Surviving Depression

Salam semua. Harap admin dapat siarkan coretan ni. Sebab ramai sangat yang confess depression dia kat sini, Sha tergerak nak kongsi pengalaman dan sikit ilmu yg Sha ada untuk fight depression. First of all, maaf ye admin, Sha terpaksa guna fake email sebab apa yg Sha nak cerita ni berkaitan juga dengan aib Sha dan keluarga. Guna email sebenar nanti admin boleh trace dan kenal Sha, xpasal2 Sha berdosa sebab bukak aib sendiri yang Allah dah tutup. Tapi Sha rasa penting kena kongsi pengalaman sebab makin ramai orang alami depression dan nampak tak berapa tahu nak tangani.

Depression ni punca dia banyak. Antaranya life trauma, other mental/physical problems, negative thinking pattern, medication, addiction, unhealthy lifestyle.. Sha kena depression berpunca dari dua benda: chilhood trauma and porn addiction. Tentang chilhood trauma, dua2 mak bapak Sha jenis abusive parents. Bapak Sha baran dia tak terkawal, kalau tak puas hati dia terus baling benda. Tak puas hati terus jerkah, terus menyumpah, terus pukul. Overthinking sampai semua benda nak kontrol, kami period berapa hari pun nak tau sebab nak suruh pergi masjid, even drama kat TV pun dia bising nak kenapa tak begitu, begini macam yang dia nak. Pendek kata bapak Sha memang ada masalah mental, cuma dia tak membunuh je walaupun banyak kali cakap nak bunuh diri.

Lebih malang lagi ialah mak Sha ni submissive melampau. Dia pilih untuk stay dalam perkahwinan dan taknak bercerai dengan alasan dia takde pencen, takde sara hidup. Kalau mak pilih nak stay dengan sabar dan tabah tak apa juga… sebaliknya mak jadikan kami punching bag, tak dapat nak melawan bapak depan2, dia maki hamun kat depan kami, mungkin dengan harapan kami jadi dinding tak rasa apa2. Mak tak fikir jiwa anak2 ni yang rosak dalam hidup camtu. Tak fikir kitorang jadi anak2 yang bermasalah sikap, rendah diri, benci ibu bapa sendiri… Selalu Sha fikir lebih baik jadi anak yatim dari ada bapak tapi benci. Sekurang2nya takde la buat dosa.

Seorang mak/bapak patut melindungi anak2 dari keganasan pasangan dia. Bukan pentingkan kehendak sendiri… ingat tu readers.

Kedua tentang porn addiction, Sha terdedah dengan porn sejak kecik melalui makcik2 Sha. Masuk asrama, terpengaruh pulak dengan kawan2. Sha mula pandai masturbate. Dapat internet, layan website porn pulak. Tapi Sha tak pernah download dan simpan. Sha tau benda tu haram ditengok. Tak ada manfaat apa pun yang dapat dari porn melainkan rasa bersalah lepas tengok. Rasa tertekan sebab jadi fake depan orang. Belakang perangai macam syaitan. Lagi menambah stress sebab Sha belajar agama. Lama Sha bergelut dengan masalah ni dan cuba ubah diri. Paling lama Sha berjaya ialah setahun, sebab sibuk dengan persatuan pelajar. Turun dari jawatan exco terus buat perangai balik…

Penangan depression ni Sha kena lepas turun exco tu. Masa tu tengah high layan porn. Tak tahulah kenapa, mungkin Sha rasa itu jalan untuk escape daripada stress dalam keluarga Sha. Start dengan anxiety attack, Sha tercungap2 tak cukup nafas. Nak kata asma tak ada wheezing. Tapi paru2 cam tak nak kembang. Jadi pening, seram sejuk dan menggeletar. Berbulan2 Sha camtu sampai rasa nak mati dah ni… Pergi hospital swasta, doktor bagi ubat asma. Sha tak puas hati sebab Sha tau ini bukan asma. Kecik2 dulu pernah asma so Sha tau asma tu macam mana. Cuba search2 internet, Sha jumpa pasal anxiety attack dan cara nak kawal dia. Sha cuba buat, baring pandang siling, fikir benda baik2, bayangkan benda baik2, surprisingly ia menjadi. Lepas2 tu Sha baru sedar benda tu memang anxiety attack. Bila Sha cemas about smthing mula la nafas pendek, tangan menggeletar. Sha akan cepat2 kawal nafas semula atau duduk dan bertenang.

Habis degree, Sha dapat kerja idaman di sebuah syarikat media. Bapak tak suka, tapi lantak la Sha pekakkan telinga. Selama ni Sha memang ambik port apa bapak cakap sampai terpengaruh dengan perangai bapak, sekarang Sha belajar pekakkan telinga dan set boundaries. Kat opis Sha kerja sungguh2. Orang balik pukul 5, Sha balik pukul 8 malam. Siap bawa balik kerja dan sambung sampai tertidur. Dunia media kau tahulah terikat dengan deadline, semuanya serba pantas. Jiwa rapuh macam Sha tak sesuai. Stress mula jejaskan fizikal Sha. Tak lalu makan dan berat turun mendadak. Otak jadi slow amat2 slow, nak membaca pun jadi kerja yg susah pada Sha. Baru masuk baris kedua, Sha dah lupa baris pertama tadi cerita apa, ulang balik dari awal. Driving pun Sha lupa mana satu pedal minyak dan brake, lupa mana kedudukan gear (Sha bawak manual). Kena marah dengan bos, Sha ambik ati dan nak ngamuk pulak. Masa tu tak terfikir lagi benda ni depression.

Kawan suggest pergi rawatan Islam. Dia kata mungkin ada gangguan makhluk halus sebab staf2 sebelum ni pun ada yang kena macam Sha. Sha pergi la, setahun buat rawatan. Secara rohani tu memang Sha rasa improved. Sha belajar doa2, kuatkan spiritual. Tapi secara psikologi Sha rasa makin teruk dan trauma. Perawat ni bukan semuanya betul, kalau nasib hari tu dapat yang tak elok, tak jaga maruah kita, rasa macam kena cabul pun ada. Tapi masa tu Sha tak dapat nak stop sebab mindset terlalu yakin ubatnya di situ. Sha doa kat Allah bagi Sha petunjuk, bantu Sha bangun sendiri dan stop jumpa diorang. Alhamdulillah Allah makbulkan, Sha mula pertimbangkan rawatan lain: Self healing dan hospital.

Hasil ujian saringan tu memang Sha terus dirujuk ke klinik psikiatri. Sha tak rasa perlu pun sebenarnya, sebab Sha masih boleh kawal diri. Tapi ikhtiar punya pasal, Sha cuba jugak selagi benda tu halal. Jumpa doktor, ingat dia nak consult masalah Sha ke apa, rupanya terus prescribe ubat je. Hurm… ok. Otw ke farmasi hospital, Sha ternampak mak kat luar farmasi. Mesti Bapak ada kat dalam untuk ambik ubat dia. Sha tau bapak pun ada appoinment haritu, tapi tak sangka la nak bertembung. Kang bapak tanya macam2, malas nak menipu. Sha patah balik dan lupakan tentang ubat penenang. Stress ke apa lepas tu Sha tanggung sendiri. Sekarang baru Sha nampak hikmahnya Sha terhalang dari ambik drugs.

Sha cuba self-healing, pertama dengan cari maklumat. Sha baca tentang psikologi, neurologi, kimia2 badan, pemakanan, pemikiran, apa sajalah yang berkaitan Sha akan baca. Sha cuba faham apa yang sebenarnya berlaku kat Sha.

Kedua, pemerhatian. Sha perhati cara pergaulan orang sekeliling Sha. Kadang member tu sama2 kena marah dengan bos, tapi kenapa dia boleh cope dan Sha tidak? Member ni sama2 kejar deadline macam Sha, tapi dia boleh lagi gelak2 sambil buat kerja, Sha dah macam nak bunuh orang. Kenapa? Mesti cara dia fikir berbeza dengan Sha, sebab tu tindakan pun berbeza. Sha kena belajar dari dia.

Ketiga, bertukar pandangan. Syukur, adik Sha ambik jurusan psikologi. Dia banyak borak dengan Sha tentang kehidupan. Apa isu yg kami bual, mesti selit tentang cara berfikir dan handle situasi. Bagi korang mesti bosan perbualan camni kan. Bagi Sha, benda ni jadi terapi yang banyak bantu Sha ubah cara fikir.

Keempat, keluar dari situasi. Jangan peduli kata orang dan sedia korbankan benda yang kita nak. Macam Sha, sayang sangat kerja di bidang media. Tapi tau Sha tak mampu. Dengan berat hati Sha resign. Sekarang Sha kerja tadika dekat dengan rumah. Walaupun gaji sikit tapi dekat dengan mak, takde traffic jam, kerja handle budak2 comel naif, Sha rasa tenang. Tapi walaupun rumah dekat, Sha tetap menyewa di luar sebab taknak duduk sebumbung dengan Bapak. Bila nampak perangai buruk mak Bapak, Sha akan rasa benci. Cukuplah Sha taknak benci diorang lagi. Masing2 dah tua Sha cuma nak hidup tenang je. Hujung minggu Sha tetap balik bersihkan rumah dan berkhidmat pada diorang semampunya.

Kelima, UBAH CARA FIKIR. Ini sangat penting. Pengalaman Sha, inilah yang banyak membantu Sha sembuh dari depression. Ubah cara berfikir, ubah tanggapan pada hidup. Selama ni Sha fikir kita mampu ubah keadaan, sebenarnya ada situasi yang kita tak mampu ubah. Bila tak mampu ubah, jadi depressed. So jalani seadanya dan doa Allah beri pahala. Selama ni Sha salahkan mak sebab taknak lepaskan diri dari Bapak, sekarang Sha terima itu adalah jodoh yg Allah tulis untuk mak. Sha pilih untuk bersama mak hadapi suratan hidup dia. Tadah je telinga dengar maki carut. Rasa tak tahan, lari la balik rumah sewa. Huhu. Banyak fikiran negatif yang selama ni menghasilkan tindakan buruk, Alhamdulillah Sha dah berjaya ubah. Sekarang Sha lebih tenang dan respon dengan baik pada cabaran hidup. Alhamdulillah.

Sains dah akui yang chemical imbalance bukan punca depression. Allah jadikan otak kita ni satu sistem yang hebat, ingat boleh senang2 ke nak hilang imbangan. Masalah timbul bila kita stress berterusan, macam Sha hidup dalam stress tanpa sedar pun benda tu stressor. Sampai limit dia otak dah tak boleh control, berlaku la chemical imbalance. Ada jugak berlaku chemical imbalance sebab pemakanan, kenalah jauhi makanan tu. Ada orang alami chemical imbalance sebab keracunan merkuri pada tampalan gigi. Bila dia buang tampalan merkuri tu, depression dia sembuh. Chemical imbalance ni bukan la benda yang patut kita tenyeh dengan drugs, melainkan kita sendiri kena tangani stress dan kembali seimbangkan hidup.

Macam mana pun kita ambil drugs, kalau stressor keliling kita tak diubah, atau pemikiran kita yang tak berubah, maka tak sembuh2 la depression tu… Tapi jangan salah faham, korang yang on-medication bukan Sha nak suruh stop. Mungkin drugs tu memang perlu untuk korang, teruskan. Nak stop pun kena berperingkat, kena pantauan sebab ada withdrawal symptom. Pandai2 nak berenti tanpa nasihat doktor, akibat dia korang tanggung la sendiri. Sha bukan nak jadi doktor google ye. Maklumat ni untuk panduan Sha, kalau berguna untuk korang ambillah. Atau lebih baik korang search sendiri apa yang Sha tulis ni. Semua dah ada dalam internet. Ada juga jurnal dari Harvard dan Scientific American. Bila Sha baca semua tu subhanAllah rasa kagumnya dengan potensi manusia. Allah pilih kita jadi khalifah dan Dia dah siap lengkapkan kita dengan equipment yang hebat2 tak terjangkau akal. Tapi sebab Sha ni tak berilmu, selalu sia2kan nikmat tubuh badan pada perkara lagha.

Yang terakhir, doalah banyak2 setulus hati. Allah dengar. Allah lihat kita tengah fight. Kadang Sha tak tahu nak minta apa sebab rasa numb sangat. Tapi sebaik lidah sebut, Ya Allah, saya sayang kamu. Tangan saya tak kuat nak pegang kamu, tolong jangan lepaskan saya.. Automatik airmata berjujut jatuh dan keluar macam2 idea nak mintak dengan tuhan. Sha selalu terfikir macam mana orang Palestin yang bergolak tu hidup? Diorang tak depressed ke? Takde pulak dengar diorang bunuh diri atau bunuh ahli keluarga sebab stress dengan Israel kan? Jawapannya ada pada hubungan dengan Allah. Diorang sentiasa ucapkan, HasbunAllahu wanikmal wakeel… cukuplah Allah jadi pembela.

Sekian perkongsian dari Sha. Maaf kalau ada yg tak jelas. Banyak lagi step yg Sha ambil tapi kena buat 2nd confession la..haha. Terima kasih kalau admin sudi publish. Kalau admin baca sorang pun takpe la share dengan kaum kerabat sahabat handai ye. Pesanan Sha kepada depression fighter semua, it’s okey kalau kamu nak down sekejap, lepas tu bangunlah. Tolong diri sendiri. Semak balik di mana punca depression dan ubah perlahan2. Seriously, otak kita hebat, tubuh kita hebat. Tunggu kita bangun dan gunakan mereka dengan betul.

Perjuangan kita ni sunyi, tapi jadikan sunyi tu ‘quality time’ kita dengan Allah. Depression ni ujian untuk kamu, sesuai dengan kehebatan kamu tapi mungkin kamu belum sedar. Berhenti harap pada manusia. Ikatkan hati pada Allah walaupun kamu hilang harap dan tak nampak masa depan. InsyaAllah lepas semuanya berakhir, kamu akan tersenyum lihat semua doa kamu dijawab. Kamu akan tak percaya macam mana kamu boleh lepasi saat tu.. dan akhirnya sedar Allah yang jaga kamu selama ni..

Fighting! :)

– Depression Survivor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit