Sejak dari bermulanya masuk bulan Oktober haritu , aku perhatikan kat wall aku ade beberapa orang yang aku dah lama perhatikan fesbuknya iaitu Aiman Amri / Aiman Psikologis dan Mardyati Sarkawi. Mereka berdua boleh aku katakan seorang yang sangat open minded dan berani dalam mengulas tentang mental illness. Memandangkan kedua-duanya merupakan graduan psikologi. Mereka menulis dan mendedahkan tentang sakit yang masih menjadi taboo dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu mental illness seperti depression, bipolar, autism , anxiety dan lain-lain. Pada aku penulisan mereka dekat dihati aku sebab aku juga salah seorang pesakit mental illness dan juga sedang belajar course psikologi.
Disebabkan mereka menulis bersempena #BulanKesedaranKesihatanMental.pada bulan Oktober ini, penulisan mereka sedikit sebanyak memberikan semangat dalam membuatkan aku rasa nak bercerita dengan lebih terbuka tentang sakit yang aku pernah tanggung suatu ketika dulu. Iaitu sakit Major Depression Disorder (MDD) dan Social Anxiety Disorder (SAD). Kedua-dua sakit ini aku alami serentak tapi hanya didiagnosi oleh doktor bahwa aku ada MDD sahaja pada tahun 2009. Iaitu beberapa hari seblum aku nak SPM. SAD tidak di diagnosis oleh doktor. Sebab aku tak pernah beritahu doktor. Tapi aku memang yakin aku ada SAD disebabkan faktor aku sangat takutkan manusia dan persekitaran orang ramai.
Secara jujurnya setiap kali appointment dengan doktor psikatri setiap bulan aku memang diam seribu bahasa sebab rasa berdebar dan nervous sepanjang masa untuk bercakap dan berhadapan dengan doktor. Bayangkan aku tak keluar rumah selama berbulan-bulan dan hanya duduk memerap di dalam bilik tak bercakap dengan ayah, emak dan adik-adik. Apatah lagi nak bercakap dengan kawan-kawan dan sedara-mara. Jadi, bila sampainya tarikh appointment doktor psikatri aku jadi bingung , jadi tak tau nak cakap apa sebab aku tak praktis bercakap langsung dalam tempoh itu. Dia seolah-olah aku lupa banyak vocabulary dan perkataan.
Jadinya, pertemuan dengan doktor psikatri selalunya gagal disebabkan aku tak beri kerjasama dan komitmen untuk meluahkan masalah aku. Hanya dipaksa oleh ayah aku untuk berjumpa dengan doktor. Jumpa doktor just cakap pasal ubat,ubat dan ubat. Sampai aku muak. Bagi aku tiada sape faham perasaan dan masalah aku time tu termasuklah seorang doktor psikatri. Dan aku ada satu perasaan malu yang amat kalau doktor tau tentang masalah aku. Jadi aku memilih untuk berdiam diri dan memendam.
Dan waktu tempoh depresion tu aku memang dalam keadaan low confident, low-self esteem, tak percaya pada diri sendiri, benci diri sendiri, suicidal thought sentiasa bermain-main difikiran, rasa useless, wortless, lifeless dan segala perasaan negatif yang ada. Depression bukan hanyalah rasa sedih dan down. Tapi lebih dari itu. Kalau nak diikutkan aku yang pernah mengalami depression selama bertahun-tahun ini, aku akan katakan depression ini seolah-olah kita berada dalam satu gua yang gelap dan terkunci dek pintu bergeriji dimana kita boleh nampak cahaya luar tapi kita tak boleh keluar dari gua gelap itu sebab kita dah terkunci dan terperangkap dalam itu terlalu lama bersama demon yang selalu buat kita down. Dan kunci untuk buka geriji itu tiada. Memang tak boleh keluar. Tak boleh.
Bila kita depress ini semua benda tak jalan, fikiran berserabut dan tak function, banyak tidor, makan tak selera, selalu sedih dan sunyi, rasa bersalah pada diri yang teramat sangat, dah hilang minat terhadap apa yang kita pernah suka buat, sentiasa rasa penat dan give up dengan hidup. Itu yang aku alami. Setiap hari. Dan waktu itu apa yang aku nak dengar dari orang terdekat aku adalah perkataan. ‘ Saya sayangkan awak’ . Tapi tiada sorang pun yang katakan itu. Mungkin aku tak nampak usaha ayah aku bawa aku ke hospital psikatri adalah juga tindakan yang sama dengan perkataan ‘ Saya sayangkan awak’ Sebab fikiran aku time tu dah terlalu negatif dan tak boleh nak fikir dari perspektif seorang ibu dan ayah bawaha betapa risaunya ayah dan ibu aku terhadap aku. Dan mungkin juga time tu aku hanya nak orang peluk aku dan katakan ‘ You are matter. Without you everything is different. You are worth.’ Tapi tiada yang katakan begitu pada aku. Tiada. Dan aku terus rasa bahawa aku worthless dan terus hidup dalam kegelapan dan kesunyian.
Kepada sesiapa yang mana ade family atau kawan dia depress, kata-kata positive dan penghargaan itu sangat penting. Sebenarnya perasaan useless, lifeless dan semua itu takkan muncul dalam fikiran seseorang kalau diri seseorang itu sentiasa diperingatkan oleh orang sekeliling bahwa dirinya disayangi dan dihargai. Tak susah pun cakap. ‘ Saya sayang awk’ Dengan hanya 3 perkataan itu boleh membuatkan seseorang lebih percaya diri, hargai diri dan lebih sayangkan dirinya. Sebab orang yang depress ini dia perlukan emotional support dari orang terdekat. Tak banyak pun. Just kata-kata positive, motivation dan pujian untuk buatkan dirinya yakin terhadap diri sendiri.
Dan ia mengambil masa untuk memulihkan semangat seorang yang depress. Support yang tidak putus-putus perlu dari keluarga dan kawan-kawan rapat. Jangan putus asa untuk lihat mereka sembuh. Mereka hanya ada kita sahaja untuk mereka pulih dari depression. Sudah tentu, selain dari berjumpa doktor psikatri, kaunselor dan psikologis.
Dan aku nak ubah stigma masyarakat terhadap mental illness. Sakit mental illness tak patut dipandang enteng dan sebelah mata sahaja. Sakit mental illness sama sahaja dengan physical illness. dan kedua-duanya memerlukan rawatan yang sewajarnya. Jadi kenapa bila kita tengok orang sakit fizikal contohnya kanser kita rasa kesian dan simpati. Tapi bila kita tau orang tu depress atau sakit mental, kita kata macam-macam dan tak membantu. It’s not fair. Dunia tak adil.
– Syahida
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit