Assalammualaikum admin. Terima kasih sekiranya admin sudi siarkan confession aku ni.
Sebenarnya aku nak luahkan ketakutan aku terhadap realiti perkahwinan zaman kini yang semakin menakutkan. Ini berdasarkan pengalaman mak saudara aku sendiri. Walaupun aku dah lama tak rapat dengan mak cik aku tu tapi bila dengar kisah perkahwinan dia yang hancur gara2 orang ketiga buat aku rasa sangat sedih.
Sebab aku sedih sangat ialah kerana aku tahu mak cik aku tu seorang yang setia dan lurus. Tapi aku tak sangka rumahtangga dia yang selama ni bahagia akan hancur dikala usia dia nak masuk 50an. Tak sangkan pak cik yang aku sanjung sebab nampak.setia dan peramah rupanya musang berbulu ayam. Tak dapat aku bayangkan betapa hancurnya perasaan mak cik aku.
So kat sini aku nak minta pandangan korang. Apa yang patut dilakukan oleh mak cik aku? Dia memang dah kecewa gila babas dan hancur perasaan dia ditipu suami sendiri selama 2 tahun. Dia dah bersedia untuk bercerai kerana tak sanggup nak tatap wajah suami penipu dia tu.
Kisahnya begini. Baru2 ni mak cik aku ada terlihat di instagram suami dia. Kira mak cik aku ni senyap2 check aktiviti di smartphone suami dia. Sebab sebelum ni ada kes perempuan di tempat kerja goda suami dia di whatsapp. Pak cik aku ni kira orang yang menarik dan ada pangkat tinggi di sebuah syarikat. Dia memang banyak wang la senang cerita. So ramai wanita bujang dan dah kahwin tertarik kat dia. Mak cik aku risau la juga tapi sebab dengan keluarga dan anak2 yang masih membesar mak cik aku tak dapat tumpu perhatian pada aktiviti2 luar biasa pak cik aku ni.
Tengah skroll post2 rakan2 instagram pak cik aku ni tetiba dia terkejut tengok gambar pak cik aku dan sorang wanita ni memuji2 suami beliau as her husband. Terkejut beruk la mak cik aku ni. Mengamuk juga la dia dengan suami yang dipercayai sepenuh hati. Lalu mak cik aku straight to the point terus tanya pada pak cik aku. Orang tua tu tanpa teragak2 mengaku diaorang dah kahwin selama 2tahun dan ada anak kecil. PerempuN tu pula bekas isteri orang. Kiranyanya bercinta ketika dia masih isteri orang. Betapa sebaknya mak cik aku diperlakukan oleh suami dia macam tu sekali.
Yang buat aku sedih ialah mak cik aku ni sanggup berkorban apa saja untuk suami dia ni. Sanggup buang adik beradik demi permintaan suami tercinta. Aku puji mak cik aku ni dari dulu anak yang baik sanggup jaga datuk nenek aku dan kirim duit walau terpaksa ikat perut. Aku sangka kebahagiaan dan kesenangan yang dia kecapi berkat berbakti pada arwah datuk nenek sebelah mak aku akan berkekalan. Rupa-rupanya hanya sementara. Sekarang hati dia dah kosong bawa jiwa yang merana. Sedih sangat aku rasa. Berat lagi bahu yang memikul!
Aku rasa macam nak tampar dan pukul saja pak cik aku tu. Tapi aku sedar aku hanya anak saudara. Anak2 dia yang berhak buat begitu. Sepupu aku ada yang marah dan ada yang backup father dia. Biasalah hubungan anak dan ayah. Diaorang memang rapat tapi terkejut kot sang ayah di usia senja begini masih gatal nak berbini baru dengan bekas isteri orang pula tu! Paling geram sebab gara2 kecurangan pak cik aku tu maka mak cik aku tu kena tanggung bahaya di ganggu bekas suami wanita tu yang tak puas hati dengan pak cik aku! Siap datang rumah cari jerit2! Mak cik aku ingat sindiket geng pencuri ke yang cuba nak ganggu diaorang memandangkan kawasan diaorang tinggal ni perumahan orang kaya2 di bandar besar. So mak cik aku memang tak berani buka memandangkan dia hanya jerit2 panggil nama pak cik aku.
Mak cik aku memang tak perasan perubahan keadaan suami dia yang selalu outing ada projek dan mac2 lagi. Sebab pak cik aku ni pandai sembunyi dengan pelbagai alasan memandangkan kerja dia sebelum ni memang macam tu sebelum dia buat hal pun. Dan dengan masalah mak cik aku yang busy jaga anak kecil nak membesar dan anak yang sakit lagi. Memang sangat tak senpat dan tak perasan walau sekelumit pun. Tapi gerak hati seorang wanita ni kuat. Tup tup dia terdetik hati nak tengok akaun socmedia suami dia dan bamm! terjumpalah dia dengan penipuan rahsia demi rahsia tu!
Menangis2 dia call mak aku luahkan rasa sedih dia tu. Mak cik aku memang rapat dgn mak aku walaupun kitaorang dah jarang berjumpa. Nak dijadikan cerita rupa2nya pak cik aku ni berkahwin dengan bekas isteri orang. Dah la perempuan tu ada 2 orang anak dengan bekas suami tu. Kemudian siap berhenti kerja supaya pak cik aku support kehidupan perempuan perampas tu. Entah dah berapa banyak duit pak cik aku habis pada perempuan tu memandangkan menurut cerita mak cik aku sekarang suami dia dah kedekut nak bagi belanja rumah walaupun mak cik aku ni memang orang banyak duit juga. Dulu nafkah jarang nak kedekut berkira bagi tapi sejak dia tipu dan kahwin dengan perempuan tu, maka secara automatik semuanya jadi berkurabg. Tenaga batin pun dah kurang! Mana taknya dah habis lanyak beri pada perempuan tu kot. Dah tua2 gayut usia senja anak dah dapat cucu tapi masih nak berbini muda maka inilah natijahnya. Isteri tua tak terbela hak kerana suami lebihkan isteri muda yang entah setianya adakah akan kekal ke hujung nyawa. Yelah dulu betina ni masih bini orang ketika bercinta dengan pak cik aku. Kerana gelap mata dengan kekayaan pak cik aku so sanggup tinggalkan dua anak lelaki dia.
Maaf kalau cerita aku agak berterabur. Saat ni aku sangat emosi. Cubit paha kiri paha kanan terasa jua. Nak dijadikan cerita buat aku sedih dan takut dengan realiti perkahwinan masa kini ialah di depan mata aku seorang suami yang baik boleh berubah jadi suami yang lupakan semua kebaikan si isteri dalam sekelip mata. Alu jadi takut nak berkahwin dan jadi macam mak cik aku. Bayangkan setelah mak cik aku bersusah payah berhenti kerja yang sangat banyak benefit dan gaji tinggi semata2 untuk jaga anak yang sakit tup tup dilayan sebegini rupa. Malah pak cik aku sip suruh mak cik aku jangan layan atau jumpa adik beradik beliau. Nak telefon pun kena sembunyi2 tunggu dia tiada. Anak2 pula biasalah mak cik aku layan macam raja. Tapi yang sakit tu jugalah yabg dok backup ayah dia yang curang pada mak dia yang setia dan sayang sangat jaga dia masa sakit hingga kini. Semua perhatian dan wang ringgit dicurahkan pada suami dan anak2. Tiada erti nak curang atau ada perhatian pada perkara2 tak berfaedah yang lain. Tapi biasalah lelaki bila di puncak atas mahligai, boleh jadi lupa diri atas pengorbanan sang isteri. Teringat satu ungkapan kata2 permata dalam drama lakonan vanida imran dan eman manan- “kejujuran adalah hadiah termahal yang diberikan oleh seorang isteri pada seorang suami”. Begitulah jua sebaliknya. Entah apa dosa mak cik aku hingga diperlakukan sedemikian rupa. Sekarang mak cik aku dah patah hati dan kecewa sangat sebab ditipu hidup2 selama 2 tahun. Dia merancang nk bercerai lalu pindah keluar dari rumah mereka sekeluarga dan menetap tinggal dengan anak sulung dia. Si suami mula la memujuk rayu sedangkan sebelum ni perhatian dah mula kurang, nafkah makin kedekut sikit dan selalu marah2 pada mak cik dan keluarga. Tak tahu la motif pak cik aku tu. Entah betul atau tidak memujuk mak cik aku tu atau dalam hati bersorak riang. Tapi mak aku suruh jangan berpisah kerana gembiralah si perempuan perampas tu nanti dapat bulat2 semua kekayaan dan kesenangan pak cik aku tu yang diraih atas kesusahan dan sumbangan mak cik aku tu as isteri beliau .
So apa patut kami lakukan supaya mereka berbaik semula? Anak2 mak cik aku ramai yang dah benci dan marah pada ayah mereka sebab kasihan pada mak cik aku yang ditipu hidup2 dan pada adik2 mereka yang masih kecil belajar di sekolah rendah. Kepada perempuan perampaa tu aku nak beritahu langit tak aelalu mendung dan tak selalu cerah. Semoga kau mendapat balasan tunai dari Allah atas segala kesengsaraan yang ditanggung mak cik aku. Jangan ingat kau boleh terlepaa dari hukuman Allah kerana curang dengan suami orang ketika kau masih bersuami. Dan kepada pak cik aku, hargailah kesetiaan dan kejujuran seorang isteri yang kau takkan mampu peroleh dari seorang perempuan yang lain. Kau takka boleh membina mahligai yang indah dari hasil air mata seorang isteri yang setia. Pesanan ni juga aku titipkan untuk semua lelaki dan perempuan yang teringin nak atau dah curang pada pasangan mereka yang setia dan jujur.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit