakan-rakan semua boleh berusaha untuk menjadi “better versions of themselves”.

Akhir sekali, inilah kata-kata pendorong saya selalu saya ungkap kepada diri sendiri bila rasa mahu berputus asa dalam tanggungjawab saya:
1) Complain less, work harder!
2) The outcome of what you do has to be better than average. What else can you do differently here? Do it!
3) Nobody wants to do this. I should do it then!
4) It’s not good enough. I must make it better!
5) I don’t want to leave tomorrow’s meeting/event/discussion with everyone feeling that everything was “just okay”, do I? What would make them think, “Wow, that was amazing!”?
6) Stop thinking about how difficult this is and get moving!

Sebagai penutup, ingin saya ingatkan bahawa “berjaya” bukanlah bermaksud kita bekerja dengan jawatan besar dalam company terkenal. Berjaya adalah apabila kita gembira dengan pencapaian kita. Selalu saya lihat post dan gambar rakan-rakan saya yang berjaya dalam instagram dan facebook. AdaI yang berjaya dalam menjual makeup, yang berjaya dengan bisnes buat biskut, bisnes jual tudung, social media influencer, berjaya sebagai suri rumah yang membesarkan dan nurture bayi mereka dengan hebat dan lain-lain. Saya selalu berasa kagum dan bangga atas kemampuan dan ketekunan mereka dalam bidang masing-masing, dan saya juga menjadikan mereka inspirasi kerana saya tahu saya sendiri tidak mampu melakukan apa yang mereka lakukan.

Itu saja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca post saya yang panjang berjela ni. Selamat berjaya dalam journey masing-masing!

– Optimist

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit