Kata-kata Terakhir Teman

Nama aku Syaf . Nama penuh tak perlu tahu rasanya . Aku 21 . Aku asalnya dari utara dan baru sahaja tamat pengajian . Dipendekkan cerita , aku ada seorang kawan ni . Aku panggil dia Man(bukan nama sebenar) . Man ni , kalau nak diceritakan memang satu2 nya lelaki yang rapat dengan aku masa U dulu .

Susah senang , repeat , fail paper semua sama sama . Dah memang nasib IQ kami lebih kurang ja rasanya hahaha , taktaulah kalau dia sengaja ke apa sebab dia lagi up daripada aku . Cuma Man ni , agak sosial orangnya . Hari2 balik subuh . Anak orang berada , tak pernah tak mengadu tak cukup duit kecuali aku la . Aku biasa2 ja tapi aku tetap bersyukur . Belajar dalam sektor IPTS bukan senang . Banyak kena pakai duit tapi alhamdulilah Allah permudahkan jalan .

Okay , straight to the point , hidup di negeri orang ni bukan senang . Macam macam dah aku lalui . Culture shock? Dah kena . Nk disimpul , banyak peristiwa hitam la dri manis. Tapi Man ada untuk “selamatkan” aku dari segala dugaan dunia . Tambah2 lagi aku ni perempuan . Walaupun prangai Man ni boleh dikategorikan sebagai “mangsa” syurga dunia tapi dia tetap cuba “selamatkan” aku daripada aku jadi macam dia. Dia kata aku tak reti nak jadi jahat and nakal macam dia so sebab tu dia maki hamun aku kalau aku keluar dengan sembarangan lelaki .

Satu hari , Man ajak lepak pantai . Aku on saja sebab esok pun takda kelas . So kiteorang lepak pantai malam malam. Aku tak tanya apa motif dia . Sampai ja kat pantai , dia termenung kjap and lepastu dia mula nasihat aku ;
“Weh . Kalau aku dah takda nanti , kau janji dengan aku 1 benda .Aku tau aku bukan org baik2 in fact aku tak layak pun kawan dgn orang mcam kau . Kau sendiri tau kan background aku macam mana. Tapi kan kalau satu hari nanti kau nak berlaki , kau pilih lelaki yang boleh terima masa silam kau dan takkan ambik kesempatan . Kau pilih lelaki yang bila kau dh tunjuk semua perangai buruk kau , instead dia tinggalkan kau , dia tegur and stay dengan kau . Kalau kau dah jumpa kan beb , hargai dia. Lupakan aku . ”

Aku diam . Aku tak respond kata kata dia. Dia hantar aku balik rumah sebelum subuh dan dia otw nak balik family dia kat Ampang.

Esoknye . Mak dia call . Katanya Man accident and meninggal di tempat kejadian . And since that day , ayat nya tu tak pernah aku lupa . Setakat tu je confession . Assalamualaikum .

– Syaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit