Assalamualaikum,
Sebenarnya ramai je orang menghadapi masalah macam aku, gangguan jin. Aku percaya yang “I’m not alone”. Cuma sekarang aku rasa sangat kecewa dengan diri atas masalah yang aku hadapi ni, sebab kadang2 aku rasa tak kuat, aku seorang yang penakut bila berseorangan, aku rasa it will stuck with me forever.
Kalau korang tanya dah pergi berubat ke? Yess, so far memang dah pergi berubat, aku pernah berubat kat darusyifa beberapa kali tapi x tunjukkan apa2 respon. Mungkin masa tu gangguan aku tak seteruk sekarang. Setakat ni ada dua orang ustaz sahaja yang akan bagi aku respon, kalau berubat dengan salah satu antara mereka ni memang aku akan kerasukan, menangis, ketawa, menjerit, dan benda tu akan berkata-kata.
Satu malam ni, aku sembahyang brjemaah di rumah kenduri, bila imam mula berzikir, aku rasa gelisah, tangan aku menggigil, sejuk satu badan, aku takut kalau2 aku akan kerasukan sebab ada ramai orang. So cuba kawal, tp aku rasa aku lemah, alhamdulillah aku dapat kawal walaupun air mata keluar, sebab aku tahu yg menangis itu adalah jin dalam badan aku. Aku rasa pelik, sebelum ni aku solat jemaah di masjid, dengar zikir aku tak kan rasa gelisah atau menggigil macam tu. Setiap kali aku berzikir lepas solat pun aku rasa biasa saja.
Lepas kejadian tu, selepas solat isyak, aku cuba lagi berzikir, aku doa dalam sujud, minta Allah matikan musuh2nya yang ada dalam badan ku, minta perlindungan Allah. Saat aku berdoa, perasaan gelisah itu muncul kembali, aku lihat tanganku menggigil, dalam hati aku, “what the fishh!!?, dah lah sorang2 dalam bilik” bila aku baru nak mula berzikir tiba2 ketukan meja disebelah aku. “And i was like, stand up, buka telekung, x nak tengok kiri kanan, keluar bilik, terus berlari turun ke ruang tamu”. Korang boleh nampak kan betapa penakutnya aku. Baru dengar bunyi, ntah2 bunyi cicak lalu je. Hahaha, Please!!! What should i do untuk hilangkan rasa takut ni.
Bila aku baca al-quran, alhamdulillah, setakat ni tiada lagi rasa gelisah, yang ada cuma ketenangan. Masa berubat, benda dalam badan aku tu memang pernah cakap yang dia paling benci bila aku mengaji, baca ayat kursi, dia benci sangat2 bila aku sembahyang. Nampakkan, sebab tu kadang2 aku susah khusyuk bila solat, lupa rakaat paling kerap. Tapi ustaz pernah nasihatkan aku, bila nak khusyuk dalam solat kita kena ikhlaskan diri kita.
Kelibat. Yes memang selalu nampak kelibat. Kadang2 rasa ada seseorang berlari kearah aku dari belakang tapi bila aku toleh its nothing! selalu juga nampak seperti ada kelibat laju yang lalu.
Aku tidak akan menatap mata orang bila bersemuka, aku rasa aku takut pandang orang, bertentang mata dengan orang. Bila berbual dengan rakan lelaki atau perempuan aku akan tengok tempat lain, i hate eye contact, Adakah disebabkan jin??? I dont know…
Aku tahu, ramai orang menghadapi masalah macam aku, benda macamni memang sukar untuk diubati, ada yang memakan masa bertahun-tahun. I just need some advice, dan doakan aku.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
L