Sampai Bila?

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana siarkan confession ni.

Nama aku Kechik (bukan nama sebenar) ! Umur 20an anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Mungkin yang baca akan cakap aku ni sensitif mahupun fikirkan diri sendiri (cuba hidup dalam situasi aku mungkin kalian akan faham) Tajuk aku “Sampai Bila ?” Macam nie aku daripada kecik sampailah aku besar ! aku rasa macam dipinggirkan ahli keluarga sendiri. Aku belajar tidaklah jauh merantau. Berdekatan juga dengan keluarga aku. Dulu masa studies memang aku jarang balik, sebab bagi aku sama sahaja bila aku balik macam orang bodoh sahaja dirumah. Bila aku tak balik beria suruh aku balik, bila aku dah ada dekat rumah rasa macam kosong gila. Kau buat hal kau , aku buat hal aku. Paling buat aku rasa macam tak nak balik sebab bila aku takde dekat rumah semua makan sedap2 siap pergi jalan sana sini lagi. Lepastu hantar dekat whatsapp group family. Kalau kalian dekat tempat aku apa kalian rasa ? Paling sakit hati masatu Pakcik aku bini dia baru selamat lahirkan anak sulung mereka, kiranya dalam lepas sebulan mereka semua nak pergi tengoklah bayangkan aku tau pun sebab tengok status cousin2 aku wehh ! bila aku call tanya kenapa tak bagitahu nak tengok bolehlah aku balik. Jawapan yang aku dapat serius hambar “Heheh manalah tau kau nak ikut. Dan tak ingat pun nak tanya”. SAKIT WEHH SAKIT. .Masa studies juga aku bekerja sebagai “Freelance” untuk tampung hidup aku. Sebabkan rasa malu aku untuk minta kepada orang tua aku. Tapi ada juga aku minta. Aku ada sedara kandung yang aku ingatkan segala duit yang dia pernah beri kepada aku untuk duit belanja aku kerana aku masih dibawah tanggungan masa tu. Rupanya itu semua hanya mimpi bila mana itu adalah hutang aku kepada dia. Siapa dia pernah berkata “Kau ingat aku kerja sebab nak tanggung kau”.

Anak kedua sinonim dengan degil, suka berdikari dan membawa diri pergi jauh dari keluarga sebab dengan berbuat begitu sahaja bisa meredakan segala api kemarahan yang ingin muncul di dalam hati. Mungkin juga itulah aku ! aku nekad terima kerja yang jauh daripada keluarga aku, bukan sebab aku nak bebas tapi aku pilih untuk tidak sakitkan hati aku mahupun hati sesiapa. Persoalan aku sampai bila ? sampai bila aku nak kena hidup dalam keadaan yang sememangnya keluarga aku lebihkan mereka berdua daripada aku yang terkapai2 dalam membina hidup. Aku bersyukur ada sahabat yang tak pernah berhenti untuk sentiasa sokong aku daripada segi moral , emosi mahupun kewangan. Demi ALLAH jasa kalian sungguh aku tak mampu nak balas. Moga kalian sentiasa dalam lindunga-Nya. Aamiin.

“Biased” mungkin itu apa yang aku rasakan. Sebab daripada kecil aku sentiasa dipersalahkan, dipukul tanpa sebab hanya kerana salah orang lain akulah yang akan tanggung semuanya. Apa sahaja semua akan menjadi salah aku. Pernah orang tua ku berkata aku nie suka sangat layankan emosi. Bagaimana aku tidak layankan emosi aku jika hampir semua salah orang lain aku yang tanggung. Bila dah besar dan bekerja lain pula ceritanya. Nak bandingkan aku dengan sedara kandung aku kerana dia sekarang mampu beri dan beli itu ini untuk keluarga. Sedangkan dulu aku rasa lebih banyak yang aku sudah korbankan dan belikan sikit pun mereka macam tak hargai. Kadang aku fikir betul ke aku nie sebahagian daripada keluarga ini. Mak aku suka panggil anak bongsu dia dengan panggilan yang baik dan manja. Pernah dulu aku mintak mak aku masakan satu lauk tu sebab aku dah lama tak rasa masakan dia sebulan aku tunggu tak dapat2, alih2 masa anak bongsu dia balik cuti sabtu ahad dia mintak mak aku masakan benda yang sama aku mintak cuba teka apa mak aku buat ? Yessssza minggu depannya mak aku masakan untuk anak bongsu kesayangan dia tu dan masa tu juga aku dah tidak duduk di rumah aku.

Aku bukan tak nak balik jenguk orang tua aku , aku rindu juga dengan bapa aku anak2 sedara aku. Cuma aku dah penat sangat rasa tawar hati giler wehh ! Mana taknya asal balik nak cakap itu ini nak tadah telinga bandungkan aku dengan orang itu ini. Usaha aku sikit pun tak nampak. Sampai satu ahap aku dah malas fikir lantaklah orang nak cakap aku lupa orang tua ke apa ke. Aku tahu yang aku sekalipun tak pernah lupa orang tu aku. Aku contact juga tapi lebih dengan bapa akulah. Dorang sentiasa dalam doa aku. Hati aku sakit bila keluarga sendiri pandang rendah dan pandang hina pekerjaan aku , sampai kata aku nie BODOH dan boleh pergi MAMPUS. Sebabkan kata2 nilah yang buatkan aku terus tawar hati untuk pulang ke rumah. Kalau balik aku akan duduk sehari je esoknya aku akan balik.Cuma aku nak cakap “Maafkan aku ! sebab aku dah tak mampu nak tahan dan pendam dah dari kecil sampai besar layanan tetap sama. Mungkin aku tak berapa nak pandai macam mereka berdua tapi aku ada impian dan cita2 aku akan buktikan aku mampu. Biarpun terpaksa korban masa cuti rehat aku”

Akhir kata sila kongsikan pendapat anda diruangan komen. Aku akan baca sebagai satu nasihat dan kata2 semangat untuk aku teruskan hidup. :)

Nukilan hati – Kechik’s :)

– Kechik’s

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit