Assalamualaikum pembaca semua. Achik doakan semua dalam keadaan baik.
Achik berumur 23 tahun dan berasal dari utara tanah air. Sekarang achik sedang berada di semester 1 tahun 3 di uitm. Masih berbaki 3 semester. Achik ingin bercerita meluahkan isi hati yang terbuku sejak sekian lama, harap semua tak salah paham.
Sekarang merupakan musim konvokesyen di kebanyakan ipt di Malaysia. Buat pengetahuan pembaca semua,achik antara yang cemerlang di sekolah, lepas SPM, achik berjaya masuk matrik (PST) dan terus ditawarkan ke sebuah ipta di Perak. Boleh kata waktu tu achik seronok sangat, semua berjalan lancar ya la nanti habis belajar umur 23 tahun. Masih muda, banyak masa lagi.
Tapi Allah uji achik dengan kegagalan. Pada semester ke 2, achik dibuang universiti kerana gagal dengan bergaya. Waktu tu Allah ja yang tau perasaan achik nak berterus terang dengan keluarga especially mak abah. Achik boleh dikatakan anak yang tak pernah bagi masalah bab pelajaran sebelum ni. Tiap2 hari achik menangis salahkan diri sendiri sebab pilih untuk gagal. Tapi achik bagitau jugak sebelum kantoi nanti lagi parah. Masa bagitau tu, achik boleh nampak hancurnya hati mak abah. Maafkan anakmu.
Setahun berlalu, achik balik kampung bekerja biasa2. Selalu di perli tak habis belajar, tapi achik pekakkan telinga. Anggap saja mereka tak tau apa. Entah macam mana, satu hari tu achik tekad untuk sambung belajar sebab waktu tu sijil matrik belum diiktiraf sebagai diploma seperti sekarang. Selepas beberapa bulan achik dapat lagi peluang untuk sambung degree di uitm.
Mak hari2 tanya, betul ke nak belajar lagi, nanti separuh jalan lagi. Duit dah banyak habis. Achik hanya mampu senyum dan jawab ya. Achik seorang yang periang, tak pandai nak luahkan perasaan sedih kecewa di luar. Sebab tu banyak orang, termasuk keluarga sendiri ingat achik tak kesal tak menyesal dengan apa yang dah berlaku. Padahal achik dah separuh gila masa tu. Pernah terfikir untuk bunuh diri. Maafkan achik.
Mak abah bagi satu lagi peluang untuk achik, jadi achik teruskan mengejar degree yang diimpi. Long story short, sekarang semua berjalan lancar alhamdulillah. Cuma 2017, adalah tahun kawan2 sekolah, kawan2 di universiti lama achik tamat belajar. Dulu masa mereka post gambar hard cover fyp report atau lepas fyp presentation di fb dan ig, ada sedikit perasaan sedih dalam hati ni. Andai aku tak salah langkah…
Hari ni, ramai kawan2 achik upload gambar konvokesyen mereka dan achik juga tak lepaskan peluang pergi ke majlis konvo kawan baik achik. Sekali lagi achik nampak riang padahal waktu otw pergi majlis dah menangis kenang nasib sendiri. Harap pembaca tak salah paham. Achik bangga dan gembira untuk kawan2 achik tapi jauh di sudut hati achik rasa kecewa dan bagai ternampak mak abah achik di majlis tu tadi padahal takdak.
Tujuan achik disini, bukan nak cakap jangan post anything on socmed, tu semua hak masing2. Cuma achik nak mintak tolong semua yang baca agar dapat doakan kejayaan achik supaya achik dapat kembalikan wajah gembira dan bangga mak abah achik nanti. Supaya achik terus kuat dan di jauhkan rasa iri hati dengan kawan2 yang dah berjaya dulu dan supaya achik ditemukan dengan jodoh yang dapat terima segala kekurangan achik eh tiba2 hahaha. Terima kasih jika anda sudi doakan achik. Semoga segala doa kalian kembali untuk kalian juga.
Sekian dari achik yang tak konvo tahun ni hehehehe (susahnya untuk seorang yang riang macam achik nak avoid bergurau dan berhahahaha dalam text di atas.)
– Achik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit