Hi Assalamualaikum.Aku seorang perempuan,berumur 21 tahun dan beranak satu.Aku tertarik untuk berkongsi cerita zaman bujang aku lepas baca confession pasal problem mak komplain kerja kita sedangkan kita dah buat habis baik dah.Aku sangat faham perasaan anak perempuan yang mana dia berusaha untuk buat semua kerja rumah walaupun hakikatnya dia sendiri ada urusan lain tapi masih juga ada yang tak kena.Bila terkenangkan,masam manis juga kenangannya tapi itu lah yang membuat seorang aku menjadi orang.
Sejak kecil,mama memang seorang yang sibuk.Dia bekerja sendiri.Ambil tempahan untuk buat kuih & buat kuih untuk hantar ke kantin-kantin sekolah & warung-warung kecil.Sebelum ni memang mama dah ajar aku kena kemas rumah dulu sebelum keluar main,kena lipat kain dulu baru makan,kalau kerja slow sikit kena bising.Siput lagi laju katanya.Mama seorang yang lembut,tapi bagi aku dia agak menakutkan.Huhu.
Bila aku darjah dua,aku dapat adik kembar,perempuan.Adik beradik aku jadilah lima semuanya.Seorang abang,& bawah adik lelaki baru si kembar tu.Start masa tu,mama makin sibuk.Aku dah mula diajar masuk ke dapur.Kena jerang air masuk botol-botol simpan dalam peti.Siang ikan ayam & sikit-sikit belajar masak.Aku masa tu excited lagi nak buat semua sebab aku nak jadi macam mama boleh masak sedap,boleh buat itu ini.
Bila lepastu,aku makin expert buat kerja sampai aku boleh take over semua kerja rumah.
Mama makin sibuk.Adik-adik aku kena tolong uruskan.Si kembar aku tidurkan pakai buai,aku hayun dengan dua-dua kaki masa tu sebab nak buat homework.Kecik-kecik perangai aku macam mak-mak dah.Makin lama makin besar masuk sekolah menengah,komitmen dekat sekolah makin banyak.Lagi-lagi aku masuk sekolah menengah agama yang memang sangat perlu untuk menghafal.Stress betul fasa tu sebab aku tak boleh duduk hadap buku semata-mata aku kena buat jugak urusan rumah.Kalau tak memang tak tenang suasana rumah tu sebab kena bising dengan mama.
Aku buat jugak kerja rumah.Aku tetap masak.Aku tetap uruskan adik-adik aku.Balik sekolah tukar baju je terus buat kerja.Macam mana dengan homework aku?Aku buat lepas semua settle.Kalau time exam,menghafal sama buat kerja.Aku letak buku yang aku kena hafal tu,tangan aku lipat kain.Aku letak buku tepi,tangan aku masak.Kain siap basuh,aku kecikkan api masak aku,aku jemur baju.2 hingga 3 kerja satu masa aku terpaksa buat.Dulu-dulu memang selalu gaduh jugak la dengan adik-beradik sebab diorang bahagia boleh buat hal diorang masing-masing.Tak tolong aku,masing-masing layan penat.Macam cinderella kadang-kadang rasa sebab bila mama balik rumah penat masa tu,adik beradik aku buat sepah yang kena aku.Adik-adik tak mandi,yang kena aku.Senang cerita apa-apa jadi dalam rumah tu,memang kena pada aku.
Jadi bila stress dengan keadaan rumah,mula la aku melalut nak kawin awal la,nak cari suami jauh-jauh.Huhu.Aku dah mula apply lepas spm nanti nak tempat jauh-jauh.Yela,aku rasa macam aku ni diperlukan untuk buat kerja untuk yang lain je.Abang adik aku balik,makan,tidur.Kalau kena bising,bising camtu je.Sebenarnya,dalam lubuk hati aku masa tu,aku tak kisah sangat buat semua tu.Tapi sebab ada beberapa keadaan yang buat aku rasa malas dah nak buat kerja untuk orang-orang dalam tu.
Pertama,aku tetap seorang anak yang nak manja-manja dengan mak sendiri.Pernah sekali masa tu mama ada dekat rumah aku mintak mama masakkan sebab aku rindu masakan dia.Lepastu tau tak jadi apa,peha aku berbekas dengan hayunan batang penyapu kayu dengan mama.Dia kata “kamu ingat mama orang gaji kamu ke?Nak suruh mama buat itu ini?” .Taubat lepastu aku tak mintak dah melainkan kalau dia offer nak masak.Aku husnuzon mungkin masa tu dia penat.
Kedua,mama balik rumah & keadaan masa tu rumah bersepah.Adik beradik aku la puncanya.Tengah-tengah dia bising tu,aku pergi la tinggal homework aku pergi kemas apa yang patut.Macam biasa aku kena marah. “Semua mama kena buat takde yang nak tolong lansung.Kalau mama mati nanti camne.” Terguris hati.Macam aku buat,aku korbankan aktiviti aku tapi dia kata takde orang tolong dia.
Kemuncak perasaan stress aku ni ada pada satu masa ni.Sebelum ni selalu kena marah aku telan,husnuzon macam-macam.Masa tu mama tengok aku didik adik adik aku dia kata aku dera diorang.Sedangkan,aku buat cara yang sama.Aku pun tanya kenapa cara mama tegas tak sama dekat aku dengan diorang.Macam kenapa kenapa kenapa tu banyak sangattt.Nak tau aku kena apa? “Terima kasih (nama penuh aku sekali nama bapak aku dia sebut) .Ingatkan ada anak perempuan ni boleh jadi kawan.Tapi rupanya menyusahkan.” Macam petir aku rasa macam tu terdiam ter ter ter entahlah.
Banyak lagi,tapi 3 perkara tu yang sangat terkesan pada aku.Takdir Dia,masa aku form 4 aku dah dipinang.Lepas result spm aku kawin.Lepas ada orang nak aku,baru la aku rasa jadi macam anak mama.Tapi aku dah tkde feel sangat.Macam mana pun,aku tetap amik hikmah semua tu sebab semua tu lah buat aku jadi orang.Jadi seorang yang boleh buat multiwork dalam satu masa.Aku rasa,setiap doa aku dalam hati,Dia tengah makbulkan satu-satu sekarang.Alhamdulillah.Adik-adik pun lebih rapat dengan aku.
Apa yang jadi,aku berpegang dengan “Tak semua keburukan tu baik untuk engkau.Dan tak semua yang kau rasa yang baik tu baik untuk engkau”.Membesarnya aku dengan cabaran mental dari seorang mak.Aku tak cerita bab kena rembat yang lain-lain.Ber hanger hanger dah patag pernah terbang kat badan.Dan aku mengaku,sebab tu la yang buat aku tak rapat dengan mama tapi lebih pada ayah.Sampai sekarang.
Aku faham sangat kalau terasa kau macam jadi orang tak bergaji dalam rumah.Pasti ada hikmah dengan kesusahan kau sekarang.Kalau stress sangat buat benda lain untuk alihkan stress kau tu.Jawapan untuk buat ibadah macam cliche sangat.Tu dah memang kewajipan kau.Buat la apa-apa.Macam aku,stress je aku kemas stress je aku bersihkan benda-benda.Habis kemas,habis lah.
Moga setiap yang kau korbankan untuk keluarga,bantu kau untuk peroleh redha Dia dalam kehidupan dunia& akhirat.
– Anak perempuan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit