Hai gais. Terbaca confession pasal depression. Aku confess sebab aku xtau nak luah kat sape dah dan aku perlukan cadangan atau kata2 semangat atau ape2 je lah. Janji jangan kecam aku dengan ayat2 yang boleh buat aku makin down. Aku pernah cuba dapatkan nasihat pegawai kaunseling uni aku dalam messenger. Tapi SEEN yang aku dapat. Tak reply sampai sekarang. So i hope admin siarkan confession aku. Aku D. Salah seorang pelajar universiti dkt malaysia ni dan belajar dalam kos sains tulen tahun akhir.
Pada awal dapat sambung belajar aku agak terkejut lah dapat kos ni. Sebab aku lebih terarah kepada pengiraan. Dan kos yang aku dapat more to menghafal sebatian kimia, mekanisma sebatian, struktur dan banyak lagi lah yang aku sampai sekarang pun taktahu apa benda yang aku belajar sebenarnya. Buat eksperimen pun aku blur apa benda yang aku cuba cari sebenarnya.
Tahun pertama aku masih okay. Tinggal dekat asrama. Ada roommate yang cantik dan baik hati. Belajar pun masih bersemangat. Masuk tahun kedua duduk rumah sendiri. Aku dah mula rasa tak okay. Pointer makin turun. Mungkin sebab banyak faktor yang menyumbang. Masalah keluarga, masalah kewangan, masalah belajar, masalah peribadi, masalah organisasi kelab. Aku cuba untuk ketepikan semua tu. Tapi takboleh.
Sekarang tahun akhir. Tahun ketiga. Buat final year project. Umum aku katakan kos aku bertuah sbb fyp adalah elektif untuk kami. Tapi aku cuba challenge diri aku. Sebab pensyarah bagitau kalau nak baiki pointer dan pengalaman handle instruments atau chemicals berseorangan, amik lah FYP.
Tapi masalah aku, pada awalnya aku sangat bersemangat. Rancang itu ini aceceh. Dan aku juga seorang yang sangat cepat rasa serabut dan putus asa. Walaupun baru je sebulan mula semester baru, aku mula rasa aku tak mampu. Aku banyak kerja nak buat and aku nak buat tapi ada something yang halang aku nak buat kerja tu.
Aku duduk rumah sewa sebab dah tahun akhir kan. Housemate aku buat lawak. Bagi aku benda tu kelakar. Tapi aku tak gelak. Kalau gelak pun memang orang tahu tu gelak terpaksa. Aku juga seorang yang jenis kalau serabut aku biarkan je benda sekeliling aku bersepah. Contoh baju ke buku ke. Tapi esok tu aku mula mengemas sekemas kemasnya. Tengok tandas kotor sikit, aku akan rasa serabut dan aku sental tandas tu sampai kilat. Peti sejuk aku nampak bersepah aku kemas sampai aku rasa puas hati. Senang citer, satu rumah aku kemas. Even walaupun aku tengah lapar yang amat dan niat asal aku buka peti sejuk sebab makanan, tapi aku rasa peti tu bersepah aku akan kemas dan bersihkan peti tu dulu. Lepas siap baru aku makan.
Aku suka marah orang secara tiba-tiba. Sebab tu orang tak suka dekat dgn aku. Aku suka join program luar berseorangan. Aku tak suka ajak kawan aku sebab bagi aku kawan aku tu membebankan. Walaupun kerja aku berlambak sedang menunggu tapi aku tetap join program luar tu. Aku suka nak berkenalan dengan orang lain. Tapi aku tetap berseorangan. Orang x pernah cuba nak berkenalan dengan aku. Aku selalu cuba nak bagi idea dalam satu kumpulan tapi idea aku seperti angin yang lalu je. Aku mcm tak wujud langsung dalam kumpulan tu.
Sampai tahap kadang2 aku tengah bawak moto, aku nampak lori atau bas atau kereta laju ke aku mesti bayangkan aku kena langgar dan mati atau cedera. Sbb bila aku mati mesti masa tu orang akan perasan kewujudan aku. Family aku pun mesti perasan kewujudan si bongsu mereka ni bila aku dah mati.
Bila datang bulan, masa tu masa yang paling perit bagi aku. Berperang dengan emosi sorang2. Housemate aku berkumpul duk borak gelak2 aku lebih suka duduk sorang dalam bilik. Fikir masalah aku sampai sakit kepala. Dan aku nangis dan gelak. Like a crazy. Time tu jugak rasa mcm nak terjun dari balkoni rumah sewa aku tu. Biar settle masalah aku.
Orang nampak aku gembira. Tapi hakikatnya Allah je yang tahu. Aku pernah berniat nak bunuh diri dan nak bunuh orang yang selalu ketepikan aku dan orang yang jadi penyumbang masalah keluarga aku. Tapi aku masih ada iman dan akal. Aku pernah cuba dapatkan support dari kakak aku. Tapi selalu kena kondem.
Aku buat test depression tu. Hasilnya severe depression. Tapi kalau nak lebih sahih pergi klinik psikiatri kan. Tapi kakak aku tak bagi. Dia kata nanti orang kata adik dia ni gila sebab pergi klinik psikiatri. Tapi lama2 aku tak tahan. Aku taktahu nak pergi jumpa doktor ke tak. Ke baik aku pergi mati je?
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit