Assalamualaikum…
Aku yakin isu kerjaya dan keluarga byk kali dibualkan disini dimana ada isu wanita bekerja memilih utk menjadi surirumah sepenuh masa utk menjaga anak yg masih kecil.
Isu kerjaya dan keluarga yg ingin aku bualkan disini mungkin agak lain sedikit kerana isu ini adalah antara kerjaya aku dan ibu aku.
Aku sorg wanita bujang bekerja di KL sementara ibu aku tinggal di Muar. Ibu aku berstatus ibu tunggal, ayah aku telah meninggal dunia 10tahun yg lepas dan aku adalah anak tunggal. Isu aku disini adalah aku serba salah membiarkan ibu aku seorang diri tinggal di Muar. Pernah juga mengajak ibu tinggal bersama di KL tapi dia enggan kerana dia terlalu sayangkan rumah peninggalan arwah ayah itu. Sebaliknya, ibu memohon aku supaya mencari kerja disekitar Muar atau Melaka supaya dapat selalu dekat dgnnya.
Aku pula dah terlalu selesa dgn pekerjaan yg aku ada sekarang. Gaji aku di KL RM3.5k walaupun berstatus fresh graduate. Hampir mustahil aku akan memperoleh gaji sebanyak itu di kampung halaman aku. Pada masa yg sama aku mahu lihat dunia luar dan menimba ilmu di kota metropolitan.
Tipu la kalau aku cakap aku tidak risau melihat ibu aku tinggal seorang diri. Ibu aku berusia 66 tahun (kahwin lambat), tidak educated dan sama sekali tidak tahu drive. 1 perangai ibu aku yang aku tak suka ialah dia selalu berahsia dgn aku kalau dia sakit. Pernah dulu aku telefon ibu berborak macam biasa. Aku ingat tak ada apa2. Bila aku balik weekend, jiran aku bagitahu yg ibu aku admitted hospital 2 hari sebab demam dan ibu aku pesan jgn bgtahu aku. Ketika itu aku sangat marah! Aku merasakan ibu aku menganggap aku sebagai org luar dgn merahsiakan perkara ini. Hakikatnya aku sedar dia cuma taknak aku risau.
Bermula satu persatu tragedi, org pecah rumah sebb tahu ibu aku tinggal sorg diri, ibu jatuh dibilik air berjam2 sendirian dan bermacam2 lg, menyebabkan aku rs ibu aku sgt memerlukan aku.
Ketika ini aku masih belum membuat keputusan. Aku mohon pembaca utk menasihati aku dan membantu aku membuat keputusan.
Sekian. Terima kasih.
– Damia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit