Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih jika coretan aku ini disiarkan. Mungkin IIUM bukan medium yang tepat. Tapi aku cuba juga beriktihar agar sakit yang aku tanggung selama ini dapat dipulihkan.
Aku lelaki..dan tahun ini aku sudah berusia awal 30-an. Aku lulusan degree dari salah satu IPTA dan sekarang bekerja tetap di sebuah GLC. Sejak bulan ogos atau september 2006, aku menghidap satu penyakit misteri (jika ia boleh disebut sebagai penyakit).
Penyakit misteri tu adalah tak selesa dan rasa menganggu di bahagian alat sulit. Susah untuk digambarkan macamana rasa tak selesa tu. Walaupun aku masih boleh meneruskan rutin kehidupanku seperti biasa (dari zaman belajar sampai kerja), tetapi sedikit sebanyak ia menganggu fokus dalam apa jua pekerjaan / aktiviti yang aku lakukan selama ini.
Pelbagai cara dah usaha dalam tempoh 11 tahun ni aku dah iktihar. Antara kaedah moden yang aku cuba ialah berjumpa dengan Dr. Ismail Tambi, pakar sakit tuan. Dia gagal mengesan punca penyakit aku.
Aku juga pernah syak samada ini adalah buatan orang, atau aku terlangkah tempat-tempat tak sepatutnya (fahamkan maksud aku?). Jadi aku ada jumpa dengan beberapa pakar rawatan Islam. Walaubagaimanapun selepas itu sakit ini masih ada. Tapi, aku pernah dengar jika buatan orang, antara tanda-tandanya akan dapat mimpi yang bukan-bukan. Setakat ni aku tak pernah dapat mimpi yang masuk kategori bukan-bukan tu.
Aku juga pernah jumpa dengan pakar homeopathy. Pun takde kesan mujarab. Ada satu cara lagi yang aku terfikir untuk cuba iktihar. Tapi selama ni aku takut nak cuba, iaitu mengurut. Mungkin ada tersalah urat ke dibahagian alat sulit yang menyebabkan aku rasa macam ni. Untuk makluman (malunya), aku mula amalkan onani sejak berusia 6 tahun lagi. So adakah perbuatan onani tu ada kaitan dengan penyakit misteri yang aku rasa selama 11 tahun ni? Selama ni aku elak daripada mengurut sebab takut tukang urut tu tersalah urut. Nanti masalah lain pula jadi (contohnya senjata kelakian dah tak boleh berfungsi).
Jika ada sesiapa yang boleh mengenalpasti apa sebenarnya sakit aku ni, atau kenal sesiapa yang boleh mengubati, sila tinggalkan komen. Nanti aku akan PM. Budi baik dan keikhlasan orang yang cuba tolong sangat aku hargai. Hanya Allah sahaja boleh membalas.
– Hamba Tawakal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit