Kami “Bestfriend”

Hi,
Terima kasih admin kalau confession sy ni terpilih utk disiarkan.

Assalamualaikum. Aku terpanggil untuk share confession aku lepas baca confession Cik Ratu tentang Naluri Songsang tak lama dulu. Sebenarnya dah lama aku nak share pasal pengalaman aku terjebak dgn benda haram ni, tp aku ni jenis malas menaip! Hahaha.. Tp lepas aku baca komen2 pada confession Cik Ratu tu, aku rasa ada diantara korang yg masih belum nampak realiti ini yg sebenarnya bende ni sememangnya terjadi dikalangan kita. Guys, gay tu bukan dikalangan lelaki sahaja, tp dikalangan perempuan pun ada, cuma korang tak nampak sbb orang akan nampak golongan ni berselindung dibawah perkataan “Kami Bestfriend”.
Tolong, jgn pandang bende ni sebelah mata takut nanti jadi barah dalam masyarakat.

Sebelum korang teruskan baca, aku nak korang tahu dan ingat bahawa tujuan aku share adalah untuk bagi kesedaran pada korang semua dan aku telah berjuang berhabis-habisan melawan perasan ni. Tolong jgn kecam aku dan buat aku down. Ni kali pertama aku bukak cerita yg selama ni aku simpan kemas2 dlm hati, aku tak pernah share dgn sape2.

Aku akan buat ringkasan supaya korang tak bosan. Let’s get to the point bila mana aku jumpa seorang perempuan ni, aku gelarkan dia M. Masa ni aku muda lg dan naif. Aku kenal dgn dia bila aku masuk kerja dekat satu company di Kuala Lumpur. M ni ada pangkat dlm syarikat tu, lebih berusia dr aku dan belum berkahwin, obviously lah! Masa mula-mula aku rasa bangga sbb aku rapat dgn org yg berpangkat dalam syarikat tu, yelah nak settle masalah pape senang. M ni jenis kasar2 sikit orangnya tp bukan pengkid ye, still bertudung mcm aku. Yup, bertudung, cuma takde la labuh, biasa2 je, tudung bawal tshirt seluar jeans etc. Mula-mula aku tak syak apa-apa, lama-lama kitorang makin rapat. Dua bulan lepas aku masuk kerja, M ditukarkan ke branch kt utara tanahair utk manage area sana. Tp, antara ktorang takde yg berubah, sama je. Mcm confession Cik Ratu, M tersangatlah caring. Bagi coklat mahal kt aku tiap2 minggu. Sanggup datang KL dr utara tanahair sana semata-mata nak jumpa aku setiap minggu, nak spend masa dgn aku. Aku syok lah sbb ada kawan berjalan sana sini. Pasal duit & perbelanjaan tak payah fikir, A-Z dia tanggung. Aku keluar lenggang kangkung je. Aku ada je nak pakai duit aku, tp dia mesti dah siap2 nak bayar ape semua.

Silap aku disini. Aku melayan M walaupun aku tau dia dah start tunjuk perasan suka & sayang pada aku. Maksud aku perasaan suka & sayang yg lebih dr seorang kawan. M mula cerita pada aku kisah silam dia dgn ex-girlfriend dia. Aku agak terkejut dgn cerita dia, tp aku dengar jelah. Ex-girlfriend dia dah kahwin dah, so masa tu dia sedih sgt. Aku siap baca lg msg2 cinta2 dorang, gambar dorg. They’ve been together for 4 years, sebelum perempuan tu decide utk tinggalkan dia dan kahwin. So tempat dia lepas sedih dia tu pada aku lah. Aku masa tu dengar jelah masalah dia. Tp lepas dari tu, dia okay. Dia nak focus pada aku je skg sbb dia dah sayang aku sgt2. Dan dia mengaku dia mmg ada perasaan suka pd kaum sejenis dia tu dr zaman dia sekolah lg (dia sekolah asrama).

Aku ringkaskan cerita, aku terima dia as someone special in my life, aku sayang dia lebih dr sayang seorang kawan. Hahaha masa aku tulis ni, terasa bodoh pulak. Kitorang macam pasangan bercinta lain, sama mcm korang2 kt luar sana tu, and we even travel here and there together. Bahagia hidup aku masa tu. Duit belanja semua M bagi. Aku cakap je nak ape, pufffff depan mata! Rugi pulak aku tak mintak rumah sebiji masa tu. Haha gurau je.. Dia rapat ngn family aku, yelah dah selalu datang jumpa aku kan. Kitorang berselindung bawah perkataan “Kami Bestfriend”. So, family aku takde la syak apa2.. Hmm…

Tp..kau tahu..bahagia yg aku rasa tu datang dgn perasaan serba salah. Rasa berdosa. Selama aku dgn dia selama 2 tahun tu, mmg la rasa seronok kejar dunia. Tp bila aku nak solat, aku rasa hina sgt. Bila aku pandang muka mak bapak aku, aku rasa berdosa nya lah, ape lah perasaan dorang kalau dorang tau aku ni bercouple dgn M yg dorang sayang mcm anak sendiri ni. Aku rasa aku khianat kepercayaan dorang. Sampai bila aku nak tipu diri aku, yg aku ni fitrahnya dilahirkan sebagai perempuan yg pasangannya seharusnya seorang lelaki. Sedih bila kau pergi wedding kawan2, lepastu kau berangan nanti wedding kau mcm mana pulak, tp bila pandang balik diri kau, kau rasa loser gila sbb obviously kau tak boleh kahwin dgn kaum sejenis! Tgk kawan2 dah ramai kahwin, ada anak, dan kau masih kt tempat sama, konon seronok dgn nikmat dunia ni. Kawan2 lain tanya aku bila nak kahwin, sbb kalau diikutkan aku ni boleh letak kategori perempuan cun melayu terakhir. Hahaha org kata lah. Ok tett..perasan! Cuma aku bg jawapan aku tak sedia, seronok hidup single and travel sana sini dulu. Padahal sebenarnya aku dah terikat dgn “seseorang”!

Aku muhasabah diri..aku bangun tengah malam..aku tanya pada diri aku sampai bila nak mcm ni. Aku tahu perasaan ni haram, tp aku masih buat. Sia2 je solat dan ibadah aku. Bukan aku tak cuba untuk tinggalkan dia. Aku dah berhenti kerja situ dan kerja tempat lain untuk jauh dr dia. Tp korang tau tak dorang ni jenis takkan lepaskan kau walau ape pun yg jadi. Setiap kali aku cari gaduh utk putus dgn dia, setiap kali tu jugak, dia akan sampai depan rumah aku tak kira la pukul berapa sekali pun, 3 4 pagi ke, asalkan dapat pujuk aku balik. Serabut sgt, of course aku taknak parents atau family aku akan fikir ape pulak. Yelah dtg rumah tiba2 tengah malam, ape ke halnya.. Sampai satu masa, aku terus terang dgn dia sbb aku taknak teruskan semua ni. Apa yg kita buat salah dr sisi agama. Tp dia tak boleh terima. Dia keep on pujuk dan pujuk. Dan susah aku nak lari dr M, sbb dia dah rapat ngn family aku. Apa2 family event, mesti parents aku akan ajak dia join, dia lg suka lah sbb dapat jumpa aku. Aku pulak..hmmm. Aku tak boleh nak block dia atau ape, sbb nanti family aku tanya pasal dia, aku susah nak jawab. Aku taknak rumitkan keadaan. Takkan nak cakap dah tak kawan dgn M, ape ke hal nya?

Apa aku buat? Aku teruskan berdoa pada Allah supaya aku diberi kekuatan dan kesabaran. Hari2. Aku anggap ini adalah dugaan buat aku. Terus2 berdoa. Mintak ampun. Aku tak harap diberi jodoh yg baik sbb aku sedar aku ni berdosa. Alhamdulillah aku takde lah sampai bg tubuh badan aku pada dia, walaupun dia ada attempt utk memegang sana sini, sama mcm dlm confession Cik Ratu tu. Tp aku cakap ngn dia, aku tak selesa dia buat mcm tu. Pernah aku tersedar dr tidur sbb aku rasa ada tangan merayap kt badan aku, bisik kt telinga aku ajak aku ke “arah” tu. Aku bangun n mengamuk kt dia masa tu jugak. So sejak dr tu, no more. Dia behave. Peluk cium2 tu ade la..astagfirullah..

Panjang kalau aku nak ceritakan semua. Tp cukuplah aku habiskan kt sini. Aku bakal berkahwin hujung bulan Disember ni. Allah dengar doa aku yg sentiasa mintak diberi jalan keluar dr masalah ni. Satu hari, aku dirisik oleh ibu kepada seseorang yg aku kenal dari dulu lagi. Aku istikharah, ktorang kenal rapat dlm beberapa bulan, dan decide untuk bertunang dan berkahwin dlm masa terdekat. Doakan semua dipermudahkan utk aku dan pasangan. Dan tunang aku tak tau pasal M ni, cukup lah jadi rahsia aku, aku simpan kemas2 dalam hati. Tunang aku ada tanya pasal M ni, sbb M ni still hantar msg2 pd aku, still tunjuk dia care pasal aku. Tp aku just cakap, M ni mmg camni dr dulu, jenis over caring. Dan bukanlah, aku buta2 terima tunang aku ni semata2 nak lepaskan diri dr M, cuma istikharah yg jadi sumber kekuatan aku untuk ambik jalan ni, dan terima ni sebagai jalan keluar yg Allah dah tunjukkan.

Apa jadi pd M bila aku terus decide terima pinangan tunang aku ni? Mcm org hilang arah kejap. Meroyan sana sini. Tp aku kuatkan hati, jgn pandang belakang lg. Aku taknak teruskan semua ni lg. Aku nak taubat! Nak dijadikan cerita jugak, sebelum aku dirisik tu, M ada kantoi msg cinta2 sayang2, tukar2 video lucah dgn perempuan lain dekat office dia, so tu aku guna sebagai modal utk blah lah,ape tunggu lg! Dan skg, dia dah jumpa pengganti aku, a.k.a perempuan kat office dia tu. Walaupun dia still cari2 aku lagi, kononnya still sayang, tp aku tak layan dah. Aku nak focus pada hari perkahwinan aku yg tinggal berberapa bulan je lg. Dia pulak, sampai dah terlanjur2 ngn perempuan tu. Jgn cakap aku fitnah, aku tau semuanya. Mcm mana aku tahu? Panjang cerita, karang kene buat part II pulak, nanti korang annoying, cerita aku bukan lah gempak mcm cerita Abg Mus. Dan bukan aku taknak tolong dia balik ke pangkal jalan tp aku sendiri tersepit dan aku taknak cari pasal kacau hubungan org. Kita doakanlah supaya dorang diberikan hidayah. Aaminn.. tu je aku mampu.

Kepada korang kt luar sana yg tengah berada kt dalam situasi mcm aku, ataupun tengah mula nak terjebak, tak kisah lelaki atau perempuan, teruskan berdoa, banyakkan mengaji, jgn layan perasaan tu, tu semua godaan syaitan! Ingat, fitrah kita dilahirkan sebagai berpasangan lelaki & perempuan. Jgn lawan fitrah tu. Cukup lah aku je yg rasa menyesal dgn ape yg aku buat ni, jgn lah ada orang lain yg rasa mcm aku. Susah, payah bila kau dah start terjebak dgn perasaan songsang ni. Semoga keturunan kita jauh dr semua ni. Aminnn..

Oh ya, pasal yg komen dikalangan kawan2 perempuan korang mmg biasa pegang2 raba2 cium2 mulut tu, aku mohon hentikanlah. Jgn biasa kan apa yg tak biasa. Mungkin korang bukan sampai tahap les****, tp berbataslah dalam pergaulan. Aku ada jugak kawan2 baik yg sgt sgt rapat tp takde la sampai mcm tu. Ada je ktorg pegang2 tangan. Tp jgn lebih2 ye..Jgn jadikan kebiasaan..tu je teguran aku. Aku tau bukan semua org mcm tu, tp hati2 dan jagalah batas. Jujur, bila aku dah pernah terjebak dgn perasaan tu, aku jadi kekok nak rapat dgn perempuan, aku rasa cam aku boleh terjatuh hati dgn perempuan. Haishh astagfirullah..

Akhir kata, aku mohon jgn lemparkan kecaman pada aku. Ape yg berlaku pd aku, aku sedar mmg silap aku, aku tewas dlm dugaan yg Allah berikan ni. Doa kan yg baik2 utk aku, utk kita dan keturunan kita. Pada korang yg ada kawan2 yg ada kearah “itu”, tegurlah cepat2. Aku tau bukan senang nak tegur, tp lg susah kalau dah terjebak.

Semoga kita semua berada dlm lindungan-Nya.

– Syahani

– Syahani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit