Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama sebenarnya aku intai page ni. Lately, banyak kisah-kisah mengenai pengalaman yang berkaitan dengan depression dan stress. Aku terpanggil untuk menulis pengalaman aku kali ini. Sebelum tu, aku nak pesan awal-awal apa yang aku tulis ni memang panjang sangat-sangat. Kalau nak baca mohon bersabar. Anggaplah ni luahan hati aku. Beberapa tahun lepas, aku mula merasakan perubahan yang besar dalam hidup. Yang sehingga kini memberi banyak kesan sehingga aku sendiri hilang punca dan arah tuju hidup. Kenapa? Sebab setiap hari yang aku lalui sekarang membuatkan aku rasa macam aku semakin hilang diri aku yang dulu, seorang yang happy go lucky, ceria, peramah, walaupun hidup aku penuh dengan masalah aku tetap happy. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan ‘hilang’ sampai macam ni sekali…
.
Sekarang aku struggle sangat untuk cuba adapt dengan diri baru aku. Ada jatuh bangun. Bangun aku tak lama. Sekejap je. Dan bila aku start jatuh dan lost, aku akan start semua perkara yang aku buat semula. Tak kira dalam apa jua yang aku buat terutamanya soal belajar. Ohh ye, lupa aku nak bagitahu. Aku seorang pelajar di sebuah IPT. Boleh bayangkan betapa letihnya hidup aku? Dia seolah-olah apa yang aku lakukan sekarang tak akan pernah habis dan tak berpenghujung. Walaupun begitu, aku tetap teruskan walaupun aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan. Aku cuba untuk kuat. Aku cuba trace apa masalah aku yang sehinggakan aku berubah macam ni sekali. Pernah tak rasa kesedihan yang sangat-sangat sampai ko rasa dada ko sempit, sesak sampai tak mampu nak bernafas. Yang paling sakit bila ko menangis tu tanpa tau apa sebab, yang ko rasa hanyalah kesedihan yang sangat-sangat. Tiap kali aku berada dalam keadaan macam tu, aku takut sangat-sangat. Aku takut kalau aku dah tak mampu nak bangkit semula. Kali ni aku tak mampu nak tahan sendiri aku cuba dapatkan bantuan daripada kaunselor. Dan aku tersedar banyak perkara.
.
Aku seorang yang sangat bergantung pada orang terutamanya pada kawan-kawan. Aku ada kawan baik. Dan aku mengaku aku sangat bergantung dengan mereka. Dengan mereka aku rasa macam hidup sangat. Masalah? Tolak tepi. Yang penting aku rasa dihargai, aku rasa penting dalam hidup mereka dan yang aku rasa happy gila gila dengan mereka.. Tapi sayang.. Manusia akan berubah. Yang tu korang kena ingat. Manusia akan berubah seiring dengan masa dan keadaan. Bila dah semua bawa hala tuju masing-masing aku lost sangat. Ohh.. korang mesti rasa aku dramatik kan? Maybe. Tapi ini yang aku rasa. Aku xrapat dengan family aku. Aku banyak habiskan masa dengan kawan baik aku je. Aku harapkan hubungan persahabatan antara kami semua tak akan berubah bila masing-masing dah masuk universiti. Tapi memang tak lah kan. Aku rasa macam ditinggalkan. Aku dah start rasa sedih, lonely, macam hilang tempat bergantung. Aku sentiasa contact mereka bertanyakan khabar tapi sayang layanan yang aku dapat tak seperti yang aku harapkan. Aku mula terasa hati dan makan hati sorang-sorang. Aku tak bagitau orang sebab aku ego. Aku diam dan aku pun mula jauhkan diri. Tapi setiap hari aku teringat kenangan-kenangan dulu. Ini lagi satu masalah, bila ko tak boleh moveon dengan kenangan dan memori dulu ko akan susah nak teruskan hidup. Seolah-olah ko memang tak akan maju ke depan sebab ko sentiasa akan comparekan hidup ko yang dulu dan sekarang. Dan lebih teruk kalau ko rasa kehidupan yang dulu lagi bahagia. Kesan dia aku jadi dendam sebab aku rasa aku ditinggalkan dan dibuang. Aku teruskan hidup aku dengan prinsip, “tak apa, kalau ko nak buang aku. aku boleh hidup sendiri tak perlukan sape-sape” (padahal aku rindu macam orang gila). Sebab aku kecewa sangat-sangat aku dah mula tak percayakan orang. Aku pilih kawan dan aku dah start susah nak buka hati pada orang sebab aku xnak rasa dibuang lagi.
.
Aku teruskan hidup macam biasa dengan rasa kosong. Aku ada juga kawan baik dekat tempat aku belajar. Aku rasa bersalah gila sampai hari ini aku tetap rasa bersalah. Sebab apa? Aku tahu dia ikhlas dan sayangkan aku. Aku pun sama cuma aku masih lagi ingat pada kawan2 yang dulu. Itulah manusia, selalu nak benda yang kita tak ada, benda yang kita tak dapat. Sekarang aku berkawan je macam biasa dengan kawan baik yang dulu cuma aku tak betul-betul buka hati aku, maksudnya aku banyak mengelak dan rasa macam ada gap. Lagipun, aku tak sepenting dulu dah. Pengalaman aku dekat uni pun banyak tinggalkan kesan pada aku. Masalah paling besar aku ni , aku rasa aku terlampau baik dengan orang kot dan aku mengharapkan aku dapat layanan seperti mana aku layan orang tu. Bila aku berkawan dan aku start sayang orang, aku akan betul-betul sayang dan aku akan hargai orang tu gila-gila. Tapi aku tak dapat pun layanan sama macam aku layan orang. Banyak kali aku kena tipu dan orang rosakkan kepercayaan aku. Last-last aku kecewa sorang-sorang.
.Hal kecik je kan? Tapi besar impak dalam hidup aku. Sebab apa? Bila aku rasa aku x boleh percayakan orang, rasa tak dihargai atau aku kecewa dengan orang aku akan jauhkan diri, mengelak. Dan lebih baik aku jauhkan diri siap-siap sebelum mereka semua tinggalkan aku atau diorang buat aku kecewa. Tindakan aku tu macam seolah olah cara aku nak defend diri aku sebelum aku terluka. Aku jadi rimas nak kenal orang. Aku malas nak amik tahu soal orang. Akhirnya, aku start tak keluar rumah, susah nak bergaul dengan orang. Bertahun-tahun aku elakkan diri. Sekarang hidup ‘bersosial’ dengan orang-orang kat luar dah jadi bebanan dah bagi aku. Orang yang aku kenal ke x kenal ke, rapat ke x rapat ke semua aku malas nak amik tahu. Tapi lama lama aku stress sorang-sorang sebab rasa sunyi. Aku tak happy pun dengan tindakan aku ni, tapi entahlah aku pilih cara ni sebab aku nak selamat tapi rupanya tindakan ni yang memakan diri aku. Daripada seorang yang ramah, ceria dan happy go lucky aku dah start jadi menyendiri, x bercakap, stress dan aku start rasa depressed. Aku tak happy langsung wei. Tapi aku nak kembali balik jadi macam dulu susah kot. Aku dah lost kot, nak bergaul dengan orang macam dulu aku dah x pandai. Aku x confidence, aku kadang-kadang boleh terketar-ketar kalau tak selesa dan aku xkan lama-lama mesti rasa nak balik cepat-cepat. Dan kalau aku jumpa orang aku rasa aku hipokrit gila. Aku tak nak senyum, tapi aku kena senyum. Aku tak nak tegur tapi kena tegur. Aku tak nak layan atau tolong tapi last-last aku akan tolong juga. Sebab tu kot aku rasa letih sangat sangat sebab banyak main dengan emosi. Lagi satu, aku banyak sangat rasa bersalah. Rasa bersalah ni aku tak tahulah kenapa tapi dengan semua orang aku rasa bersalah terutamanya dengan parents, bff aku, semualah yang mana masih lagi aku berhubungan sekarang.
.
Jadi apa yang aku nak cakap ialah, daripada semua masalah yang nampak remeh ni sebenarnye boleh membawa kepada banyak kesan negatif pada diri sendiri. Bila tak happy ko akan start rasa hidup ko tak bermakna, ko akan rasa hilang punca. Kata kaunselor aku, ada 3 component penting dalam kehidupan kita. Pemikiran/kepercayaan, hati, dan tingkahlaku. Bila ko dah bina kepercayaan yang negatif ko akan start bertindak seiring dengan pemikiran ko yang negatif sampaikan hati ko terkesan contoh macam ko tak happy sampai hilang punca so daripada situlah semua tingkahlaku ko akan terkesan. Simple, ko x happy, ko x akan enjoy, otak ko akan lemah. Perkara tu akan stuck dalam kepala korang sampailah ko stress dan start depressed. Bila ko dah sampai tahap ni semua benda susah nak buat, semua benda yang ko buat ko akan start rasa serba tak kena. Sekarang yang paling terkesan, belajar aku tak nampak bayang lagi sebab aku terlampau stress dengan apa yang aku lalui sekarang. Kaunselor pesan pada aku, kalau aku nak pulih aku kena sembuhkan emosi aku dulu. Aku kena rasa happy semula, keluar dari kepompong ‘selamat tapi memakan diri’ yang aku bina selama ni. Kalau tak sampai bila-bila aku tak akan ok. Doakan aku. Aku tak tahu macam mana tapi minta doakan aku ya.
– -orked-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit