-dilema anak yang jaga ibu dan ayah-
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih jika confession ni diterima dan dipaparkan di laman iium confession. Sejujurnya, aku beranikan diri untuk tulis confession ni sebab aku rasa sudah terlalu tenat. Aku bukan nak buka aib keluarga aku. Aku hanya nak minta pendapat semua based on situasi yang aku hadap sekarang ni.
Pernah tengok citer melayu yang story dia mak pak lebih sayangkan anak yang duduk luar daripada anak yang duduk serumah dengannya. Senang citer anak yang duduk serumah tu bagi diorg adlah satu beban. Mesti adakan yang tengok citer lebih kurang macam tu. Tapi apa yang terjadi dalam keluarga aku lain tapi akhirnya aku takut penamatnya jadi macam dalam drama tu.
Aku bahasakan adik beradik yang jaga kami sekarang ni cukuplah sekadar DIA sahaja. Okay, aku mulakan ya. Dia telah membuat keputusan untuk menjaga kami pada beberapa tahun yang lepas. Kami pun terima dengan terbuka hati dan sangat mengalu-alukan kedatangan dia untuk duduk serumah dengan kami. Awal2 tu alhamdulillah semuanya okay. Mak pak pun suka sangat dengan sikap si dia ni. Sebenarnya memang dari dulu lagilah mak pak puji dialah anak yang banyak tolong diorang bila dah kerja dari anak2 lain yang dah bekerja tu.
Tapi manusia boleh berubahkan. Mungkin disebabkan faktor masalah dia dan keluarga dia salah satu sebab dia mula berubah dengan mak pak. Dia mula merungut banyak yang kena bayar. Hampir 80% jugalah bil2 yang dia kena bayar. Yang lain pak yang bayar. Muka pun selalu ja tak gembira macam ada banyak masalah. Gaduh jugalah pak dengan dia pasal isu ni. Pak memang panas baran sikit. Mak pula masih lagi bersabar dan cuba jaga hati dia walaupun kadang2 tu dia tertinggikan sikit suara kat mak dan pak. Kalau nak diikutkan, selagi tak minta maaf memang dicop anak derhaka. Tapi mak cuma hadam saja dan masih lagi layan dia dengan baik walaupun dia jaranglah nak minta maaf dengan mak pak kalau dia buat silap.
Bila dah banyak kali dia ungkit pasal isu tu, mak pujuk pak supaya bertolak ansur sikit walaupun mak dan pak dah tak berkerja lagi sebab dah tak kuat lagi dan hanya harapkan duit hasil dari kebun pak sendiri ja. Okay, pak terima dan pak pun tolong dia bayar yang mana pak mampu.
Tapi makin lama makin menjadi perangai dia. Banyaklah juga dia terguriskan hati mak pak. Mak pak pula lama-lama dah jadi tawar hati. Kalau dulu selalu dipuji, sekarang bila dia kerja ja, mak pak mula ngadu dan cakap2 buruk pasal dia kat aku. Si dia pun sama jugak ada cakap2 pasal mak pak kat aku. Akhir2 ni, aku rasa macam dah semakin tenat. Mak pak start mogok asyik asingkan diri saja bila dia balik kerja. Kata diorang nak ajar dia sampai bila mereka nak sembah dia. Kali ni, mereka memang betul2 berkeras dengan dia. Cakap pun tak banyak dah sekarang ni antara mereka bertiga.
Kenapa tak ngadu kat adik beradik lain? Mana tahu diorang dapat masuk campur sikit atau tegur perangai si Dia tu. Dah. Banyak kali. Tapi apa jawapan diorang? Biarlah jangan fikirkan masalah diorang bertiga. Tu ja jawapannya. Hey, kau cakap macam tu bolehlah sebab kau tak hadap diorang ni hari2. Aku ni yang duk jadi cctv teragung kat rumah ni takkan aku nak buat dunno ja tak fikirkan bila masalah ni nak selesai. Aku cuba taknak masuk campur. Tapi dalam hati siapa tahu kan. Setiap hari aku berdoa agar diberikan kemanisan dalam keluarga di rumah ni. Aku sangat rindu gelak tawa dalam rumah ni. Aku nakkan life macam dulu. Itulah yang selalu main di minda aku. Macam mana kau nak aku jangan fikirkan benda ni. Kadang2 bila terlalu fikirkan boleh jadi mental. Actually, sebenarnya banyak masalah dalam keluarga aku ni dari dulu lagi. Tapi cukuplah aku story pasal isu anak yang jaga mak pak ni. Kalau nak cerita macam2 masalah keluarga yang dari dulu lagi aku hadap.. aku rasa boleh buat novel berjilid-jilid kut.
Buat masa sekarang ni aku ambil keputusan untuk diam saja. Bila mak pak ngadu, aku angguk dan jawab oh.. Dengan si Dia pun sama.. aku jawab tiga perkataan ja. Oh.. ye ke. “Kau lah sendiri pergi nasihat.” Dah awak. Dah.. aku dah bagi nasihat dan dah cakap pun kat si Dia tu ubahlah perangai tu tapi aku rasa dia macam acuh tak acuh ja dengar. Terpulanglah pada dia nak dengar ke tak. Prinsip aku kalau orang yang kita nasihatkan tu macam endah ja memang aku akan buka mulut sekali ja. Parents? Ada sikit ja lah aku buka mulut just nak redakan hati mereka yang masih panas tu tapi biasalah nama pun mak akan fikir ke lain walaupun hang di pihak neutral. Bila terpacul kata2 lebih kurang macam ni “Suka hati kalau korang adik beradik nak sebelahkan dia. Dia kan banyak bantu korang semua. Tak apalh, kami tak kisah.” Okaylah, walaupun aku menidakkan apa yang mak kata tu tapi aku dah buat keputusan untuk tutup mulut.
Jadi di sepanjang aku cerita ni.. aku cuma nak tanya pendapat semua yang baca confession aku ni. Mungkin ada yang pernah ada pengalaman sebegini. Patut ke aku terus diamkan diri ataupun patut ke aku buka mulut kat si Dia yang sebenarnya mak pak dah tawar hati dengan sikap dia sebegitu? Ataupun cuba nasihatkan dia lagi? Boleh bagi tips nasihat macam mana? Sebab aku rasa dia belum sedar lagi dengan apa yang dia buat walaupun mak pak dah mula mogok macam tu pun aku rasa dia belum sedar kenapa sikap mak pak berubah sejak akhir2 ni.
Dan lagi satu. Based on perenggan pertama pasal drama melayu tu, aku cuma nak pesan kepada anak2 kat luar sana.. Nak jaga mak pak ni memang banyak rahmatnya. Besar pahala yang kau akan dapat. Tapi! Kau kena ikhlas. Jangan buat keputusan drastik untuk menjaga mak pak ni dan fikir baik2. Jaga mak pak ni dengan rela hati atau dengan hati yang terbuka. Sabar tu pun sangat dituntut. Bila kau buat keputusan yang terburu-buru, mula2 tu memanglah ikhlas tapi lama kelamaan perasaan ikhlas tu akan pudar dan kau mula merungut. Ingat, banyak kali kau buat taik dengan mak pak kau, hati mereka yang mula2 ikhlas tu pun lama2 pun akan jadi pudar jugak tau. Dan pengakhirannya mungkin akan jadi seperti drama melayu tu.
Kira untung kau tak jadi macam drama tu. Dapat mak pak yang jenis not open mind macam drama tu matilanak. Tapi drama ja kan. Aku rasa tak mungkinlah ada mak pak yang macam tu kat dunia ni. Diorang sebenarnya lagi suka bila ada anak yang nak jaga mereka. Melainkan kau sendiri cari penyakit memang tak imposibble lah mak pak akan berubah hati dengan kau. Jadi sentiasa postive vibes dan sabar. Ya, memang banyak cabaran jaga mak pak ni. Sabar dan sabar. Memang banyak pahalanya awak.
Tapi dik, kau boleh sabar ke bila anak2 yang duduk luar tu bila balik ja mesti punyalah anak yang duduk kat rumah ni akan kena kemas rumah. Itupun salah satu cabaran jugak bila jaga mak pak. Dan itu pun salah satu punca hati kita
akan berubah.
.
Okay, kalau bab tu aku pun nak tegaskan sebenarnya kat adik beradik yang lain tu. Kalau dapat yang jenis sebelum balik tolong kemas sikit2 yang boleh ringankan mak dan anak yang kt rumah tu okaylah alhamdulillah. Tapi dapat yang jenis balik biar ja rumah mak pak bersepah tu aku pun tak sabar. Jadi bertolak ansurlah. Anak yang kat rumah tu bukannya bibik korang. Tolong tolak ansur sikit, ya. Bab kewangan pun sama. Balik tu hulur sikit bagi yang dah bekerja. Itupun dah buat mereka happy. Tak mampu? 50 ringgit pun diorang bersyukur. Pengorbanan mak pak lagi besar tau nak dibandingkan dengan kita yang nama anak ni. Dan jangan fikir oh dia dah jaga mak pak biar pi lah. Kita boleh lepas tangan. Pesanan aku, jangan awak. Dia pun ada tanggungjawab. Macam aku cakap tadi. Tolak ansur. Insyaallah, mak pak gembira. Anak yang jaga mak pak tu pun lagi ringan nak jaga sebab masing2 bertolak ansur dan tak lepas tangan walaupun tak duduk serumah.
Okay, di sepanjang korang baca ni sebenarnya 3 in 1 macam nescafe 3 in 1 tu haha. Kesimpulannya kat sini ada tiga. First, aku nak tanya jalan penyelesaian yang keluarga aku hadapi sekarang ni. Kedua, sekali kau buat taik mak pak boleh berlembut lagi. Tapi bila berkali-kali, kau ingat mak pak nak hadam lagi ke? Fikirkanlah. Selagi boleh diubah, ubahlah. Insyaallah, mak pak kau akan terbuka hati untuk kau lagi. Dan terakhir sekali, ingat anak yang duduk di rumah tu hanya jaga mak pak korang saja bukan bibik korang. Saling tolak ansur ya.
Di sepanjang aku tulis ni, kalau ada yang tersinggung hati aku minta maaf dulu nah. Ada yang tersirat dan ada yang tersurat. Ambil yang jernih buang yang keruh. Demi kebaikan bersama. Insyaallah, keluarga bahagia pasti on the way.
Mohon share pendapat masing-masing ya pasal pertanyaan saya tentang cerita antara dia dan mak pak tadi tu. Assalamualaikum.
-miss cctv-
– Miss Cctv
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit