Assalamualaikum.Tq admin kalau sudi siarkan.Tak rugi aku menaip panjang confession ni.Huhu.
Baiklah sedikit intro.Aku gadis usia 24,masih single,dh bekerja.Mungkin ini xada kaitan dgn confession ini,tapi utk bgi gambaran cara pemikiran dari segi usia dan status aku.
Eventhough aku masih single,tapi aku dah plan utk kmpul duit utk khwin,smoga tuhan permudahkan. Cerita dia simple je, satu hari kwn laki aku tya, ‘Kau nak letak berapa utk wang hantaran kau nanti?’ Dgn rasa rendah diri,aku cakap ‘at least RM 10K’.
Bukan main terkejut dia balas ‘Amboi byak tu weh’.
Banyak ke? Aku rasa sikit giler.Itu nak cover catering pun belum tentu lepas dgn ekonomi sekarang.
Dan yg funny part tu,kawan aku tu datang dari latar belakang family yg lebih berkemampuan, ayah dia drive kereta camry (walaupun bkan kereta dia), kawan aku tu pun dah ada rumah, and cadang nak beli rumah lagi. (Dia masih single,tak ada komitmen lagi selain kereta dan rumah). Itupun bagi dia kira mahal,ini belum lagi kalau letak RM15K++ mcm apa yg orang buat sekarang. Hatta ada degree mahupun tidak. So dari kaca mata lelaki sendiri, seberapa banyak yang korang kira mampu dan tidak membebankan utk bagi wang hantaran? (Oh jangan bagi ayat cliche, ‘sebaik² wanita adalah yg rendah maharnya’ sebab itu tak kira menjawab soalan aku)
Dan aku teringat sorang kawan aku ni,nama dia Sha (bkn nama sebenar seperti biasa) minta RM20K dari pihak lelaki sbgai wang hantaran dia. Itupun dia bagitahu majlis kahwin dia buat simple je. Yep aku pergi majlis kahwin dia mmg simple je,tak ada bunga telur,pelamin and katering pun simple je,doorgift bagi biskut cokelat.Tapi itu pun dah telan kos RM 20K.Mak ai.
Jadi aku pun buatlah kira² utk aku lihat secara rawak jumlah kos perkahwinan sbgai rujukan. Aku agak² nak jemput lebih kurg 500 tetamu shja , brg hantaran pun aku nak mntak yg wajib je dari pihak lelaki(al quran,gelang emas huhu ) dan utk kos ini hanyalah anggaran shja ye sbab aku pun xbuat research habis.
Nikah session :
Tok Kadi : RM200+
Catering : RM1000+
Baju : RM350
Hantaran utk lelaki : RM400+
Makeup (nikah + bersanding) : RM250
Bersanding session :
Pelamin : RM1500
Baju : RM350+
Inai + hand bouquet : RM50
Catering : RM10k
Photography : RM1000
Doorgift: RM1000
Sewa khemah + kerusi + homestay (xnak buat dkt rumah ) : RM2000
Photobooth +DJ : RM300++
Total (nikah + bersanding) : RM17,400++.
Terkejut jugak aku bila dah buat kira². Sebab lebih dari bajet. Tapi yang kesiannya dekat pihak lelakilah,dahlah kena bayar hantaran utk perempuan, belum tambah utk belah dia lagi. Dan aku juga risau sbb aku dtg dari keluarga yg sederhana. So duit belanja kahwin mmang total dtg dari duit aku dan ihsan pihak lelaki ( duit hantaran) . Dan aku kesian dgn nasib dua adik laki aku (masih belajar di universiti). Disebabkan famili aku dulu pernah susah sbb ayah aku fail bisnes, jadi parents kami tiada smpanan utk kami. Adik laki aku kena guna kudrat sendiri untuk menyimpan duit untuk kahwin nanti. Kalau kos kahwin sekarang pun dah lebih RM15k, bayangkan 5 tahun akn datang. Aku risau pulak bila tgok adik laki aku sorang ni asyik beli barang online je. Dari game console baru sampai ke tali pinggang masked rider. Risau kalau dia tak menyimpan dari muda,susahkan dia nanti bila dah besar.
Aku pun kesiankan bakal suami aku walapun aku masih single,eh normal kan? Dahlah kena bayar untuk kedua² majlis, lepa tu kena prepare keperluan selepas kahwin juga. Iyea memang lepas kahwin suami isteri akan berkongsi duit untuk sediakan keperluan tapi kesian lelaki sebab dahlah dah pakai banyak duit tang kahwin,ni nak kena simpan duit lagi utk fasa berumah tangga. Untuk kurangkan beban pihak lelaki, aku bercadang untuk beli barang elektrik dan perkakas dapur sekali sebulan so nanti dah kahwin tak perlu keluar banyak duit nak beli barang dah.
Sebenarnya kan boleh je kalau nak berjimat untuk majlis perkahwinan.Sangat boleh. Sebab apa yang aku list tu semua datang dari adat je. Tapi sekarang ini kenapa aku keluarkan list tu sebab itulah majoriti rakyat Msia buat bila berkahwin nnti. Termasuklah aku sebab aku ank first daripada adik beradik aku yg bakal berkahwin since kakak aku tak ada perasaan dekat lelaki selain Park Bo Gum & Kang Daniel,dok layan artis Korea setiap hari. Dan mak ayah aku pulak jenis ramah dengan semua orang hatta dari cikgu adik aku sampailah kawan yg terpisah berbelas tahun (jumpa balik melalui fb) semua nak kena ajak kalau buat kenduri kahwin nanti.
Jadi aku harap nanti tuhan permudahkan aku dan untuk sesiapa shaja yang merancang untuk berkahwin. Wahai pihak lelaki,semoga dengan usaha korang menyimpan duit untuk berkahwin mendapat ganjaran besar di sisi Tuhan sebab korg sedang mencuba untuk menghalalkan satu hubungan. Dan aku pun harap sangat, dah susah² simpan duit untuk kahwin, hargailah perkahwinan yg dibina sebab banyak sangat kes cerai di kalangan org Melayu sekarang.
Yang baik datang dari tuhan, yang buruk datang dari kekurangan aku.
– Pihak perempuan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit