Assalamualaikum wbt. Thanks admin sebab siarkan.
Yes, aku mengaku aku tulis luahan ni dengan penuh emosi marah dan geram.
Sebelum tu biar aku cerita background family aku, tahap ekonomi keluarga aku adalah tahap sederhana dan aku punya 5 siblings yang dah remaja dan besar panjang semuanya. I really mean it, family aku memang baka besar. Pada dasarnya, family aku family yang bahagia. Takde pun masalah krisis akhlak social ke apa yang teruk teruk. Kalau ada ulah nakal sikit sikit tu biasalah kan. Ok, enough with that, simple intro pasal family aku.
So, apa kena mengena aku, family dan syarikat air kedah? Well, aku dan dua adik aku kini merupakan penuntut IPT so maksudnya each of us bermastautin di luar Kedah yakni di kampus kami. So, kalau balik kampong pun 2-3 times per semester. Alhamdulillah currently, aku kini dah habis belajar dan sedang menunggu graduasi. So, memang aku stay dengan family je lah. Dah almost 4 months la aku stay rumah family kalau sampai saat aku menulis ini.
Well family aku seperti aku beritahu tadi, a so so family punya income takde mewah takde la melarat, macam family normal yg bila time masuk gaji bole makan 2-3 lauk, bila tgh bulan makan 1 lauk je lah. So back to the main point kenapa aku tulis benda ni, yes aku admit maybe masa aku belajar aku tak cakna dengan isu yang menimpa family aku. Dah almost since setahun lepas (time tu aku masih menuntut di IPT, tahun terakhir) family aku hadapi krisis air yang sangat teruk! Korang bayangkan lah kalau kami nak merasa air yang keluar dari paip , kena mengharapkan paip yang connected to tangki rumah je. Tu pun air hanya akan keluar (baca : air pee korang laju lagi!) waktu pagi masa semua orang bekerja dan time semua orang tidur. Korang bayangkan makhluk mana yang bertuah nak mandi dan pakai air time tu? Orang kerja dan tidur! Tapi kami terpaksa bangun dan tadah air untuk kegunaan mandi dan masak esoknya, pastu jerang air seksiap sepanjang malam. Shower? In your dream lah! Selama hampir setahun! Aku (baca : seorang perempuan ayu) yang tak pernah minat ambik tau pasal perpaipan air sekarang dah boleh berceramah pasal masalah krisis air ni kalau orang tanya, sebab aku tebalkan muka tanya orang yang aku kenal sama ada depa ada masalah ini. Bila ditanya rata-rata berkata depa memang ada masalah ini tapi depa selesaikan dengan memasang pam air, which is kalau dalam ‘peraturan syarikat air Kedah’ HARAM pasang dan menyalahi undang-undang, part ni pun aku bengang. Korang tau tak syarikat tu baru renovate tahun lepas tak silap aku jadi bangunan gila superb lawa dah macam boleh jadi landmark pelancongan, tapi servis bekalkan air pada seluruh kedah hampeh namateyyyy! Lepas tu ugut ugut sesapa rakyat kedah yang pasang pam air nak rampas rampas bagai. Korang tau tak harga kos pemasangan pam air tu berapa? Almost RM500 woitt ! Tu plus minus kos pemasangan panggil plumber lagi. Aku tau family aku tak mampu sebab tu aku tak goyang kaki je kat rumah , aku yang gaji tak seberapa ni gigih meniaga utk nak bantu family aku pasang pam air, tapi bila aku nak serah duit tu pada parents aku, ayah aku cakap system perpaipan rumah aku ni jenis lama, kalau nak pasang kemungkinan kena pecah lantai bagai untuk pasang. Haduii.Duit lagi woii. Korang yang masih tak dapat point aku meh aku habaq kesengsaraan apa family aku hadapi sepanjang setiap saat berlalu air bermasalah ni.
MASALAH FIZIKAL
– Adik adik lelaki aku dan ayah aku jadi ‘buruh’ dalam rumah sendiri sebab nak angkut baldi air lebih 10- 15 kali sehari ulang alik dari paip depan rumah ke dapur dan toilet untuk kegunaan masak dan bersihkan diri. Sampai depa selalu mengadu sakit sakit urat dan lenguh
– Manusia seikhlas mana pun membantu kekadang penat jugak kan? So time adik aku takde mood nak mengangkat, aku dan mak aku (baca : perempuan) angkat baldi air untuk mandi dan masak sendiri. Perjalanan dari depan rumah ke toilet dan dapur , lebih dari 10 meter. Bayangkan air yang kekadang melimpah sebab tangan kami tak kuat nak angkat, tak sempat nak p angkat, dah ada yang jatuh tergelincir (jangan tanya berapa kali dah kami jatuh)
MASALAH NAK BERSIHKAN DIRI
– Nak berwuduk, kami semua terpaksa berwuduk di luar sebab kalau nak guna kolah, tak cukup dua kolah dan aku tak yakin air tu masih mutlak dengan sepanjang kami angkat tu terkena tangan kami yang maybe tercelup semasa angkat. (baca : lelaki dan perempuan berwuduk di luar, 5 waktu sehari,, nak solat sunat pun terfikir banyak kali)
– Mandi wajib setiap bulan yang aku risaukan, macam macam strategi perlu diaturkan sama ada mandi pada tengah malam atau ke masjid terdekat sebab nak bersuci, ko ingat boleh main main bab bersuci ? harap Allah terima amalan kami semua dan terima mandi wajib kami.
– Kami semua dah terdidik mandi guna hanya sebaldi air untuk mandi dan sekali saja dalam tempoh 24 jam (untuk ke sekolah atau kalau nak keluar kerja) air takde weyh! Korang expect apa? Tak pasal kami jadi dah terbiasa pemalas nak mandi.
MASALAH DAPUR
– Longgokan pinggan mangkuk yang hanya boleh dibasuh pada waktu pagi dan malam sebab paip air dapur memang takde air langsung! Terpaksa bawak usung ke toilet untuk membasuh, benda ni bukan sekadar affected pada kebersihan tapi buat adik adik aku terdidik untuk biasakan diri ‘tapuk’ pinggan je dalam sinki, pastu ada ‘orang gaji’ akan basuh.
– Nak basuh beras dan lauk terpaksa basuh dalam ‘kamar syaitan’ korang nak anggap kami pengotor? Ikut suka koranglah. Tu je pilihan kami ada, harap Dia berkati segala rezeki yang masuk dalam mulut dan perut kami.
– Malas nak masak? Haaa, aku tau it shouldnt be an excuse. Cuma aku bengang dengan certain manusia yang kutuk perempuan tak pakar masak, korang pernah fikir tak hidup dia macam mana? Korang rasa kalau korang dah penat dengan semua masalah berbangkit ni korang rasa ada ke lagi mood nak masak?
MASALAH EMOSI DAN PSIKOLOGI
– Mama ayah aku bekerja untuk sara hidup kami sekeluarga, so bila depa balik kerja air takde tengok longgokan pinggan di sinki (tak sempat basuh kekadang, sebab aku kerja, ye lah lawak ke timing air tu menitik yabedabeduu keluar tu time aku kerja dah tu nak suruh aku mengadap pinggan ke 24 jam)
– Masa kami jadi happy family yes kami happy tapi isu air ni boleh kami sekeluarga bergaduh sebab kami pun manusia biasa, penat balik kerja tetiba nak mandi kencing takde air, lepas tu bila mintak tolong adik angkat air dia pun penat, (even dia tolong angkat pun, dia still manusia biasa yang penat balik sekolah, so kena dengar dia berleter meluahkan perasaan, mulut dia pun boleh tahan pedas) . So korang faham tak ktorang ni kinda mentally terganggu dengan benda ni, sampai kekadang rasa depressed. Dan lebih sakit hati fikir orang lain yang sepatutnya menguruskan kebajikan air kami ni sedang bersenang lenang di bangunan pejabat baru mereka. Kami ni terpaksa ‘mengemis’ air secara HARAM (baca : pam air yang bakal dirampas kalau depa turun buat spot check) dan yang mana bil air akan melambung tinggi sehingga cecah 200 ringgit dan bersedia untuk bayar untuk itu pulak.
Sesapa yang rasa nak komen harap boleh komen murni murni je. Yang bajet nak komen syukurilah apa yang ada dan compare dengan penderitaan rakyat rohingya ke apa ke, sila angkat kaki blah main jauh jauh. Islam tak ajar untuk kita duduk dan merenung nasib je, tapi usaha dan cari penyelesaian. Aku masih berusaha dan harap ada insan luar sana baca ini dan bantu golongan mcm kami. Aku cuma harap korang ambil iktibar dan nak korang tau setiap manusia itu ujian dia berbeza dan mungkin janggal serta pelik pada orang lain but it really happened. Doakan lah urusan kami dipermudahkan huhu
P.S pilihanraya dah dekat. aku rasa korang patut pilih sapa utk gantikan sedia ada ni. pilih yg selayaknya supaya takde lagi golongan tertindas macam kami. btw sorry lah penulisan kedah aku still ‘broken’ sbb dah lama stay luar.
Yang dah lama terseksa,
Si Sakura Kakak Sulung
– Si Sakura Kakak Sulung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit