Jangan Putus Asa Rahmat Allah II

Assalamualaikum semua..

Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan kisah sy lagi… terima kasih juga buat semua pembaca sebab bagi response yg positif. Semoga korang juga sentiasa dirahmati Allah.

Buat yang bertanya, apa ujian yang aku hadapi selepas ambil keputusan resign secara drastik? Mungkin kepada segelintir pembaca, ia nampak remeh tp pada aku ia adalah ujian yg Allah beri supaya aku jd org3 yg sabar.

Setelah aku dituduh untuk kesalahan yg aku tak buat, aku mengambil keputusan untuk resign notis 24 jam. Faham2 lah kalau kau dah notis 24 jam, memang salary in lieu lah jawabnya. So selama hampir sebulan aku bekerja bg bulan tu, gaji aku burn… sesen pun aku tak dapat. sebab aku x cukup notis sepatutnya manager level adalah 2 bulan. Aku nekad untuk resign sebab aku sangat kecewa dengan big boss aku sebab dia percayakan orang yang salah. Selama perkhidmatan aku kat situ, aku jenis yg perfectionist dan selalu nak jadi yg terbaik. Kalau ada competition antara retail, selalunya branch akulah yg akan jd yg terbaik. Kalau ada sebarang aktiviti, aku dan team aku memang bersemangat untuk jadi top nombor 1. Termasuklah semua target brach aku akan sentiasa achieve.. Alhamdulillah. Tapi, disebabkan aku sendiri lalai, aku lupa.. bekerja sepatutnya kerana Allah.. bukan nak big boss atau HQ nampak. Disebabkan niat aku dah salah lah memang big boss x nampak segala usaha yg aku dah curah berbelas belas jam dalam branch.

So, bila aku dituduh, aku jadi sangat bengang. Aku persoalkan, big boss aku tak nampak ke segala usaha yang aku dah curahkan untuk company. Dan nak tau jawapan dia apa?

‘Dear.. company tak tengok semua tu.. company tengok once awak dah salah, awak tetap salah’

Kecewa tak kau rasa? Sumpah, demi Allah aku sangat kecewa itu jawapan big boss aku. Setelah aku keluar drpd bilik siasatan, aku terus ambil keputusan untuk resign. Dan esoknya aku submit resign letter & id atas tray big boss aku. Hati aku dah panas mencurah2 syaitan dah hasut. Orang tengah marah kan.

Apabila aku tak cukup notis, salary in lieu dannnn aku tak ada sebarang back up pekerjaan pun. Tiada. Aku dan Hamdan memang stress. Banyak benda nak byr ni.. hutang kereta, motor, sewa rumah segala lah.

Jadinya, disebabkan menganggur duit kahwin tu terpaksa jugalah digunakan untuk byr hutang2 kami. Hamdan teruskan usaha dia berkerja lebih masa. Btw Hamdan buat part time McD. Selepas kami resign, Divison Manager yg jahat3 tu sungguh gembira, dan terus menyebarkan cerita pasal kami. Busuk sebusuknya fitnah yg dia buat. Berendam air mata hanya Allah yang tahu. Apabila salah seorang drpd staff branch tahu yg Hamdan kerja McD, makin kerap pulak Division Manager2 yg jahat tu serta konco2 nya dtg ke McD.. snap gambar drpd jauh.. jadi bahan gossip.. mcmlah kerja McD tu hina sangat.. sampai ada yg tanya,

‘Hamdan, takde kerja lain ke tak malu ke kerja McD.?’

Hamdan marah sgt bila org tanya mcm tu. Macamlah dia buat kerja yg haram. Aaah drpd korang, mengumpat je tau.. so Hamdan buat dang jela.. pekakkan telinga, fikir sebab nak kumpul duit kahwin dan sekarang ni inilah satu-satunya sumber rezeki.

Makin lama duit simpanan makin susut. Sungguh aku semakin tertekan.. aku sendiri menyara keluarga aku. Duit belanja dapur kena hulur, bil air lagi letrik lagi, makanan kucing2 lagi..Adik beradik aku semua bergantung harap dengan aku sebab mereka masih di universiti.. Dalam seminggu kemudian, tup tup aku dapat surat drpd company lama. Menyuruh aku byr denda tak cukup notis.. about 2 months punya gaji.. kalau tak tindakan akan diambil. Stresss oiii… bertingkat-tingkat ujian Allah.

Setiap hari aku menangis. Kenapa Allah uji aku, Dia tarik nikmat rezeki tu sekelip mata? Aku tak boleh tidur, setiap masa handphone di tangan aku. Refresh email refresh email, kot kot ada yang hantar email interview. Setiap kali pergi cc (aku takde laptop, adik aku guna untuk universiti pulak), print resume banyak2.. macam fresh graduate.. aku ambil keputusan dah tak kisah nak kerja apa pun janji perut adik beradik aku berisi.

Doa yang aku amalkan? Aku sentiasa baca doa orang2 yg dizalimi.. search je kat google. Macam-macam ada.. Aku baca doa taubat setiap malam sampai lah aku tertidur.. mohon pada Allah murahkan rezeki kami, dan yang paling penting solat dan zikir. Aku google kata-kata semangat supaya aku sentiasa positif dan tak tunjuk aku lemah depan adik beradik aku. Aku tak nak pelajaran diorg pulak terganggu.

Kemudian, selang 2 minggu kemudian aku pun menerima panggilan interview untuk sebuah retail yang bakal dibuka. Alhamdulillah… syukur pada Allah. Pada malam yang sama juga, aku terima panggilan drpd company lama untuk offer aku masuk balik. Jawabnya, memang taklah aku nak masuk company yg tak hargai aku..

Long story short, kini aku dan Hamdan sudah pun move on dan mulakan hidup baru…. Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar doa-doa yang teraniaya..

– Syuhada

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit