Hi admin. moga-moga confession aku ni disiarkan. Selama ni aku jadi tukang baca je confession orang. Walaupun aku bukan asal malaysia, tetapi aku nak juga share cerita aku sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita semua terutamanya pelanggan. Kalau tak lulus pun tak mengapa mungkin bukan rezeki aku.
Lama sudah jejari hendak tulis cerita ni tetapi sekarang baru ada masa. Harap-harap cerita yang bakal aku nukilkan bolehlah difahami. Kalau tunggang langgang minta maaflah kerana ada loghat brunei sedikit. Sesungguhnya geram masih tersisa di hati.
kira-kira sebulan yang lalu aku, kakak dan adik perempuan berjalan-jalan di sebuah shopping complex untuk melepak dann melihat-lihat barangan yang dijual di sana. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan kami pun enjoy sepanjang berada di shopping complex tersebut.
Selepas melepak sambil makan-makan, kami pun meronda de mall dari tingkat ke tingkat. Ronda punya ronda tiba-tiba adik perempuanku terlihat deretan baju tidur yang digantung di salah sebuah kedai yang agak kecil. Tertarik dengan baju tidur yang dipamerkan berkebetulan pulak kakak mencari baju tidur jenis dress pun menghampiri kedai itu. Tujuan kami bukan hendak membeli hanya hendak membandingkan harga sahaja sebelum keputusan membeli diambil.
Tidak semena-mena ketika kakak bersama adikku sibukmemilih-milih, seorang penjual perempuan berbangsa asing dengan egresef bangun dari corok mana entah lalu mendapatkan kakak dan adik aku yang sedang membelek-belek baju tidur yang dipamerkan. Aku, hanya berada di luar sedikit kios itu sambil membelek-belek tudung.
Dengan ramahnya dan tanpa dipinta pekerja indonesia itu pun terus berkata “ah beli lah dik, kakak bagi 3 pasang baju ini 20 ringgit brunei saja. kamu saja yang kakak bagi diskaun kalau orang lain kakak nggak bagi diskaun loh”. Gitulah kata-kata memujuk dari pekerja alias penjaga indonesia itu. mendengar kata-kata pekerja indonesia tersebut, aku lantas masuk ke dalam kios dan mendapatkan mereka bertiga. Aku nak tahu juga jenis kain yang berharga 3 pasang 20 ringgit brunei yang kononnya sudahpun diberi diskaun oleh pekerja itu.
Bilaku raba sahaja jenis kain baju tidur yang dipamerkan berharga 20 ringgit 3 pasang… entahlah, rasanya kain jenis gitu tidak wajar berharga 20 ringgit 3 pasang berdasarkan pengalamanku yang pernah melancong ke Thailand, baju tidur jenis begitu tidaklah sampai 20ringgit. kalau 20 ringgit boleh dapat banyak sampai penuh bakul! Dalam hatiku “ah sudah, kakak nak kena tipu ke oleh pekerja indonesia ni? mudah-mudahanlah dia tak tergiur dan terpedaya pujuk rayu dan diskaun yang palsu dari perempuan penjual tu.” Namun disebabkan penjaga perempuan berada di depan mata, aku nak bagitau kakak pun serbasalah tetapi sebagai adik, aku berhak memberi pendapat kepada kakak agar duitnya tidak terbazir begitu saja.
Kerana buntu, aku pun kembali ke tempat tadi dimana tudung dipamerkan. Aku kembali membelek-belek tudung yang digantung dan…. yang rimasnya pekerja indonesia yang sedang melayan kakak dan adik aku tu pun berlari ke arahku. Dengan egresifnya dia pun merentap tudung yang ku raba-raba lalu berkata begini… “ah, ni adik, ambillah tudung ni, cantik loh adik kalau pakai, ahh sini kakak cobain… Nah cantikkan????adik beli dua lah, dua harganya sepuluh ringgit aja dik. orang lain akak jual mahal, tapi untuk adik sayang… akak jual 10 ringgit”… haduhh!!! menyampahh!! aku bukan nak belilah aku nak belek-belek saja!
Dek kerana malas hendak bertengkar lagipun aku tiada bakat untuk lawan-melawan ni akupun iyakan sahaja. Niat dihati memang tak nak beli pun tudung tu kerana ianya bukan satu keperluan. Di rumah ni tudung aku pun sudah bergadung-gadung banyaknya. Daripada membazir baik duit dibelikan makanan yang boleh mengenyangkan perut. Pun lagi aku tidak menyimpan cash banyak ditangan, 10 ringgit pun tak sampai. Nasib baiklah kalau tak mungkin aku terbeli juga. Dalam keadaan yang rimas kerana perempuan itu membebel bla bla bla bla, aku terfikir satu idea, tapi aku harap kakak pun terfikir jugalah idea aku ni. Aku akan berpura-pura membeli tetapi sebenarnya aku hendak lari dari situ. tapi bagaimana? nampak gaya kelakuan, kakak aku ni macam hendak beli sahaja baju tidur berdasarkan dia masih lagi memilih-milih.
Melihatkan aku membatu, pekerja indonesia itu pun kembali mendapatkan kakak dan adik yang masih membelek-belek baju lalu dan turut serta memilihkan warna yang sesuai dengan kakak. Ih… pemaksa juga indon ni. kalaulah aku ada kuasa dan tidak mempunyai perasaan hormat, ingin ku pekik sekuat-kuat hati pada perempuan penjual tu bahawa kami tidak suka dipaksa!
“belilah dik, tu adik sudah beli tudung dua helai.” lalu aku jawab “kakak saya ndada duit ni pakai card debit bulih?” “ohhhhh!!!! boleh sayang boleh boleh boleh boleh boleh pakai card boleh boleh ajaaaa….” Dalam hatiku berkata, “awu dang, ndadaku kan membali jualan mu ani luan jua pemajalnya kau ani eyh!”
Ok… tiba masa pembayaran, kebetulan kakak aku pun tiada cash 20 ringgit dan dia pun bertanya boleh pakai card ke tidak. indon tu pun cakap, boleh dik boleh dik. Pastu bila kami keluarkan card, lain pula ujarnya!!! “opoooh… adik nggak boleh bah pakai card, kedai kakak kecil aja dik”. “Abis kakak tadi cakap boleh pakai card”. “Nggak boleh sayaaaaaang nggak boleh pakai cash sajaaaa…” cilaka punya orang, ini menipu namanya ni. “saya ndada duit bah kakak semua ada dalam debit saja bah”. kataku. “ah nda apa dik, ini kakak boleh pinjamkan duit sama adikku sayang”. adih, teradikku-adikku sayanglah pulakkk! bila dengar indon tu cakap kakak aku nak bayarkan dulu tudung aku tu, kakak aku pun jawab “aku nda banyak duit ni cheez (panggilan namaku) aku sikit ganya usinku niiii…” ah, tak pe, ini peluang baik, aku akan rancang sesuatu. Caranya ialah, kami bagitau pekerja indon tu yang kami nak cucuk duit kat ATM dulu kat bawah kemudian kami akan balik semula untuk bayar walhalnya aku nak ajak kakak lari. Aku fikir itulah saja satu-satunya jalan yang ada memandangkan siindon ni memajal (memaksa tak abis-abis) untuk beli jualan dia. Memandai-mandai juga perempuan ni, kakak aku tidak pun sound yang dia nak pinjamkan aku duit, dia pulak mengada-ngada. Ko ingat costumer kau ni bodoh ke. walaupun nak lakukan barang kau usahlah begitu perlakuan memaksa-maksa dan memandai-mandai. Ih rimaslah aku. dalam hati, ya Allah cepatlaaaaah aku nak beredar dari sini. Kalau lama-lama karang entah pujuk rayu dan paksaan apa lagi yang akan dilakukan perempuan penjual ni.
alhamdulillah nasib baiklah kakak aku setuju begitu juga adik perempuan aku. Mereka pun perasan kot yang barangan yang dijual tidak berkualiti tetapi kami hendak diperbodoh oleh penjual yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Bukan nak katalah, settahu aku dalam islam pun melarang penjual memaksa pelanggan untuk membeli dan begitu juga sebaliknya. Jual beli hendaklah bebas dari unsur paksaan, unsur penipuan dan unsur-unsur tidak redha. Kalau itu berlaku…. mungkin barang dan duit yang diterima merupakan duit haram. Aku tak tahu sangat tentang hukum ni.
Bila kami cakap kami nak cucuk duit, dia (pekerja indon) macam keberatan melepas kami. Tanpa mengenal erti putus asa, dia memujuk lagi “10 ringgit saja ni untuk tudung kakak, 20 ringgit aja untuk baju kakak (sambil menunjuk jari kearah kakak aku) semuanya 30 ringgit saja kak nanti si kakak boleh pinjamkan bah duit…” Kakak aku dengan nada yang sedikit marah dan rimas pun jawab “saya ndada duit bah duit semua dalam bank bah macammana saya mau pinjamkan dekat dia (aku)?” Akhirnya mungkin dia perasan kakak aku marah lalu dia kata macamni “oh gitu ya kaka, nggak apalah ambil duit dulu. ya biarin aja adik satu ini (merujuk pada adik perempuan aku) ambilin duitnya di bank. Dua orang tunggu sini. Ni duduk dulu kakak duduk dulu sini”. Eik? tadi adik ini berkakak-kakak pulak?
Oh rupanya kau masih tak putus asa ya? Kau nak suh kami berdua duduk menunggu di kedai kau supaya kami tak lari lah ye? jangan haraplah, kau pandai kelentong kami pun pandai kelentong. diskaunlah konon. Rasanya kalau kau jujur, kau tak kan paksa pelanggan untuk beli barangan yang kau jual. ini main paksa-paksa apa hal? Jangan haraplah aku setuju dengan usul yang kau bagi tu. Aku pun jawab tak setuju dann ingin ambil sendiri duit di bank dan kakak aku pun jawab perkara yang sama dan dibantu oleh adik perempuan dengan berkata kononnya dia tak tahu pin number kad bank kami dan dia mesti membawa kami kerana kami saja yang tahu nombor pin kad debit. Alhamdulillah. Kalaulah kakak ada niat untuk beli barangannya, aku akan cuba sedaya upaya halang dia untuk beli kerana aku yakin harga yang ditawarkan jauh lebih mahal dan kainnya macam tiada kualiti. Sekali cuci mungkin rosak.
Setelah kami sepakat tak mahu menunggu di situ, akhirnya pekerja indonesia tu pun akur tapi mulai tegas “bah, tapi kembali lagi ya?” berkebetulan aku memegang sebotol air mineral untuk ku minum sambil berjalan jalan, “ini airnya aku simpan dalam plastik ya?” Tanpa rasa bersalah lagi beradap, dia pun merentap air di tanganku lalu memuatkan dalam bag plastik. Hentamlah luuuuu! Apalah harga sebotol air mineral jika dibandingkan kehilangan wang 10-20 ringgit? Tapi terdetik rasa gerun dihatiku kerana air tu bekas ku minum. Takut-takut bila dia sakit hati, air tu menjadi senjata untuk mengenakan aku. Ya Allah, macammana ni? Ah pasrah sajalah, kalau dia kenakan aku pun yang tanggung dosa dia bukan aku.
Namun adik aku terkenal dengan kebijaksanaannya mengetahui isi hati seseorang lebih lagi kakaknya. Adik aku pun berpaling ke arah pekerja indonesia tersebut lalu meminta air yang dimuatkan dalam bag plastik. Pun keberatan dia nak bagi balik air aku tu tapi dipaksa oleh adik. Akhirnya air tadi dikembalikan pada adikku dan kami pun keluar dari situ.
Dari kejauhan, pekerja indon yang membuat kami rimas sempat bertanya “adik, mau beli enggak produknya ni?” Aku pun cuit adik aku supaya cakap awu (iya) sahaja. Bukan apa, ini semua demi keselamatan kami bertiga. Memandangkan keadaan kedai dan tingkat yang sunyi, aku takut sesuatu akan dibuatnya yang tidak diingini. “bah, kalau jadi aku nggak display lah ya barang-barang ini.” katanya lagi. Kami pun kata iya saja kerana tidak mahu memanjangkan cerita.
Dengan pantas kami bertiga pun berjalan meninggalkan kedai tu. Bila berjauhan dari kiosnya, aku pun tanya “ka, kau kan membalikah baju atu? aku inda eh, aku bukan kan membali tudung meliat-liat ganya.”. Lalu kakak aku jawab “awu cheez, aku pun nda membali eh baju ah. Pernah jua tu ku membali masa kitani ke Thailand baju cematu atu, capat puah cheez eh, sekali sasah sudah taya tatas sikit sikit. Lama-lama banyak kali disasah tebuka abis banangnya”. Fuhh leganya aku! Alhamdulillah.
Mereka berdua kakak dan adik aku rupanya sepakat denganku. Adik aku kata, 20 ringgit untuk 3 pasang baju dalam kualiti kain yang sebegitu rupa adalah sangat mahal, itu sudah melebihi harga borong. Lagipun ujarnya, daripada mengabiskan 20 ringgit untuk 3 pasang baju yang dijual, baik beli di jaya haipermart, skh, pertama jaya, hua ho, dan kedai-kedai yang sewaktu dengannya puas hati, kualiti kain pun puas hati dan tak mudah puah. Lagipun menurut adikku lagi, harga diskaun hanya helah supaya kami membeli.
Kamipun semakin menjauhi kedai tersebut dan lepaslah beban yang menimpa. Kebetulan adik aku hendak ke winmark yang satu tingkat dengan kios tadi dan dia beremeginasi perempuan pemaksa akan mengejar kami. Takpa aku kata, kalau dia berani jeritlah bukan susah pun lagipulak winmark ramai orang dan tidak tersorok macam kios tadi. Biar dia kena tangkap sebab cuba paksa orang beli.
Itulah kisahnya. iatah nda ku suka mengaga kadai-kadai miatu lebih lagi anu jenis pemaksaan tia lagi. Membali atau inda, atu adalah hak costumor bah nausah kan memaksa-maksa segala.
Bukan semua pelanggan inda tahuu menilai, perbuatannya memaksa tadi mungkin sudah biasa dibuatnya agar pelanggan akan rasa serba salah jikalau tidak membeli. Mungkin kebanyakan costumor yang dijumpainya berjaya dibuatnya serba salah justeru itu kami pun salah satu targetnya. Jangan ingat, semua costumor bodoh tidak berfikir dan jangan fikir taktik yang dilakukan akan berjaya selama-lamanya. Aku doakan kau selamatlah, dan ubahlah sikap memangsakan orang agar rezeki yang dicari serta yang diperoleh mendapat keberkatan dan pahala. Bak kata pepatah ‘biar sikit asal berkat’ Ingatlah kita semua, jikalau jumpa manusia jenis tadi, jangan takut, kita ada hak untuk membalas balik penipuannya. Kalau sampai penjual berbuat sesuatu, jerit saja sekuat hati dan dapatkan bantuan orang ramai. Di Brunei ni takkanlah tiada masyarakat yang prihatin untuk membantu kerana masyarakat di sini terkenal dengan sikap inda camah mata lagi penolongan.
– puTeree
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit