Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh pada admin-admin yang hensem, kacak, cantik, anggun lagi bergaya serta pembaca-pembaca yang awesome.
Sejak kebelakangan ni aku lihat ramai dalam kalangan confessor yang tulis mengenai depression. Jadi kali ni aku nak ketengahkan penyembuh kepada depression.
Pertama sekali biar aku kenalkan diri, nama aku D, jantina perempuan, umur 24 tahun. Dan aku juga pernah mengalami depression. Pernah sekali aku ambil test DASS atau Saringan Minda Sihat di hospital dan keputusan untuk kemurungan aku adalah teruk diikuti dengan anxiety dan stress.
Tapi alhamdulillah kini aku sudah boleh dikatakan bebas dari depression dan aku rasa terpanggil oleh diri aku sendiri untuk share cara aku hadapi depression.
. . . .
Perjalanan hidup seseorang itu tidak akan pernah sama dengan yang lain, begitu juga dengan ujian yang kita terima. Jika dilihat pada kes aku mungkin ada yang rasa benda ni remeh dan tak sepatutnya jadi punca pada depression pun tapi pada aku ia amat merunsingkan.
Dan aku ingatkan di sini, apa yang akan aku tulis adalah merujuk pada kes aku sendiri dan secara general jadi mungkin ada cara yang tidak terlalu khusus untuk dipraktikkan pada sesetengah kes depression mengikut kepada situasi.
. . . .
Okay,
Pertama sekali untuk merawat depression, kita perlu tahu punca terjadinya depression pada diri kita sendiri. Basic knowledge, untuk merawat sesuatu kita perlu tahu punca, jadi kaji balik diri sendiri dan cari punca utama depression yang paling memberi kesan pada kehidupan seharian.
Di sini aku ceritakan serba sedikit tentang punca berlakunya depression pada diri aku. Bagi yang berminat nak baca boleh baca, kalau tak nak boleh jump pada 4 titik pemisah jauh di bawah.
Punca utama bagi aku adalah kerja dan onani (cue gasping because believe it or not I’m one of that girl and yes I’m still a virgin). Jadi punca pertama kerja. Macam yang kita tahu zaman sekarang ni memang susah nak cari kerja dan aku tak nak salahkan mana-mana pihak selain kelemahan yang ada pada diri aku sendiri. Malas nak cerita panjang cukuplah untuk tahu aku dah pernah bekerja dan akan masuk kerja baru minggu depan.
Masalahnya bukan apa cuma disebabkan oleh tekanan nak mencari kerja, mak ayah yang banyak bertanya, pandangan masyarakat sekeliling, sedih dengan diri sendiri bila lihat kawan-kawan yang lebih dahulu diberi rezeki dengan pekerjaan (dan perkahwinan huhu..) dan overthinking.
Bold overthinking. Depression pada pendapat aku berlaku kebanyakannya kerana overthinking. Terlalu banyak berfikir tentang masalah yang sedang berlaku hingga susah untuk nampak perkara positif yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Okay punca depression aku yang kedua pula, onani. Fuh.. susah nak cerita pasal ni tapi biar aku cerita secara ringkas sahaja ya. Aku terjebak dengan onani sejak aku berumur 15 tahun. Itu juga bermakna sudah hampir 10 tahun aku terbelenggu dengan onani. Dan punca terbesarnya datang dari pengaruh rakan sebaya lelaki semasa di sekolah, rasa ingin tahu yang membuak-buak, kebosanan di rumah, gadjet, buku-buku erotical romance, internet dan sebagainya.
Dan ya kerana aku yang lemah pada hawa nafsu. Mostly aku rasa depressed disebabkan oleh konflik hawa nafsu yang jahat berlawan dengan tuntutan agama. Dari aku yang bertudung pendek di sekolah ke tudung simpang sana sini di matrikulasi ke tudung rama-rama sopan di universiti hinggalah aku yang lebih muslimah sekarang, masalah ni masih lagi tak dapat diselesaikan.
Tapi walaupun begitu aku tetap juga berusaha untuk berhenti dari perbuatan zina ni. Pada pembaca yang baik hati boleh juga suggestkan pada aku cara untuk stop dari benda ni. Terima kasih.
. . . .
Okay berbalik pada cara menghadapi depression. Bila dah tahu punca depression pada diri, benda pertama sekali yang perlu dibuat adalah cari tempat yang tenang, duduk dan tarik nafas. Tenangkan diri dan cuba kosongkan fikiran. Buat meditasi atau refleksi diri. Sentiasa kata pada diri kata-kata positif untuk memujuk diri. Aku selalu bisik pada hati bila aku down “you will be okay..you will be okay..” tarik nafas dalam-dalam dan nangis jika perlu.
Then cari satu buku dan tulis kata-kata positif pada diri. Contoh:
Aku cantik ; Aku ada minda yang kuat ; Aku tak cepat mengalah ; Aku perempuan yang hebat ; Aku akan dapat suami yang terbaik dan lain-lain. Kalau boleh baca kata-kata ni setiap hari.
Seterusnya, lazimkan bila baca al-Quran setiap hari, baca terjemahannya sekali. Walaupun sekadar baca sahaja, cara ni pada aku banyak memberi kesan dalam hidup. Dulu aku pernah istiqamah dalam baca Quran dan terjemahan ni masa di matriks. Walaupun hidup masa tu terumbang ambing dengan couple tapi alhamdulillah habis je matriks Allah bagi hidayah untuk aku berhenti dari bercouple dan berubah sampailah sekarang.
Aku juga rekomenkan korang untuk download applikasi Remente. Apps ni boleh bantu manusia-manusia macam korang di luar sana untuk plan setiap hari, track mood, ajar cara-cara nak tetapkan matlamat hidup, hubungan, dan lain-lain. Bila fikiran dah makin tenang dan perasaan lebih stabil, lebih mudah untuk fikirkan langkah seterusnya yang harus diambil dalam hidup.
Cara seterusnya adalah bersenam. Sambil bersenam, tarik nafas banyak-banyak dan lupakan sekejap masalah yang ada. Lebih banyak oksigen, lebih cepat otak berfikir. Pada yang selalu terperap di rumah atau di tempat kerja, cari masa untuk keluar dan enjoy hidup ni.
Biasakan diri bila bangun tidur, recharge balik tenaga positif yang ada pada diri. Lagi satu, cuba cerita pada orang yang kita percaya tentang masalah depression ni. Sebab dengan bercerita boleh kurangkan sedikit tekanan yang melanda diri. Jangan terlalu memendam rasa takut nanti memakan diri.
Last sekali, jangan pernah putus asa dengan diri. Proses merawat diri sendiri bukan satu jalan yang mudah apatah lagi jika ditempuh seorang diri. Bagi aku sendiri, berbulan-bulan aku depressed, benci pada diri sendiri kerana terlalu banyak kelemahan, tapi walaupun tak banyak perubahan pada diri aku tetap usaha untuk berubah. Baby steps. Tak perlu mengorak langkah yang terlalu besar jika tahu diri tak mampu. Sebaliknya ambil langkah yang kecil satu persatu hingga kita mampu berdiri semula.
Aku juga masih belum sempurna dan aku tak pernah tahu mungkin satu hari nanti aku akan kemurungan semula. Tapi apa yang aku tahu adalah aku sedang merawat diri sekarang dan aku akan cuba untuk kekalkan aura positif ni selama yang boleh.
Akhir kata, sentiasa improve diri, jangan lupa diri and always always love yourself.
Sekian,
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
– D –
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit