Orang Dalam

Salam.
Sebelum apa2, aku nak ucap terima kasih kat admin sebab benarkan post ni terpapar di wall anda.

Aku dah lama perhati budaya Orang Dalam ni berleluasa. Tapi, aku tak amek port sangat sebab aku belum nampak betapa ianya sangat memberi kesan kepada orang lain.

Pada aku, ada beza antara ‘guna orang dalam untuk dapat kerja terus’ dengan ‘guna orang dalam untuk tahu ada kerja dalam sesuatu company’. Kerja kerani aku sekarang pun, ada orang bagitahu aku kat company aku sekarang ada kerja. Aku terus submit resume, go through interview, and baru dapat. Position aku sekarang pun bukan staff dalam company tu yang bagitahu. Staff company sebelah yang bagitau yang ada kekosongan. Aku diberitahu, bukan aku sorang je yang datang interview untuk position ni. The point is, aku nak bagitau, Ya, aku masuk kerja menggunakan kenalan. Tapi, kenalan itu hanya bagitahu ada kekosongan sahaja. Aku bukan setuju statement ‘guna orang dalam untuk tahu ada kerja dalam sesuatu company’ kerana aku berada di situasi ni, tapi, pada aku situasi ni lebih fair berbanding statement yang satu lagi tu.

Berbeza dengan ‘guna orang dalam untuk dapat kerja terus’. Aku ada pengalaman melihat sendiri bukti bahawa bila kau confirm dapat kerja bila ada mak/ayah/pak menakan/mak menakan dan sewaktu dengannya. Kau lalu proses hantar resume, resume kena tapis, result kau lagi bagus, communication skills kau lebih bagus, kau kne pg interview, interview session kau jauh lebih lama dari orang lain, sudahnya, position yang kau nak mintak tu, orang yang ada orang dalam kat dalam company tu yang dapat. Apa kau rasa?

Perkara ni sangat berleluasa dalam sektor kerajaan. Mungkin bukan semua, aku xnak la judge semua jabatan kerajaan buat macam ni sebab aku tau ada je yang ikut prosidur yang betul. Tapi most of them. Please jangan denied dan jangan marah. Ini realiti beb. Baru-baru ni ada exam untuk jawatan kerajaan. Aku ada sit gak exam tu. Siap bincang dengan kawan2 jawapan exam. Tp, lepas exam la. Quite impressive la skor kami. Tp bila tgk result, ‘dukacita dimaklumkan bahawa….’ Aku kata kat kawan2 aku, mungkin yang dapat tu semuanya full marks kot. Bukan rezeki kita la tu. Tapi, ada la sorang member dalam group kata, kawan dia dapat. Mak ayah dia kerja situ. Apa kau rasa?

Kebetulan cerita pasal kerja ni, ada satu lagi isu yang aku nak raise up. Isu buka vacancy kat awam, tapi vacancy itu hanyalah sebagai satu prosidur wajib bagi sesebuah agensi/company ( and again, it is about government ). Yang ni pun aku dah dengar banyak. Aku dengar bukan rumours ok tapi, staff yang kerja kat situ gak. Katanya, katakan ada kekosongan, staff situ akan bgtau segala sedara mara kat situ siapa nak kerja kat situ. For sure kau dah ada list of people yang kau nak hire. Macam yang aku cakap tadi, aku tak kisah pun kau nak bagitahu orang. Tapi, masalahnya di sini, bila mana, kau tahu dah kau nak amek orang tu, tapi kau buka vacancy tu pada orang awam, pastu orang awam yang macam aku ni pun lalui la segala prosidur nak dapat kerja, at last, sedara kau yang tak perlu bersusah payah tu yang dapat. Apa kau rasa?

Pendapat aku, kalau kau memang dah ada list of people untuk kau hire, jangan la open kat orang awam. Bagi harapan palsu beb. Kalau yang datang jauh dari kg tu, tak ke kesian. Satu lagi, kalau kau nak hire orang yang berpengalaman 50 tahun, jangan la panggil budak fresh graduate. Saje nak bagi dia experience interview ke macam mana?

Ya, aku tahu, ni semua berbalik kepada rezeki. Aku masih berpegang pada prinsip cari kerja tak mahu guna orang dalam. Tu yang sampai sekarang masih kerja kerani. Kadang aku rasa, aku ni xde la bodoh sangat (master holder ok), communication skills pun ok (collogue aku kata). Tapi, masih lagi tak dapat kerja yang orang kata fit la dengan education background kita. Tapi aku tak kisah. Aku xnak jadikan ni sebab untuk aku guna jalan pintas. Bak kata ayah aku, kau ni kalau nak guna orang dalam, dah lama dah boleh. Tapi kau je xnak. Bukan sombong. Tapi aku tau benda tu salah dan tak fair untuk orang lain. Aku tau belum sampai rezeki aku lagi dan aku tahu, ribuan lagi orang kat luar sana yang senasib dengan aku. Aku percaya akan ada company yang akan hire aku mengikut capabilities dan talent aku. Ramai je member2 aku yang berkerjaya bagus guna jalan yang betul. Maknanya, masih ada orang2 bagus dalam dunia ni.

Post ni aku tulis tiada lain sebagai membuka mata dan minda masyarakat (harapnya sampai la niat baik aku ni) yang ada perkara2 sumbang yang berlaku dalam persekitaran kita. Kalau kita tak boleh ubah masyarakat, apa kata ubah dengan diri sendiri dahulu.

Akhir kata, semoga berjaya dan terus tabah kepada graduan-graduan yang bakal mengisi job market Malaysia. Realiti hidup anda sebagai graduan bakal bermula sekarang, kecuali kepada yang kerja GUNA ORANG DALAM. :)

– Kerani bukan guna Orang Dalam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit