Salam readers, aku perkenalkan diri aku sebagai Farah, 23, belajar degree di sebuah universiti awam di Malaysia. (bukan uia) Aku tak tahu nak mula dari mana…
Aku kenal seorang lelaki ni sebab sama program. Aiman. Entah macam mana, aku start suka pada dia. Kami banyak kerja sekali jadi mula rapat. Whatsapp semua lah. Cliché lah kan. Kami lain kos. Aku korek lah sama ada dah berpunya ke belum. Dia ada bagitau dia nak bertunang, tapi tiada calon lagi. Aku pun berbunga lah nak masuk line. Hahah. Hari demi hari kami makin rapat. Whatsapp tiap hari even lepas habis program. Dia ada layan aku macam bagi harapan lah, lebih dari kawan sebab call call bangun tidur semua. Beberapa bulan lepas tu, aku pun decide nak confess. Aku confess face to face tau, first time dalam hidup aku buat macamni. Nervous tu tak payah cakaplah. Berbulan bulan juga aku fikir banyak kali. Sebab aku confuse, dia nak apa dari aku sebenarnya? Dia kata dia anggap kawan je. Dia minta maaf bagi harapan. Aku pun macam okaylah, takkan nak paksa. Aku terima… Cuma, aku ingatkan dia, jangan buat macamni dekat orang lain, jangan bagi harapan kalau anggap kawan je. Sedih tapi nak buat macam mana kan..
Aku jauhkan diri dari Aiman sebab nak lupakan dia. Tapi dia selalu tegur aku. Long story short, kami pun rapat balik. Jauh lagi rapat dari sebelumnya. Aku ingat dia ubah fikiran. Walaupun dia layan aku lebih dari kawan, tapi kami macam silent relationship yang tak declare?? Sebab takde siapa yang tahu pasal kami. Not even his friends. Dia dah sedia maklum pasal perasaan aku dekat dia. Nak kata aku yang terlebih berharap, kenapa dia selalu ajak video call hampir setiap hari sebelum tidur, dan bangun tidur dia call kejut bangun. He became part of my morning and night routine. Kawan macam tu ke? By the way, dia selalu minta bukan bukan (lucah). Kau fahamlah eh. Sampailah satu hari, dia kata, dia nak kurangkan contact sebab dosa nak jauhkan maksiat etc. Aku pun setuju untuk sama sama berubah jadi lebih baik. Lama dia senyap, sebulan. Selama tempoh tu, aku pegang kata kata kami, untuk berubah lebih baik. Aku dekatkan diri aku dengan Allah. Aku tak pernah terfikir nak cari lain. Aku pun cuba contact dia.. Dia layan nak tak nak je. Selama aku kenal dia, aku ada lah stalk sikit sikit. Apa yang aku nampak, dia still tak move on dari ex dia. Kadang macam post sedih sedih. Aku diam kan je. Kalau aku tanya, dia mengelak.
Selama ni, aku tak pernah terfikir nak stalk post dia sangat since bagi aku, past is past dan aku terima dia sepenuh hati. Tapi since dia dah senyap sebulan, aku tergerak hati nak cari. Aku terjumpa account ex dia (Yana) dan dari situ aku tau mereka contact balik. Kami bertiga sama umur. Hari hari aku doa pada Allah, supaya Allah tunjukkan aku kebenaran tentang semua ni sebab aku betul betul ikhlas dengan Aiman. Satu satu Allah buka. Aku merayu dekat Allah supaya tujuk lagi dan lagi. Allah kabulkan satu satu. Aku istikharah. Sebelum ni, aku dah janji dengan diri aku nak jaga hubungan ni baik baik. Aku tak pernah layan lelaki lain. Yang paling buat aku yakin mereka ada something is, mereka berbalas status. Dengan aku yang tergantung macam ni, aku tak tahu nak buat apa. Dan dari account perempuan tu, aku dapat tahu perempuan tu baru je bercerai. Rupanya mereka putus dulu sebab perempuan tu kawin dengan lelaki lain yang stable lepas bercinta 4 tahun dengan Aiman tu. Yana dengan Aiman bercinta 4 tahun, kemudian Yana tiba tiba kawin dengan orang lain. Lepas dua tahun, mereka cerai dan Yana cari Aiman balik. Aiman pun belum move on dan terima balik.
Aku selalu stalk perempuan tu. Sampailah perempuan tu tiba tiba malukan aku dekat social media dia. Yana kata aku nak rampas hak dia. Aku tanya terus lelaki tu, apa sebenarnya dah terjadi. Rupanya Aiman terus terang dengan aku yang mereka sebenarnya dah tunang. Baru je, baru sebulan. Aku terkedu. Aiman terus terang pun sebab dia syak yang aku dah tau pasal dia dengan Yana. Kalau tak, mungkin aku tak tahu sampai sekarang. Sebabnya masa tunang tu dia masih dengan aku. Patutlah cold gila dengan aku tiba tiba je. Aku tak adalah sampai nak bagitau perempuan tu pasal kami walaupun dia tiba tiba serang aku macam tu. Update status mention nama aku bagai. Aku malas dan rasa macam tak baik pula sebab mereka dah bertunang dah pun. Lagipun, benda tak berubah dah.. aku taknak paksa Aiman dengan aku. Aku cuba faham situasi dia. Masa dia tunang tu, tak sampai sebulan pun lepas kami decide untuk kurangkan contact. Aku rasa semua ni kejam. Tak adil bagi aku. Sebab aku punya lah setia tunggu dia setiap hari, tapi dia senyap senyap tunang dengan ex dia yang dah buat dia macam tu. Kenapa gantung aku macam tu, dalam masa sama tunang dengan orang lain? Dahlah suka minta bukan bukan. Hari hari aku fikir apa kurang dan salah aku. Tak sangka ada manusia sekejam ni.
Aku tanya lagi, lelaki tu kata Yana tak tahu pun aku pernah contact dengan dia apa semua. Apa yang Yana tahu, Aiman bagitahu yang aku ni suka dekat dia. Tapi setakat tu je, perempuan tu tak tahu kami contact etc. Aiman tu mengaku, yang selama ni dia tak pernah ada perasaan suka dekat aku lebih dari kawan. Selama ni, hati dia dekat orang lain. Hati dia memang tak boleh nak ubah dah. Dia minta maaf, jangan tunggu dia lagi. Kalau tak pernah ada perasaan, kenapa layan aku lebih lebih sampai nak dekat setahun? Kenapa rosakkan aku? Aku rasa, kalau aku dah bagi dia everything, mesti sekarang ni aku dah bunuh diri.
Aku tanya pasal cerai tu, sebab perempuan tu sendiri yang banyak update status pasal cerai dia. Lelaki tu berdalih, dia kata Yana tak pernah kawin pun, sebab dia buat macam tu supaya lelaki lain tak ganggu dia etc. Aiman kata, dia lost contact 3 tahun dengan perempuan tu sebab perempuan tu tiba tiba hilang. Lepas tiga tahun Aiman terjumpa account perempuan tu, dia pergi cari dan jumpa perempuan tu. Perempuan tu pun bagitahu lah kenapa dia hilang. Yana kata dia ada masalah dan tak mahu Aiman terlibat dalam masalah dia. Aiman bagitahu aku, sejak 6 tahun lepas, perasaan dia tak pernah berubah dekat Yana, orang yang sama. Dia kata selama lost contact selama 3 tahun tu, dia sentiasa tunggu Yana. Sedih aku baca mesej dia cakap macam tu. Mereka terus tunang lepas jumpa tu. Takut kan, kalau kita dengan orang tu, tapi rupanya dia tengah tunggu orang lain. Sampai masa nak kawin, dia tinggal kita macam tu je. Aidilfitri masih dengan aku, Aidiladha, dia bertunang dengan orang lain. Tapi aku rasa Aiman tipu, tak pun, Aiman tak dapat fikir lurus. Sebabnya, rumah mereka dekat dekat. Mustahil lost contact. Mereka pun kenal family each other, dan… lelaki tu ada like status perempuan tu awal Januari haritu. Apa yang lost contact nya? Banyak lagi bukti lain yang aku jumpa as a proof mereka tak lost contact pun. Cuma mereka tak follow/ tak friend kat socmed lepas perempuan tu happy dengan husband dia. Apa pun ceritanya, tak patut Aiman buat aku macam ni. Kejam.
Aiman approach aku masa perempuan tu announce kat status dia yang dia pregnant tahun lepas. Maybe time tu Aiman try move on? Entah. Yana gugur lepastu. By the way, perempuan tu first love dia. Perempuan tu kawin 2015-2017. Aku kenal Aiman tu 2016-2017. Perempuan tu ada beberapa kali malukan aku kat socmed dia. Aku tak balas apa apa langsung. Dia kata aku nak try hak dia etc. Last last perempuan tu block aku. Aku macam… ??? Apa salah aku dua dua buat aku macam ni. Aku ada satu soalan, how much love is enough to make someone stay? How much love is enough? Aku penat jaga jodoh orang. Aku tak sangka selama ni aku jaga jodoh orang lain. Aku tak sangka aku cuba buat yang terbaik tapi rupanya hati dia dekat orang lain. Selama ni, aku terima dia seadanya. Aku tahu status kewangan dia apa semua, dan aku sentiasa support dan doakan dia dalam diam. Dia tak pernah tau.
Aiman doakan aku dapat lebih baik dari dia. Pasti ada hikmah katanya. Tapi bagi aku, aku bukan cari lagi baik sebab bagi aku, dia dah cukup. Lepas Aiman mesej dan bagi tahu aku semua tu, aku suruh dia jaga diri baik baik dan end conversation. Aku tak ada maki dia langsung. Aku tak dapat tidur malam tu. Aku menangis. Aku cuba tidur, malangnya, bila aku lelap, aku mimpi aku masih bercakap dengan Aiman. Aku mimpi aku still luahkan kekecewaan aku atas perbuatan dia. Aku kesal dia buat aku macam ni. Aku masih tak percaya realiti. Aku terbaring atas katil tak pergi kelas beberapa hari. Kepala aku sakit sangat berhari hari mungkin sebab banyak menangis. Aku tak makan seminggu. Duduk meratap. Ramai tegur muka makin cengkung, pucat. Aku tau, aku dah menzalimi diri aku sendiri. Aku tak boleh terus macam ni. Kalau taknak petik, jangan lah pula kita rosakkan. Berkali kali Aiman minta maaf kat aku. If only your sorry can turns back time.
Aku hari hari mimpi Aiman. Ada hari aku mimpi aku marah dia, ada hari aku mimpi dia keluar dengan Yana, ada hari aku mimpi aku perhatikan Aiman dari jauh. Mereka nampak sangat sangat bahagia. Aku sedih. Aku jadi tak nak tidur. Sebab kalau tidur, mimpi Aiman. Terrible. Horrible. Tak ada semangat nak buat apa apa. Rasa loser pun ada. The hardest part is waking up in the morning remembering what you were trying to forget last night. Aku tak ada lah kejam mana nak paksa orang suka aku balik, even macam mana pun sayang aku dekat dia. Tapi, jangan lah buat aku suffer macam ni. Aku rasa kena bodohkan sangat sangat. Terus teranglah dari mula. Aku try busy kan diri aku, dengan join volunteer, pergi rumah anak yatim, homeless, oku etc. Still, aku belum heal lagi. Tapi aku suka pergi tempat macam tu, sebab biar aku sedar bahawa ada lagi orang yang kurang bernasib baik. Aku masih pegang kata kata aku dengan dia sampai sekarang, aku cuba berubah jadi lebih baik untuk diri sendiri, aku tak cari orang lain. Aku cari Dia. Aku tak fikir lagi pasal relationship buat masa sekarang. Entahlah, sesiapa yang datang lepas Aiman, semua aku rasa tak kena. Aku jadi takut, takut jaga jodoh orang lagi. Aku macam ada satu mindset, yang sesiapa yang datang dalam life aku, mesti akan tinggalkan aku.
Bagi aku, kalau nak yang baik, kena ubah diri dulu. Sebab jodoh ni cerminan. Aku salah kan diri aku sendiri sebab bagi sepenuh hati. Salah aku juga. Aku tak minta nak bercinta 2-3 kali. Siapa je nak putus tengah jalan. Aku sedih. Rasa sedih sebab kawan kawan rapat ramai yang dah tunang. Ye, aku bukan nak ada sesiapa sebab kawan kawan dah ada pasangan, tapi aku allergy dengan perkataan ‘tunang’. Bila kawan kawan happy cerita pasal nak tunang dan kawin, aku cuma mampu jawab dalam hati “yelah, untunglah, aku punya tu pun tunang jugak, tapi bukan dengan aku”. Betul lah kata orang, never show off your happiness in front of a sad person. Sebab kita akan tak sengaja compare life dia dengan kita. Tapi aku tak salahkan kawan kawan aku pun, sebab mereka taktahu. Sampai hari ini aku masih susah percaya ada manusia sanggup buat macam ni dekat orang lain. How can you get a peaceful sleep, knowing that you’ve wronged someone? Kadang kadang tu, kalau jalan kat mana mana, terbau perfume Aiman, aku jadi teringat balik. Menangis time tu juga. Allah nak suruh aku sabar.. belum masa lagi, belum kerja lagi, belum matang lagi. Yes, forgiveness takes time. Jujur, sampai sekarang susah sangat nak maafkan sebab aku masih tak percaya benda ni jadi kat aku. Macam tiba tiba sangat. Tapi, He knows best. Allah wants me to turn back to Him. Indeed, Allah knows best. Aku sekarang tengah cuba nak let go, nak maafkan Aiman.
Nak pesan, kalau tak sure dengan perasaan sendiri, jangan biar orang lain berharap. Kita sendiri tak nak kecewa, orang lain pun sama. Doakan aku, semoga dapat sembuh. Luaran nampak okay tapi dalaman, Im so sick. So so sick. Sampai harini menangis lagi. Kadang rasa macam tak ada rasa nak buat apa apa. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik. Kalau bukan partner, dapat dari segi lain such as pekerjaan yang baik, kesihatan yang baik, rezeki yang berkat etc. Sekarang ni aku cuma kerja as part time muslimah model je (freelance) sambil belajar. Doakan aku berjaya dan dapat kejar cita cita aku lepas aku grad nanti. Aku nak jadi Malaysian ambassador :)
Kalau Aiman baca ni, just nak bagitau, jaga diri baik baik, sebab kita dah tak bertegur. Moga bahagia. All the best in life.
Love someone sincerely, and may it returns to you. Aamin. Wasalam.
-Farah
– Farah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit