Salam all,
Just terpanggil untuk share sedikit kisah peribadi aku. Sejujurnya aku cuma org biasa2, takde baik sangat. Semua yang wajib aku tak pernah tinggal, tapi bab lain contohnya solat terawikh ke, join tadarrus ke, aku kureng sikitlah. Pakai tudung pun cukup untuk tutup dada, tapi tak adelah kategori labuh. Pendek kata dari segi agama masih byk ruang untuk MIO (major improvement opportunity).
Satu perkara tentang aku (& org2 keliling aku selalu mention), aku ni kategori murah rezeki. Aku rasa tak perlu cerita detail sbb nanti ade org boleh teka identity (macam previous confession huhu). Cuma aku kdg2 pening sebab kadang2 terlalu byk option/peluang yang aku dapat & kena pilih (ni pun stress, especially kalau jenis yg overthinking mcm aku). Baik dari segi jodoh ataupun kerja. Aku pun tak perasan jugak sebelum ni, tapi bila dgn kwn2 diorang selalu point out yg aku ni mmg jenis ‘lucky’ sokmo.
Aku terfikir jugak kenapa aku murah rezeki, & dibawah adalah beberapa benda yang selalu aku buat yg mugkin boleh jadi asbab:
1. Ada sekali tu aku tengah tunggu untuk naik bas nak balik kampung for semester break, cuma ade rm11 cash dekat tgn. Ade seorang mamat ni approach, die mintak pinjam duit sbb nak balik rumah sewa. Dia cakap tertinggal wallet dalam dashboard kereta kawan dia, sekali dgn tiket bas, sekali dengan hp. Nak call tak ingat nombor. Nak naik bas takde tiket. So aku pun jujur cakap kat dia aku boleh bagi RM10 je sebab aku takde duit jugak. RM1 tu penting woo kot2 otw balik nanti nak singgah pergi toilet etc. 6-7 jam journey jugak. Kalau dia boleh selamat sampai rumah, bagus laa. Kalau dia tipu, tu bukan urusan aku dah. Bukan aku buat loan pun nak bagi duit kat dia. Beberapa kejadian lain macam tu jugak. Kebanyakan strangers yg tiba2 dtg untuk minta tolong. Biasanya aku bg hampir semua duit cash yg ada dgn aku masa tu dan selalu terdetik kat hati ‘ I wish I have more, so I can give more’.
2. Selalu pay attention dekat kedai/pasar, kalau2 ade org yg ‘teringin’, tapi tak mampu, atau kebetulan tak ckup duit. Contohnya kalau ade org kat sebelah cancel nak beli nasik lauk ayam & mintak nasi kosong aje bila tahu harga lauk. Ataupun bila di kedai ade budak beli aiskrim beratur kat belakang. Selalu offer utk byrkan walaupun mase tu cash cukup2 je kat tangan (aku jarang ada cash byk sebab lg prefer guna debit card sebab mudah).
3. Tak suka berebut, dan tak ambil giliran orang. Yang ni tak payah elaborate further kot.
4. Tak meminta, dan tak berharap kat orang lain. Aku bukanlah dari family yg kaya raya pun. Both parents kerja gomen. Cukup makan pakai alhamdulillah. Di Ganu tempat asal aku, kami ada ‘wang ehsan’, which is actually royalti minyak (malas nak cerita pasal politik kat sini). So students boleh mintak, rasanya dlm RM500-RM1000 setahun ikut peringkat. Ni cerita belas2 tahun lepas, sekarang tak tahu pula berapa. Aku adalah the one and only person dikalangan kenalan aku yg tak apply pun. Aku rasa takde masalah pun sapa yg apply sebab mmg syarat dia rakyat Ganu, tak kira brp pun pendapatan mak ayah. Cuma parents aku akan tanya ‘kenapa nak apply’, and ‘nak buat apa duit tu’. Aku sebenarnya teringin nak ade jugak hp sebab rata2 kawan aku guna duit tu utk beli hp kat matrik, tp ayah aku cakap ‘tak payahlaaa’.. aku pun follow aja. Sebelum matrik pun masa di mrsm parents aku tak pernah apply biasiswa etc walaupun member aku yang lagi loaded ramai je apply & dapat. Masa tu aku pun tak paham kenapa diorang willing je nak byr yuran RM30/bulan walaupun takdela kaya mana. Tp diorang cakap mampu lg time tu, lagipun ade org yang lagi berhak (sebab MARA byk dr golongan luar bandar). Masa uni alhamdulillah aku fully sponsored by JPA. Yg ni mmg aku apply laa.. Masa tu ayah dah pencen plus adik2 kecik lg. ok lah sebelum ade orang nak point out ‘dah rezeki rugi laa tak mintak’ utk part wang ehsan tu, personally aku rase aku dah cukup walaupun tak mewah, dan aku hormati pandangan parents aku. Unless kalau dapat hadiah kecemerlangan etc, tu different story lah.
5. Aku jugak cuba utk melazimi baca maksurat. Dalam tu ada byk zikir/doa utk jauhkan diri dari bencana, dizalimi, hutang. Jugak ayat yg dalam doa akhir, lebih kurang macam ni ‘ Dan berikan kami kecukupan sehingga kami tidak perlu berharap kepada org lain selain dari Engkau ya Allah’. Aku rasa deep betul part ni. Sampai bab ni kadang aku menangis bila mengenangkan betapa byk nikmat yg Allah beri pada aku.
6. Jaga hubungan dgn org lain regardless of religion, race, or political differences. Selalu bersangka baik & try to be kind. Namun aku ada limit jugak.. biasanya kalau selalu sgt jumpa peminta sedekah yg sama kadang2 tak beri ape-ape pun. For some reason aku lg suka bg dekat org susah yg masih bekerja (janitor ke, potong rumput ke) daripada yg duduk & mintak duit. Effort matters. Kalau nak bg duit biasenya aku cari org2 yg tgh kumpul tin ke, org yg jaja keropok ke..etc.
So seperti mana tajuk, perkongsian ini bukan tips untuk murah rezeki, dan aku tak buat semua tu utk ‘jemput’ rezeki. Aku rasa ini juga ujian Allah untuk tgk macam mane kita utilize rezeki yang Dia bagi. Juga aku sedar bahawa Allah berkuasa untuk menarik balik segala nikmat aku sekarang jadi aku kena betul2 strive to make the best out of His blessings, supaya akaun akhirat aku & keluarga sentiasa berkembang. Bak kata bijak pandai, ‘letakkan dunia di tangan, dan akhirat di hati’. Juga bak kata ustaz, betulkan niat. Jangan sedekah atau solat dhuha dengan niat utk murah rezeki sebab goal sebenar ialah dunia.
– Didiey bukan nama sebenar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit