Saya ada kakak dan adik lelaki, masalahnya layanan ibu saya antara anak lelaki dan perempuan berbeza. Pada mulanya saya abaikan saja perasaan ni tapi bila fikir layanannya kepada anak perempuan dari zaman kecil sehingga sekarang memang tidak berubah.
-Masa zaman kanak-kanak, ibu pernah letakkan saya diluar rumah pada tengah malam sebab bergaduh dengan adik lelaki saya. Ada jiran nampak dan mengadu kepada ayah saya yang kerja di negeri lain.
-Saya tak pernah mengadu kepada ayah saya sebab ayah lagi garang. Tapi ayah saya seorang yang penyayang dan tidak pernah pukul saya sekali pun.
– Ibu pernah cakap depan keluarga dan didepan muka saya sendiri yang saya ni anak dara tua dan takkan melahirkan anak. Saya 30++ (jodoh belum ada) tapi saya berdikari dan bekerja. Setiap bulan saya masukkan duit untuk ibu dan adik saya .
– Sepanjang kakak dan saya di rumah, kamilah yang menguruskan rumah dan ibu hanya berehat tapi tak ok juga. Sebaliknya jika menantu perempuan dia balik, ibu yang menguruskan rumah tetapi tiada masalah baginya.
-Pernah kakak saya sarat mengandung menangis kerana ibu buang makanan yang dia masak.
-Waktu kakak-kakak saya bersalin, ibu bising sebab kena jaga kakak dalam pantang ( anak pertama shj) sedangkan dia teruja untuk menjaga menantunya bersalin di negeri lain tapi saya tak benarkan.
-Waktu ibu membuat pembedahan, saya yang berhenti kerja dan balik menjaganya. Kakak dan adik saya balik sekejap sahaja sebab kerja dan ada keluarga.
– Ibu selalu ungkit yang dia sakit teruk waktu mengandungkan saya. Saya susah dijaga waktu kecil sehinggakan ayah saya ambil mak cik saya untuk jaga saya sementara.
– Kebanyakan barang yang ibu nak saya belikan tapi dia kutuk barang yang saya beli. Kalau barang yang adik lelaki saya beli, bertahun-tahun dia ulang pada saudara mara yang anak lelaki dia belikan.
– Saya memandu 8 jam balik untuk bawa dia ke hospital sebab strok tapi dia marah-marah paksa dia. Saya dapatkan temujanji dengan doktor dia tak nak pergi. Tapi dia cakap dengan saudara mara anak tak bawa dia pergi hospital. Lepas tu saya tak pernah paksa dia pergi hospital.
-Ibu tidak pernah telefon kakak dan saya untuk bertanya khabar melainkan untuk minta wang atau belikan barang. Sebaliknya, 1bulan sekali dia akan telefon anak-anak lelakinya. Pernah saya dengar dia cakap tak ada benda nak cakap dengan kami.
-Ayah saya pernah menegur dia sebab layanan tidak adil kepada anak-anak. Ibu cakap yang akan jaga dia waktu tua nanti adalah anak lelaki bukan anak perempuan. Dia cakap susah jaga anak perempuan macam jaga sekandang lembu. Anak-anak perempuan dia ni tak pernah sekali pun conteng arang ke muka keluarga.
-Sekarang, saya balik 3@4 kali setahun sahaja.
– Saya pun tak tahu nak buat apa sebab hubungan kami tak mesra macam adik lelaki saya dengan ibu. Adik-adik lelaki saya baik dan tak pernah menghasut ibu untuk membenci kami. Hubungan kami dengan ayah tiada masalah sama ada di pihak anak lelaki atau perempuan.
– Keliru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit