Assalamualaikum semua. Hi, warga IIUM. Straight to the point. Aku cikgu, guru agama, sudah berkahwin & sedang mengandung anak pertama. Dah nak masuk bulan ke-6. Aku dan suami PJJ. Tapi suami kerap balik sejak pregnant ni.
Aku ni nak cerita, keadaan aku sekarang. Ni bukan cerita masalah rumah tangga. Tapi cerita tentang masalah aku sendiri. Perkara ni dah berlarutan sejak sebelum ak hamil lagi. Aku ni jenis yang rajin baca quran setiap kali lepas solat. Satu muka atau dua muka. Lepas Maghrib aku akan baca Waqiah dan Mulk tak pernah miss. Setiap Subuh aku akan baca Surah Yassin & kemudian Mathurat. Pastu siap – siap pegi sekolah, jam 10 rehat aku akan surau tak pernah miss Dhuha. Alhamdulillah, konsisten & istiqamah. Dari segi amalan, aku mmg nak berazam beterusan macam tu. Bukan senang weh nak istiqamah. Lama aku buat benda ni baru jadi.
Sampai la, aku berpindah tempat kerja yang baru, yakni sekolah baru. Alhamdulillah murah rezeki, dekat dgn Mak ayah dan dapat pula kuarters guru yg memang molek. Kerosakan yg minima jika dibandingkan dengan kuarters rakan guru yang lain.
Kisah bermula di sini, sejak aku pindah di tempat baru ni lah, mcm biasa, kliche lah ada lah keluar cerita tentang Jin, penunggu, bunyi tu, bunyi ni, nampak tu, nampak ni bla bla yg sewaktu dgnnya lah. Normal. Aku tinggal sorg kat kuarters ni, dah azan, dah samak dah apa semua memang dah. And aku meneruskan amalan aku tadi macam biasa.
Lama – lama, as time goes by, aku rasa kerja bebanan guru ni makin banyak. Makin berlambak. Aku rasa stress & benci dgn kerja aku. Setiap hari aku akan mengeluh dgn kerja aku, mengadu pada suami atau mana – mana group whatsapp famili. Aku mula rasa serabut. Dibandingkan dgn kerja aku dulu, yg tak tetap. Gaji pun cukup makan, aku tak tahu kenapa aku tak rasa stress pun mcm kerja aku sekarang.
Yelah, mampu beli keta. Sara diri pun dah ok. Dah boleh bagi duit poket kat adik – adik. Akhirnya, amalan aku, lama – lama makin berkurang. Dari dhuha setiap hari. Jd dua tiga kali sj seminggu. Tu pun bukan sbb sibuk tp sbb rasa berat & malas.
Then, aku start skip zikir lepas solat & doa. Mathurat on off. Waqiah on off. Mulk on off. Yassin lepas Subuh on off. Bermula lah, paling teruk & dahsyat, aku skip solat Subuh. Mula – mula aku solat dihujung waktu, sekarang dah skip habis. Dia berperingkat – peringkat, aku skip Subuh. Then Zohor. Sampai la aku dah tak solat langsung.
Dulu selepas Isya, ak akan buat kerja di bilik PC aku, sambil pasang ayat ruqyah & surah – surah ibu mengandung. Mcm Yusof, Maryam, Luqman dll. Now, bila aku pasang aku rasa rimas. Serabut. Aku tutup. Husband pasang kuat – kuat, aku kata slowkan sikit, kuat sangat lah. Pastu last last aku tutup. Husband tanya kenapa tutup? Aku jawab, nanti kita pasang before tido. Masa nak tido, husband pasang, aku tutup, napa tutup? Aku jawab, nak cas bateri talipon lah. Tanak pasang nanti panas fon. Husband aku pun ok je lah. Since dia pun bacakan ayat ruqyah dia manual. Pun aku rasa nak marah, naik rimas. Tapi aku diamkan aje.
Untuk pengetahuan korg, selain tu sejak aku duduk kuarters ni, aku selalu mimpi bukan – bukan. Sejak aku hamil ni pulak, lagi la selalu mimpi bukan – bukan. Selalu betul aku rasa takut sangat sekarang. Sbb duduk sorg kan. Aku rasa ada mata tajam memerhatikan aku. Tapi aku buat tak tahu. Setiap penghuni kuarters ni ada ceritanya yg tersendiri & aku accept semua tu sbb normal lah. Di mana tempat pun mmg bangsa Jin ni akan ada. Sama mcm kita, Islam tak Islam, baik tak baik, Nakal, bertolak ansur, suka kacau, semua ada.
Cuma bila ibadah aku jadi mcmni merosot, aku tahu lah ada something wrong & aku tak tahu nak buat apa. Aku start melayari web – web yang sia – sia. Tak bermanfaat & mendatangkan dosa. Fhm – fhm lah website apa. Aku rasa berdosa, rasa takut, rasa malu dgn Allah. On my other side aku rindu aku yg dulu. Ni aku dah terbabas dah ni. So aku nekad, aku ambil Wudhu. Nak solat taubat. Last – last, lepas aku ambik wudhu, aku duduk, kat katil, ak perhati je sejadah aku. Aku tgk telekung pun rasa beratnya. Rasa berat lah. Malas. Benci. Taknak. Resah. Semua bercampur baur.
Husband aku memang tak tahu menahu apa yg jadi kat aku sekarang. Bila dia tanya dah solat? Aku jawab, dah. Husband jenis solat di Masjid. Dia pun tak syak apa – apa lah sbb aku behaving mcm biasa. Plus aku pun tak bgtahu dia sbb tanak dia risau. Cuma satu lg situasi yg buat aku bimbang sekarang, yg makin berlarutan, aku jd mcm tak suka dgn suami aku. Semua yg aku ingat tentang dia, memori yg negatif sahaja. Sampai la hr tu aku asyik marah dia dalam whatsapp, ye lah whatsapp sbb PJJ kan. Marah je. Negatif je. Overthinking. Mujur suami aku, sabar gila. Mungkin dia consider sbb aku hamil. Dia kata hormon aku tidak stabil.
Sampai lah haritu masa husband balik jumpa aku, dia bacakan satu surah tentang Jin & sihir yg dengki pada manusia sehingga memisahkan suami isteri. Aku rasa sebak betul. Aku nangis. Pastu dia tanya kenapa. Aku cerita pun separuh – separuh part yg aku kesal aku marah dia. Tu je. Ak tak cerita yg aku dah tak solat. Apa semua. Aku nangis – nagis aku syg dia, minta maaf sbb termarah sini sana. Then he hug me & kata tak pa syg, abg faham, ibu mengandung ni sensitif. Sambil berseloroh & lap air mata aku. Jgn nangis lg k?
Pelik bila abang ada. Semua mimpi pelik tu tak ada pulak. Rasa seram sejuk yg kat rumah tu, hilang bila husband ada. Sebenarnya, tak ada la pelik sgt, sbb Husband mmg jenis bangun malam. Rajin bc Quran. Sama mcm aku yg dulu tu. Aku sure, kerana amalan dia tu lah, jin ke benda negatif ke semua berjaya ditepis. Aku tahu tu. Tapi aku sendiri mcm tewas pulak dgn mudahnya. Adakah sebab aku perempuan? Jd mudah diambil kesempatan memandangkan perempuan ni mmg cepat lemah semangat? Mcmtu ke?
Sekarang. Aku suka betul bersendirian. Taknak bersosial. Kalau balik rumah mak, masa cuti sekolah, aku dalam bilik je. Tapi aku normal je bila sembang, betepuk tampar ngan adik beradik aku. Ngan mak ayah aku. Bila husband ada di sisi, keresahan aku semua hilang. Perasaan berkecamuk tu semua hilang. & aku boleh solat kalau dia ajak, wpun berat hati. Cuma kdg datang ‘gila’ tu, aku solat tp tak ada wudhu. Just sekadar nak tunjuk yg ak solat. Tu je. Nampak tak? Dgn rs tak besalah tu kadang. Eh, aku ni guru agama tau. Kenapa ni. Then bila aku sorg – sorg balik aku akan jadi aku yg sorg lg, negatif, asyik nak marah, serabut & benci buat ibadah.
Aku selalu ingat nak mati pulak dah sekarang. Lepastu aku risau if I can’t make it masa beranak nanti. Aku nak mati, tapi nak mati dalam keadaan yg baik. Nak masuk Syurga. Tapi aku risau mati nanti, aku sekarang tengah samseng melanggar perintah Allah. Serius. Aku nak cari jalan keluar. Aku tak tahu nak buat mcmana.
Aku tak tahu aku jadi mcmni sebab apa, sbb aku stress dgn kerja guru aku ke? Sbb aku memang benci dgn kerja aku sekarang. Aku jadi mcmni sebab kemurungan ke? Ye ke aku kemurungan? Atau aku ada gangguan Jin ke? Aku tak da la mengadu ngan sesiapa lg buat masa ni. Aku cuma nak kembali pd aku yg dulu. Aku rindu aku yg dulu, yg baca Quran. Yg solat awal waktu. Sbb, ak hamil. Aku syg kat anak aku. Suami aku. Family aku semua. Aku sedih betul masa hamil ni pulak aku nak langgar semua perintah Allah. Padahal masa ni la kita kena jaga semua benda. Serius sedih. Tapi aku tak tahu nak buat mcmana.
Ni.. hari ni tadi, aku tak solat pun Subuh.
Tolong aku weh. Aku nak balik..
– Bingung
– Hanani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit