Hi salam
Tq admin siarkan coretan aku yang tak seberapa.Aku Amra, berumur 25 tahun dan masih single. Cukuplah pengenalan singkat tentang diri aku.
Now berbalik kepada kenapa aku menulis disini kerana tertariknya dengan confession sebelum ini (kasihan pihak lelaki).dimana dalam confession tersebut beliau meminta 10k hantaran dari bakal pasangan dengan mengjangkakan 10k tidak cukup untuk majlis dan kerja kawin.
Aku disini bukanlah untuk membentang cerita tetang kos kahwin,kerna aku sendiri pom masih lagi belum berkahwin.dan setiap wanita mempunyai impian majlis perkahwinannya tersendiri.termasuk lah aku,nanti aku cerita dream wedding aku. Tapi sebelum tu biar aku tulis apa yang dibenak aku.
Duhai wanita tahukah anda: kerana nilai hantaran inilah yang sentiasa menimbulkan pergolakan dua kerluarga dua jiwa untuk bersatu hati. Ikatan mulia ijab dan qabul itu seharusnya berlaku dalam keadaan masing-masing redho tetapi syg sekali, sekarang ia berlaku dalam keadaan perit jerih menabung diwaktu bujang untuk majlis kawin dan sambung lagi perit jerih untuk menyara isteri dan anak selepas kawin,tanpa sempat menabung.
Kalau aku cakap orang dulu-dulu kawin hantaran murah okay je~~..nanti semua cakap dulu ekonomi lain dan sekarang lain.
Gais actually sama je dulu dan sekarang.kalau dulu orang kawin hantaran murah sebab ekonomi mampan.jadi selepas kawin mereka menikmati liku-liku kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tenang,tanpa gst yang membebankan dan tanpa harga minyak turun naik,turun naik setiap minggu. Tapi sekarang kau mintak hantaran tinggi dan kau perhabis untuk walimah yang satu hari sahaja sedangkan kehidupan kamu selepas majlis itu masih panjang dan masih memerlukan kos perbelanjaan yang berterusan tak termasuk komitmen hutang kereta rumah ptptn suami isteri masing-masing dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing ini.
Dek kerana nak majlis besar, Kerana si gadis kerja elok,Kerana si gadis Belajar tinggi; pihak wanita mintak hantaran tinggi.10k dikatakan rendah? Kadang2 wanita ni berfikir she deserved something bigger bila seorang lelaki betol2 sukakan dia. Entahlah tapi tentang hantaran ni aku pikir lain.
Umi aku selalu cakap kat aku, “jangan minta berapa mas kawin kepada lelaki, sebab bila ada seorang lelaki sayang dan cintakan kita,itu sudah cukup besar,itu adalah rahmah yang paling besar dari allah taala”-
Jadi aku pegang kata2 umi aku nie.
oh btw aku berada dinegeri yang tidak ditetapkan mas kahwin dan negeri aku kebiasaanya tiada hantaran kawin.dia gedebuk je mas kawin kalau 1 juta pom 1 juta lah sebut time henjut tangan tok kadi tu.
Jadi bila ada kawan lelaki aku acah2 tanya berapa hantaran yang aku nak sebab kononnya dia nak menabung siap2. Soalan aku yang pertama aku akan tanya “apa maksud mas kahwin?”, dan aku akan terangkan adat di tempat aku tiada hantaran tapi mas kahwin je.
Kalau dia paham mas kahwin itu adalah mahar yakni hadiah seorang suami untuk isterinya, jadi bila sebut hadiah. Hadiah nie kita demand atau seikhlas hati orang bagi? Haruslah seikhlas hati.dan kau kalau nak bagi hadiah kau mestilah bagi yang termampu dan yang terbaikkan? So analogi nya disini sama;,hantaran tu hadiah dari suami,jadi bagilah peluang mereka bagi hadiah yang termampu dan terbaik untuk isteri.jadi janganlah kita meminta minta. Ini aku punya konsep pemikiran lah.so aku tak demand mas kahwin/hantaran walaupom aku belajar tinggi 3 kali masuk university. Sapa cakap belajar tinggi hantaran ke tinggi tu? Dari kau ukur tahap pendidikan better kau ukur keperibadian.hoho
Makanya janganlah kita duk kalut tuduh ekonomi penyebab hantaran kena tinggi.kerana barang mahal and etc. Twist lah plot dia,.ekonomi celaru barang mahal, so kenapa nak pilih pelamin mahal dan giftdoor yang mahal? Sekarang zaman inovasi kreatif make all DIY la..kalau kata tu dah berhabis jimat, DIY nie boleh jimat lagi. Tapi semua depend atas mentality seseorang lah kalau dia memang jenis nk grand ja tak boleh nak cakap ape lah.semua atas sikap rendah diri kita.kalau kita jenis rendah diri maka it will be “simple and just nice”.kalau kita jenis yang tak berapa nak merendah diri nie dia akan jadi “grand and vouge”.
Hari tu aku pergi wedding kawan aku.dia orang berada lah kan. Dan aku memang kenal dia seorang yang perfectionist but yet dia seorang yang humble. Korang tahu aku expect dia lebih.ala perempuan harus nak tengok baju makeup pelamin kan.tapi aku tengok makanan lebih hehe.sekali pergi pelamin dia just sofa panjang rumah dia, dihiasi pokok2 bunga hidup dalam pasu mak dia dan membelakangi tirai tingkap yang sedia ada sahaja..karpet bulu2 mak dia.dan aku merasa kan itu adalah pelamin yang paling hebat aku pernah jumpa sebab aku tak rasa aku sepak2 “duit” time duk atas pelamin dia. Sebab biasa aku pergi wedding kawan2 aku yang lain bila aku bergambor kat pelamin terasa mcm duduk atas “duit”.hahaha
Okay berbalik semula.Jadi sekarang nie bila kita totalkan budjet kawin tu try tengok dimana portion duit yang amount dia besar.if boleh dikurangkan,kurangkanlah. Contohnya pelamin, photoshoot, barang hantaran, doorgift benda2 itu hanyalah sampingan. Kawan2 mak pak kita datang kenduri kawin nak pergi ucap tahniah salam dengan kawan diorang je lepastu makan then balik.hulur2 duit salam tak pom hadiah tu je.kawan2 kita pom sama ambik2 gambar balik.
Jadi janganlah kerana kehendak kita, kita membebankan orang lain. Ikutlah kemampuan diri,lagipun walimah adalah tanggungjawab bapa kita.bukan pihak lelaki.dan kalau ade ihsan lebih dan rezeki lebih dari pihak lelaki nak tolong,syukur alhamdulillah.
Biar pelamin tak megah biar hantaran murah asal time majlis layanan terhadap tetamu tip top..tetamu kenal atau tak kenal ditegur dan dilayan dengan baik..time lepas kawin bahagia dan tak mcm cerita dalam krt (mintak jauh nauzubillahiminzalik) bagi aku itulah yang terbaik kan..
Eh tadi nak cerita my dream wedding.kawan aku suka betol tanya wedding concept aku.nak tema bagai2 kan..aku memang jenis yang tak suka pelamin gah tu cantik memang cantik.tapi bila aku tengok yang rapat sampai syiling bunganya mula lah aku terbayang bunga2 yang tergantung tu semua duit2 yang tergantung.bukan kedekut tapi aku rasa membazir dan tak perlu.
Jadi memandangkan aku nie nature lover jadi aku mengimpikan konsep wedding in juggle. Instead of wedding dalam taman haha.memang nonsense sikit bunyi.tapi takde lah nak g kawin dalam hutan kan.kenapa pilih jungle? Sebab aku nie duk kampung jadi unsur2 hutan yang boleh diguna pakai untuk buat pelamin tu banyak..tapi nie lah jawapan alu kalau diorang tanya.
So bila kawan aku dengar lelaki or perempuan diorang terus cakap aku nie kreatif tapi nampak mcm mental sedikit..siot je haha..tapi aku jenis tak kesah pom pasal wedding ke hantaran ape ke.sebab aku tak pikir lagi untuk berkahwin dan masih lagi mengukur kekurangan diri untuk disukat buang.
Dan aku tak pandang berapa lelaki mampu beri mas kahwin untuk aku.tapi aku pandang kehidupan yang bagaimana dia mampu berikan dan corakkan untuk aku selepas nikah. Sebab bagi aku isu hantaran dan juga majlis kawin is not as big compare to kehidupan selepas majlis.
sebab selepas kawin itu kita umpama menari bersama tersilap step jatuh tersembam kan.maknanya untuk mengekalkan tarian yang cantik dan tak tersembam kita perlulah mempunyai skill yang sama hebat dengan pasangan barulah tarian kita cantik. kalau single nie umpama kau menari sorang dalam bal room tu hulur2 tangan kot2 ada yang sudi menari bersama tapi sampai ke habis majlis takde yang nak sambut tangan.aisehh…sadis~~
Pendek kata apa yang kita minta dengan pasangan biarlah berpadanan dengan kebolehan dan skill kita dalam konteks “road to solehah wife” gituuuwww so even single ia bukan masa untuk kita berangan nanti nak kawin berapa nak letak hantaran tapi ini adalah peluang untuk kita melatih diri untuk menjadi yang terbaik.dan menabung untuk masa depan.sambil mencari erti kehidupan in this long lonely journey.
Apapom ini saja coretan aku…yang bermanfaat harapnya dapat membantu yang tidak bermanfaat angaplah umpama angin lalu.apapun aku doakan semoga kalian diluarsana dipermudahkan urusan.dan doakan aku jumpa jodoh yang soleh hendaknya dan doakan aku juga biar jadi wanita solehah…harap aku jumpa lah mr.goblin aku sebelom aku umur 30.aamin
There is no love last for enternity
There is no sad last for enternity too
But there is sad love..
Sad love itulah dipanggil asam garam kehidupan.
Sekian.wassalam
– Goblin bride
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit