Nama aku Izz and aku seorang perempuan. Kisah aku berkaitan dengan kasih ibu dan ayah.
Ayah aku dah lama meninggal since aku berumur 14 tahun. And now umur aku dah 22 tahun. So basically aku dibesarkan oleh ibu yang begitu kuat bersama dengan dua orang adik dibawah aku. Aku anak sulung. Kepayahan hidup dulu-dulu memang susah. Ibu aku since ayah meninggal, dia macam blank tak tahu nk start dari mana. Apa yang perlu dibuat.Sebabnya ayah aku meninggal mengejut. Kami anak beranak tak tahu ayah ada sakit jantung ke tak. Sebab arwah ayah tak pernah bercerita.
Ayah aku smoker. Tapi aktif bersukan. Suatu malam arwah ayah pergi main futsal. Time tu ayah jadi goalkeeper. Waktu dah habis main futsal, ayah minum air 100plus sekali merokok. Dengan kuasa Allah ayah tetiba rasa sakit sangat dekat bahagian dada. Ayah rushing balik. Alhamdulillah ayah berdaya untuk balik kerumah. Tapi bila dekat rumah ayah makin tenat. Ibu panik. Bayangkan waktu tu dah malam dalam anggaran pukul 11.30 malam. Ibu minta bantuan jiran pergi HSA. Ayah koma dua hari. Waktu tu influenza H1N1 tengah top. Aku dan adik-adik kena gilir-gilir ziarah ayah dekat hospital ditemani dengan makcik saudara aku yang jaga kitaorang sepanjang ayah and ibu di hospital. Alhamdulillah ramai kawan-kawan ayah dari kilang tempat dia kerja melawat. Bos-bos Jepun pun ada turun datang melawat arwah ayah aku. Lepas 2 hari ayah koma, ayah pergi menghadap Illahi. Sungguh waktu tu, even aku time tu masih budak-budak hingusan (form 2) aku rasa macam dunia ni gelap. Aku hilang seseorang yang bernama ayah. Dan mungkin perasaan ibu diuji lagi teruk dari aku. In conclusion, mungkin Allah jadikan ini asbab untuk ayah pergi dan berikan ujian untuk kami sekeluarga.
Ibu and ayah akan selalu spend masa berborak dekat belakang rumah. Sebab dekat situ ada tempat duduk. So remember tak yang aku ada mention ibu aku blank tak tahu apa nak buat after arwah ayah meninggal? Ibu take time juga lah nak belajar semua yang berkaitan. Mujur ayah ada ajar ibu sikit-sikit berkaitan hal rumah, hal sekolah kami adik beradik, insurance,and so on. Itulah hasil dari masa yang diorang spend together waktu malam tu lah. Alhamdulillah ibu mampu berdikari.
Dipendekkan masa, lepas SPM aku futher study dekat Kolej area Johor Bahru. Rumah aku agak jauh juga dari kolej tu. Ambil masa dalam 20 -25 minit untuk sampai. Well biasalah sem 1 -sem 2 aku dapat duduk asrama. Sem 3 dapat duduk rumah sewa (6 orang). Kami menyewa satu sem sahaja sbb owner rumah tu tak bagi sewa dah sebab ada 1 family lain nk menyewa. Sobss..Sem 4 hinggalah sem 5 aku terpaksa berulang alik dari kolej ke rumah dengan menaiki teksi. Yes teksi! Purata harga kalau aku pergi dan balik RM3O untuk sehari sahaja. Tu tak termasuk jem lagi. Sungguh aku banyak susahkan ibu. Pinjaman belajar aku dulu ialah MARA. Setip bulan dapat elaun RM600.
Aku jenis cermat. Aku akan pastikan setiap bulan aku ada simpanan minimun RM400 dalam akaun bank. Duit tulah aku guna untuk balik rumah dengan naik teksi. Tapi tulah, sejauh mana pun berjimat, duit aku habis juga. Mana nak beli buku, bayar yuran, tugasan luar lagi etc. And kebanyakkan spend pada teksi. Dan aku terpaksa guna duit ibu untuk topup. Aku tak pernah makan kafe-kafe hipster, beli Iphone ke tak pernah. Paling mahal aku beli guna duit MARA ialah laptop ASUS. Pakwe? Mula-mula je aku syok tapi takdelah dating berdua. Ibu marah kot. Tapi pernahlah kantoi keluar dengan dia dengan kawan-kawan lain. Lepas kantoi tu, aku bawak balik dia jumpa ibu, and ibu tak berkenan. After a few months, aku tawar hati. Sebab dia sejenis psiko orang nya. Mengongkong pulak tu. Same college different course and sebaya. At the end aku break up. Sebab nak fokus study. Malas nak buang masa katanya.
Dulu lepas ayah meninggal, kami sekeluarga tak ada transport. 100% transport kami adalah teksi. Kereta ayah bank tarik. Sofa, Astro bagai yang guna terms “ansuran bulanan” ibu akan tolak balik. Sebab ibu cakap tak mampu nak bayar bulanan. Kalau sesiapa datang rumah aku time tu memang duduk bawah jelah. Huhu..Ibu nak fokus pada pembesaran kami adik beradik sahaja. Berbalik pada teksi, cakap je nak pergi mana semua depands pada teksi. Dulu tak ada Uber. So boleh bayangkan tak how much duit yang digunakan. Dengan pencen penakat arwah ayahlah ibu survived untuk besarkan kami adik beradik. Sampaikan semua operator teksi dari syarikat berlainan kenal aku 1 family. Name it, Radio Intan, Mawar Radio, Public Cab semua ada contact list. Hahaha. Time ni sedara mara tak pandang pun kami. Tak ada hartaaa. Yang sudi bantu, seorang je. Pak lang and arwah mak lang aku. Diorang rajin jenguk kami kat rumah. Terima kasih pak lang dan arwah mak lang.
Then aku tekad, aku nak ambil lesen kereta. Dengan duit Mara aku kumpul sikit-sikit untuk bayaran lesen. Aku pujuk ibu sampai ibu bagi. Aku yakinkan ibu aku ada duit nak bayar. Alhamdulillah ibu bagi. Dan alhamduillah juga aku berjaya test JPJ dengan hanya 1x percubaan. Ujian komputer pun aku lulus dengan 1x percubaan. Aku ambil lesen time sem 4 tak salah. Dalam masa nak kumpul duit tu, asal cuti sem je atau cuti weekend aku akan buat part time. Nak buat tambah-tambah. Tak boleh depand 100% pada elaun bulanan MARA sahaja.
Dipendekkan lagi cerita, sem 5 aku pujuk ibu lagi. Kali ni harapan nak beli kereta. Serius time tu aku asyik tengok mudah.my je. Dapat kereta second pon jadilah. Beberapa bulan aku tak pegang stereng. Itu pun nasib ada kawan yang ada kereta. Kadang-kadang dia offer aku bawak kereta. Terima kasih Fa (ehemm perempuan ok).So dari situ aku beranikan diri bawak dari area kolej ke mana-mana jelah if diberi peluang drive. Huhuhu. Aku niat beli kereta bukan sebab kehendak. More kepada keperluan family sebenarnya. Duit teksi tu boleh cover duit minyak untuk sebulan kot kalau difikirkan balik. Hahaha.
Aku puas persuade ibu, convince ibu bahawa aku boleh bawak kereta. Ibu fikir baik buruk beli kereta second dan kereta baru. Puas ditanya pandangan dari jiran merangkap kawan baik dia. So ibu bagi deal dekat aku, yang dia boleh tolong bayarkan separuh dan separuh lagi guna duit MARA aku until aku dapat permanent job. Kejadian ni masih berlaku time aku sem last. So dengan bantuan hamba Allah ni, urusan aku dipermudahkan. Alhamdulillah mungkin keberkatan bulan Puasa waktu itu, loan Public Bank aku dalam 3 hari lulus. Dengan downpayment 6K, bulanan RM320 untuk sebuah Axia.
Ya Allah time tu aku bersyukur sangat-sangat. Menangis-nangis aku dalam doaku. The best part is, kereta tu kereta RAYA!! Hahaha..
Mesti korang terfikir mana aku dapat 6k tu kan? Itu sebenarnya portion harta yang arwah ayah tinggalkan untuk aku. Plus ibu dan adik-adik ada bahagian diorg sendiri. Sungguh aku tak pernah tahu. Ibu pun baru bercerita dekat aku pasal hal ini sebelum nak beli kereta. Ibu cakap arwah ayah suruh simpan rahsia until aku dah besar dan selayaknya boleh berfikir secara matang. Before this pun, ibu tak pernah langsung guna duit yang ayah tinggalkan untuk dia. Memang guna pencen penakat sahaja. Sebab kitaorang diajar untuk berjimat cermat oleh ayah. Terima kasih ayah.
Lepas je tamat belajar alhamdulillah rezeki aku terus dapat kerja dalam bidang farmasi even belajar course business. Sempatlah juga tanam anggur selama 2 minggu. Hahaha. So dari situ ibu totally dah serahkan tanggungjawab bayar kereta dekat aku until aku graduate Nov 2016 tahun lepas. And now aku dah kerja dalam bidang aku sendiri. Alhamdulillah.
Dan berita baik juga, loan MARA aku pun dah selesai. Aku sempat bayar 2x sahaja. Aku guna insentif50 MARA tak salah. Terima kasih banyak-banyak MARA sebab beri peluang kepada kami untuk melanjutkan pelajaran.
Ada juga yang tanya, tak sambung degree ke. Sayang berhenti tengah jalan. Sebab aku baru umur 22 tahun. Muda lagi kan? I said, nantilah. Nak beri peluang pada adik last sambung belajar. Tahun depan SPM. Adik kedua aku tu OKU. Masalah pembelajaran lambat sikit. Physically memang nampk normal. Tapi takpe, sedikit sebanyak dia boleh tolong ibu.
Fokus aku sekarang lebih kepada saving, investment, kumpul duit nak beli rumah. Aku suka baca kisah-kisah inspirasi hartanah, investment and segala yang berkaitan . Aim nak kahwin dalam umur 25 tahun. Inshallah. And now masih berkawan dengan seseorang. Berkenalan dari game Clash of Clan a.k.a COC bawa ke whatsapp. If sesiapa tahu nama COC Hummer & Jenko Jr itulah kami.
Dekat 2 tahun dah. Hahaha..Like seriously?? Yess seriously..
Kali ni ibu berkenan. Tapi relationship kitaorg mcm PJJ laa. Dia dekat Kajang aku JB. Dalam 2 tahun kenal, baru 3x jumpa. Ibu dah jumpa dia pun. And tua 4 tahun dari aku. Hahaha. Tak takut ke? Aku serahkan semuanya kepada Allah. Kami usaha selebihnya kami tawakkal. Doakan kami ya?
Akhir kata, susah senang kami adik beradik je yang tahu. Sekarang ni orang nampak senang kami sahaja. Tak apa. Ibu cakap biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dan paling best aku dah boleh tolong ibu dari segi kewangan khususnya. Alhamdulillah.
~Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa~
Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca.
-Izz-
– Izz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit