Assalamualaikum reader IIUMC semua. Selepas aku baca penulisan FS tentang calon calon interview yg beliau pernah panggil, aku juga rasa terpanggil untuk bercerita tntang pengalaman aku di interview beberapa kali oleh beberapa buah syarikat international.
Tamat saja semester terakhir aku berehat selama 2 bulan kerana melahirkan puteri sulung. Selama dalam tempoh dua bulan berpantang aku sign up bermacam macam media jobseek online sperti Jobstre*t,Inde*d,MauKerja,Mudah.my pun. Tak kurang juga aku buat profile LinkedIn supaya lebih banyak peluang kerja ditawarkan. Dipendekkan cerita aku mula dihujani dgn panggilan interview melalui phone calls dan emails. Dan semuanya berpusat di Kuala Lumpur.
Apabila sebut syarikat antarabangsa, tentu tentulah kemahuran berbahasa mat salleh amat amat dititik beratkan. Salah satu company yang interview aku, interviewer tu namanya Paul. Dari Sweeden. Paul tanya soalan soalan yg simple tapi disebabkan aku tak ada pengalaman di interview oleh mat salleh, aku jadi gugup,kecut kembang dah dalam usus. Aku pun silap banyak jugak la terutama bila jawap panjang sngt dan pendek sngat. Lepas tu aku tak boleh senyum sebab aku terkaku. Memang aku rasa tak akan dapat la position tu tapi not bad la untuk dijadikan experience untuk next interview.
Next, ada sebuah company ni pun panel interviewer dia mat salleh dan minah salleh. Pun sama jugak nervous gugup nak cirit semua ada, tapi aku disebabkan sekali lagi aku banyak kaji jawapan dari Google so bila aku tak boleh ingat apa yg aku dah hafal sebelum ni, hmmm sekali lagi memang la aku tak dapat position tu tapi at least aku dapat pengalaman di interview.
Sebenarnya boleh tahan banyak jugak interview aku attend tp tak lepas dan aku tak rasa down atau apa pun sekadar nk gain experience di interview sja
sbb mostly dorg tak belek fail sijil ko pun dan diorang hanya tanya pasal experience kerja ko uang lepas lepas saja dan masa korang study dulu.
Ada juga company yang memerlukan korang jawap soalan atas kertas macam test English korang, Math dan sebagainya. Dah lepas yang tu baru korang dapat chance untuk di interview. Kalau marks korang tak lepas memang terus balik je lah.
Dan kebanyakan company international yang call untuk atur date interview biasanya akan speaks English dan kalau korang jawap dalam bahasa melayu juga, kemungkinan korang tak akan dapat email untuk invitation for interview. So bye bye je lah untuk di interview.
Ok lah aku pun dah tak larat nak menulis panjang lagi sebenarnya banyak lagi aku nak share tapi harini aku dapat call dari salah satu syarikat yang terakhir aku pergi interview haritu. Aku ditawarkan position yang aku minta dengan gaji basic le bih dari apa yang aku tulis sebagai expected salary dalam resume . So Selasa ni aku dikehendaki untuk pergi ofgice diorang untuk ambik offer letter n sign. So bermula 1 November nanti aku dah start kerja. Aku tak penat
nak attend all those interviews tu sebab aku banyak fikir anak aku saja.. mungkin disebabkan aku tak mudah putus asa Allah makbulkan doa aku. Terima kasih tuhan..
– Nix
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit