Selamatkan Aku

Aku, tidak tahu sama ada , luahan ini akan diterima atau tidak.. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa..

Bismillahirrahmanirrahim…
aku tidak tahu hendak mula dari mana.. Aku, seorang yang ceria, dan peramah. Kerana pernah bekerja, aku lewat sambung pengajian. Jadi,aku ni antara pelajar yg tua di universiti ini. Mungkin kerana tubuh yang kecil, wajah yang muda, dan perwatakan yang keanak-anakan, ramai kawan-kawan yg tidak mahu memanggil aku kakak, kerana ingin lebih mesra. Aku juga tidak kisah, aku pun sarankan memanggil nama timangan saja. Alhamdulillah, aku ada ramai kawan. Walaupun berlainan course. Namun, semua itu hanya sementara.

Makin lama, mereka semakin kurang ajar, dan any yang dididik dari kecil untuk sentiasa menggunakan perkataan sopan, dengan semua orang, sama ada tua, muda, termasuklah rakan sebaya, agak terkejut dengan sikap mereka. semakin hari, keadaan itu semakin teruk, dan aku dibuli. Ya, dibuli. Walaupun lebih tua, mungkin kerana aku seorang, dan hanya memendam, aku kalah.

Makin lama, fitnah keluar, dan aku yang merupakan mangsa keadaan, diperlakukan seperti pesalah. Fitnah ini semakin berleluasa sehingga ke pihak atasan. Apa saja yang aku katakan, tidak berhasil. aku seorang, melawan mereka semua. Mereka berkata aku yg salah, dan menunjukkan bukti yang tidak kukuh. Namun, ianya bukan seperti itu. Hanya aku yang benar benar tahu apa yg berlaku. Korang tak ada disitu, kenapa korang senang buat andaian? Segala penjelasan yg diberikan, tidak diterima, dan saya dipulaukan.

Sedih. Kawan yang paling rapat, dan ku sangkakan baik, macam tak pijak semut, yg mengkhianatiku. Tapi mereka yang mengkhianat itu sangat hipokrit, didepan baik, tegur seperti tiada apa berlaku, tapi dibelakang, memviralkan pada yang lain.

Akhirnya, aku keseorangan. Kemana saja aku pergi, orang menjerling, menghina aku. “Ceh. Nampak je macam baik. Padahal jahat. Lebih baik jadi mcm kita ni”. Terkejut. Aku tak kenal dorang. Kenapa dorang cakap macam tu? Hatta nama mereka.

Hampir setahun perkara ini berlaku, dan ia masih berjalan. Pernah, satu ketika, aku terlintas untuk pergi selamanya. Kelam. Keseorangan. Tiada siapa sudi membantu, tiada siapa sudi mendengar. Tiada. Aku buntu, dan disaat terlintas mahu melakukannya, teringat, semua ini ujian, dan semua amal soleh yang dilakukan, tidak akan diterima. Hukumnya haram, dan dosa besarlah aku.

Tapi, aku cuma manusia biasa. Ada yang berhenti belajar, membuatkan aku lebih dianggap seperti pesalah dan lebih mengeruhkan keadaan. Apa yang patut aku buat, untuk buat korang percaya? Siapa korang semua untuk hukum aku? Korang bukan Tuhan, yang mengetahui semua yang berlaku. Kenapa korang buat aku macam ni? Dosa besar sangatkah, aku pada korang?? Kenapa korang buat aku macam ni? Kenapa? Kenapa?? Kalau aku mati, baru korang puas hatikah?

Bila ditegur, marah, kemudian, buat perkara mcm ni. Apa yang korang nak? Seronok ke, jadikan aku sebagai topik bersembang? Korang tak fikirke, perasaan aku dan akibat dari percakapan korang? Kenapa mesti korang buat aku mcm ni?

Aku betul-betul, dah tak larat. Mentally, emotionally, I’m broken. Please, stop it. Please, save me…

– CH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit