Generasi Muda

-12:06 a.m – 13/10/2017

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM confession . Harap admin dapat siarkan , tapi kalau admin tak siarkan , tak apalah . Admin sahaja yang baca .

Pada zaman globalisasi ini , generasi muda ( masih bersekolah ) sering dikaitkan dengan masalah disiplin , manja , ponteng sekolah , suka lapor pada ibu bapa , merokok , kurang ajar ataupun biadap . Confession ini tentang generasi Y , Generasi muda . Persoalannya , kenapa generasi sekarang ini lebih teruk daripada generasi sebelum ni ?

Ya . Kerana rakyat yang telah meningkat dewasa . Sering kali berhujah di internet tidak menggunakan akal fikiran . Sudahkah kamu lupa bahawa generasi muda telah maju , dan mempunyai laman sosial ? Salah siapa ? Salah mereka ka mempunyai laman sosial , atau salah ibu bapa yang memberikan mereka kebebasan untuk menggunakan internet ? Zaman sekarang , status dan postnya lebih kepada membawa pergaduhan dan kearah kesesatan .

Contoh ? Pesta arak , Cerita artis dan juga status politik . Saya tahu , niat kamu semua hanya mahu menegur ataupun menyedarkan sesetengah pihak melalui komen Facebook . Namun , perlukah sampai kamu mengeluarkan kata kata kesat ? Bab* , Si*al dan sebagainya ? Lalu kamu kata generasi zaman sekarang teruk ? Padahal kamu yang mendidik bangsa sekarang , walaupun kamu bukan pendidik , kamu lah yang menjadi contoh kepada mereka ?

Kamu bertanya di dalam hati , kenapa mereka pergi ‘ like ‘ page begitu ? Cuba fikirkan , page apa yang boleh mengikuti berita semasa ? Mereka sudah advance , mereka mahu tahu hal semasa . PEMIKIRAN mereka mahu mencari sesuatu yang baru , lebih lebih lagi pelajar sekolah menengah yang minat artis melayu , walhal sesetengah artis melayu ini akhlaknya sangatlah teruk .

Sarkastik . Ya , sarkastik ini juga adalah salah satu penyumbang mengapa pelajar zaman sekarang lebih biadap dan kurang ajar . Apa tidak ? Banyak post post yang membawa ke arah sarkatik . Post seperti ; ” Orang tanya nak kahwin bila , kau jawab tunggu suami makcik meninggal . Orang tanya tandas ada , kau pergi jawab ” takda , kami kencing dekat rumah jiran sebelah ”

Dan kau masih memikirkan kenapa pelajar sekolah zaman sekarang semakin biadap ? Semuanya bermula daripada kamu . Kamu adalah pendidik , dan ini contoh yang kamu berikan pada mereka ? Kalau ada pelajar kena tindakan disiplin , kemudian beritahu kepada ibu bapa , kamu kata pelajar terlalu manja . Ya , memang mereka manja . Mereka masih budak budak , mereka masih memerlukan perhatian . Salahnya disini ialah salah ibu bapa yang terlampau memanjakan .

Bila ada ibu bapa pukul guru , adalah yang akan berkata ” Aku dulu kena pukul cikgu tak lah aku nak bagitahu mak ayah aku . Silap silap kena tambah ” . Ya , berdasarkan ayat kamu itu , sudah lebih nampak dan jelas bahawa ibu bapa yang memainkan peranan . Anak memberitahu , ibu bapa mendidik . Simple . Jadi mengapa kamu kata pelajar zaman sekarang ini lembik dan manja ? Sedangkan semua itu adalah kerana tindakan ibu bapa yang tergesa gesa memukul cikgu tanpa usul periksa ?

Kemudian , memaki . Bila ada pelajar sekolah rendah memaki , wah ! Mindset semua cakap ” ini mesti pengaruh rakan” . Pernah tidak kamu terfikir kamulah yang mengajar mereka untuk memaki ? Kadang bila stress , memaki . Sehingga mereka sudah terbiasa dengar dan ingin mencuba untuk cakap perkataan itu . Kamu kata akhlak budak zaman sekarang buruk . Boleh saya tanya ? Memang dari perut mak dia bayi tu berakhlak buruk kah ? Tidak . Semuanya pengaruh sekeliling. Pengaruh orang yang sudah boleh berifikir dan pengaruh orang dewasa yang tidak menjaga percakapan.

Kesimpulannya , generasi Y sentiasa memerhati komen komen dan status kita . Jangan kau cuba salahkan generasi Y untuk bermain social media , sebab kau kata dulu kau sibuk main batu seremban , main batu lesung dan sebagainya. Masa sudah berubah , dulu dan sekarang sudah berbeza . Jaga jari anda daripada menaip sebarang perkataan yang kotor , Jaga mulut anda dari berbicara perkara yang tidak benar.

– Suzy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit